Tafsir asas quran nota 9(233)14
Bermaksud: Ambillah (terimalah) daripadaku, Ambillah (terimalah) daripadaku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan lain kepada mereka. Anak dara yang berzina
dengan anak dara hendaklah disebat seratus sebatan dan dibuang negeri selama setahun. Janda yang berzina dengan janda hendaklah disebat seratus sebatan dan
direjam. (Hadits riwayat Muslim. Abu Daud, lbnu Majah, Ibnu Hibbaan, Ahmad, an-Nasaa'i. ad-Daarimi dan lain-lain).
Menurut Shah Walipullah pula, tidak ada hukum yang dinasakhkan di sini. Apa yang berlaku ialah tempoh hukum yang tersebut didalamnya telah tamat setelah berlalu
sekian lama masa. Selepas itu datanglah pula hukum lain untuk kesalahan yang sama.
Ini kerana nasakh dalam istilah muta'akkhirin ialah menamatkan hukum sebelumnya secara mutlaq. Adapun hukum yang terta'luk dengan jangka masa atau ia
dilaksanakan hingga ke suatu tempoh tertentu, tidaklah ia mansukh dengan hukum yang datang kemudian. Di dalam kitab Usul Fiqh mazhab Hanafi yang terkenal
bemama Nurul Anwar tersebut begini:
إذا التحق به التوقيت لا ينسخ قبل ذلك الوقت وبعده لا يطلق عليه اسم النسخ
Bermaksud: Apabila sesuatu hukum terikat dengan waktu, maka ia tidak boleh dinasakhkan sebelum habis waktunya. Setelah habis waktunya pula ia tidak boleh dikatakan mansukh. (Lihat Nur-l Anwar m/s 209).
Perkataan سبيلا yang tersebut di akhir ayat 15 Surah an-Nisaa' itu merupakan snatu yang mujmal. Ayat 2 Surah an-Nuur dan hadits yang dikemukakan di atas tidak lebih
daripada bayan (keterangan) bagi perkataan سبيل itu. Ia bukan nasikhnya, tetapi bayan baginya. Perintah Allah supaya menyakiti dua orang yang melakukan perbuatan keji (zina) di dalam ayal 16 Surah an-Nisaa' juga mr.rjmal, kerana tidak jelas bentuk dankadarnya. Ayat 2 Surah an-Nuur dan hadits yang dikemukakan di atas juga menjadi
bayan atau mubayyin (penjelas) dan mufasshal (keterangan terperinci) kepada apa yang mujmal itu. Namun ia tetap tidak memanansukhkannya.
Syeikhul Hadits Darul Uloom Deoband, Maulana Sa'id Ahmad Palanpuri pula berpendapat, ayat 15 dan 16 itulah yang seharusnya dipakai dalam keadaan hukum
hudud berdasarkan ayat 2 Surah an-Nuur tidak dilaksanakan di sesebuah negara.
Dalam keadaan negara betul-betul merdeka dan berdaulat pula ayat 2 Surah an-Nuur itulah yang seharusnya dikuatkuasakan. Ayat 15 dan 16 Surah an-Nisaa' muhkam
233
Tiada ulasan:
Catat Ulasan