Rasa perlu kesabaran menggunung tak?
Label negatif: keras kepala, degil tu kita buangkan.
Sebab sebenarnya ia perfectly normal ya.
Keyword tu kita ganti dengan: Bijak sangat ni, kuat semangat, kuat kemahuan.
.
Raikan, Support perkembangan mereka ni.
Sabar memang kena kuat.
Kuatkan lagi kesabaran anda.
.
Ini fasa dia. Hari dia.
Hari kita tua esok? (Nak ke dilabelkan mak ayah ni keras kepala betul, degil ketegaq)
Amat mencabar anak usia 1½-3 tahun.
Mereka perlu
1.Diraikan dan dibenarkan keinginanya mahu lakukan sendiri (buat air susunya, makan sendiri,gosok gigi sendiri,bermain dengan cara sendiri,dll)
2.Di fahami mereka sukar berkongsi mainan.
3.Difahami emosi marah dan kecewa mudah dirasai.
4.Difahami pabila emosi dirasai mudah dilepaskan melalui tangisan ,jeritan, tantrum , pukul dan tendang (fizikal).
Ini kerana :
PERINGKAT EGOSENTRIK
1.peringkat usia ini,mereka melihat dunia mengikut perspektif mereka sendiri sahaja.
2.mereka tidak dapat memahami dunia mengikut perspekti kita.
3.Jika barang mainan ,pada mereka ianya mereka punya (samada milik mereka atau milik orang lain -semua pun milik dia juga)
FASA AUTONOMI
1.mahu lakukan sesuatu perkara mengikut cara mereka sendiri (cara gosok gigi dia macam ni, cara kacau air susu dia macam ni)
2,semangat lakukan sendiri ini amat tinggi,kuasa di tangan dia (bagus ni sebenarnya untuk orang dewasa yang mandiri)
3.mereka mula membentuk identiti diri sendiri,self concept dan berdikari.
KESIMPULAN NYA;
RAIKAN,SABAR,SUPPORT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan