K103.CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL
.
CARA 1⃣: Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Anak usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul.
“Adik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?”
“Adik nak makan sekarang atau 5 minit lagi”
“Adik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?”
.
CARA 2⃣: Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia.
“Hmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”.
.
CARA 3⃣: Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu.
“Adik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang).
“Bagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?”
pasti anak rasa sgt gembira dpt seolah autonomi, kuasa dlm pembuatan keputusannya... wlu pkara kecil. self esteem dia pun akan meningkat sesuai dgn keperluan usianya itu yg perlu disokong akan tindakannya kan 😍.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan