Khamis, Februari 11, 2021

K105.Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.

K105.Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup. 

Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.  


1.  Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.


2.  Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka.  Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.


3. . Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.


4.  Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, biar anak mengambil teladan yang positif dari anda.


5. Gunakan Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving. 


6. Berikan  keperluan asas emosi. Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus. 


7.  Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata.  Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami. 


#psikologisikecil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan