K103.SOLUSI Untuk Kurangkan Risiko Sibling Rivalry(persaingan)
.
SOLUSI Untuk Kurangkan Risiko Sibling Rivalry
1) BERI MEREKA ‘INDIVIDUAL ATTENTION’.
- Setiap anak-anak perlukan individual attention. Terutamanya anak yang jarang kita beri perhatian. Kekurangan ‘individual attention’ boleh jadi major trigger kepada tingkah aku agresif anak-anak.
- Cari masa untuk layan anak kita yang tersisih tu. Kadang-kadang, anak yang tersisih ni akan jadi manja terlebih sikit. Pakai baju, makan dan mandi pun nak mintak tolong kita buatkan. Tebalkan sabar, dan layankan aje. Insya Allah kalau penuh tangki emosi, kita pun tak pening layan ragam mereka.
- Cuba libatkan kesemua anak-anak dalam satu aktiviti. Mana yang selalu buat perangai tu, puji setiap kali mereka berjaya bertoleransi dan layan adik-adik.
- Sesekali, ajak anak-anak ambil turn untuk ‘dating’ dengan mak/ ayah. Waktu dating tu, beri pelung untuk mereka pilih aktiviti yang mereka suka.
.
2) Cipta ruang private
Tak semestinya sebuah bilik. Satu sudut kecil untuk dia letak barang personal pun ok dah.
Ataupun satu sudut untuk dia buat aktiviti. Nak tambahkan keistimewaan, beri anak peluang untuk pilih alatan, warna kegemaran atau apa yang dia nak letak kat situ.
.
3) Galakkan kerjasama
Kalau si adik baby lagi, ajak anak yang besar untuk butangkan baju adik, sapu bedak kat pipi, atau agah adik.
Kalau dah besar rancang aktiviti bersama yang tak perlukan mereka bersaing.
Contohnya, bina lego bersama,kakak golek bola-adik tangkap bola, atau membaca buku untuk mereka.
Bila dah nampak serasi, boleh boleh ajak mereka main permainan yang berbentuk bersaingan. Contohnya board games dan lumba lari. Ajar anak untuk ucap tahniah dan puji yang menang. Dan bagi semangat pada adik beradik yang sedang mencuba.
.
4) Galakkan anak problem-solving
Untuk anak 3 tahun ke atas, beri ruang untuk selesaikan konflik.
Bila nampak mereka bertekak, kita tak perlu masuk campur. Cukup untuk encourage mereka berbincang dengan baik.
Kalau dah sampai tahap mencederakan masing-masing, baru kita masuk campur.
Validate their feelings first sebelum buka kembali ruang mereka untuk berbincang.
“Mama nampak abang kecewa tak dapat pinjam barang kakak. Kakak pun tak happy sebab abang ambil barang kakak.
Abang tau tak apa yang kakak rasa? Kakak tau apa yang abang rasa?
Can you discuss?
Sementara discuss, mama pegang barang ni. Kalau 2-2 happy with each other, baru mama bagi.”
Panjang kan drama dia?
Biar panjang, asalkan senang di kemudian hari.
Quick fix is easy. Tapi tak bagi kesan baik untuk jangka masa panjang.
5 toksik yang mak ayah (juga mulut orang luar) selalu buat sampaikan anak bermusuh hingga ke besar.
Betapa tindakan kita memberi kesan pada anak.
Jadi, berhati-hatilah dalam memberi respon pada mereka.
1.MEMBANDING-MEMBANDINGKAN.
Adik boleh buat .kenapa kamu tak boleh buat?
Abang senang je dengar cakap aku kenapa kau susah sangat?
Kenapa Angah tak boleh pandai macam abang?
2.MELABEL.
Anak saya yang ni memang nakal sikit.
Si adik ni tak pandai sangat.
Melabel juga merosakan potensi dalam diri anak .
Salah faham ibu bapa tentang anak ini akhirnya buat anak percaya diri mereka tak pandai ,pemalu dan nakal.
3.FAVORITISM.
- Akan ada anak yang menyenangkan hati dan sebaliknya.
-Walaupun kata tak berniat untuk berat sebelah tapi anak2 merasai perbezaan layanan.
-terkadang anak yang kuat sakat,annoying dan tak dependent itu mungkin kerana inginkan perhatian
-dahulukan perhatian buat anak yang paling nakal.Puji mereka apabila mereka buat bailagi nakal mereka ,kita rasa,lagi banyak mereka perlu dipuji.
4.TEKANAN BERLEBIHAN KEPADA ANAK YANG LEBIH TUA.
-tak salahnya u tuk ajar anak bertanggungjawab.cuma berpadalah.
- anak sulung bukan "punching bag" untuk kita lepaskan segalanya sehingga mereka rasa hilang harga diri.
-bahagikan tanggungjawab sama rata kepada anak-anak lain ,termasuk diri kita sekalipun kena bekerjasama
-jangan hanya anak sulung yang beralah dan sering dipersalahkan.
5.MENYAKAT.
- memang menyeronokan menyakat anak yang cemburu.
-tanpa sedar ,rasa terancam terbina dalam diri anak lalu menunjukan tingkahlaku agresif terhadap adikberadik lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan