K105.Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.
Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini.
Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.
1. Jangan ajar teknik burung unta. Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.
2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda. Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.
3. Jangan ajar mereka one-way trip. Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.
4. Jangan jadi model yang salah. Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.
5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress. Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving.
6. Jangan lupakan keperluan asas emosi. Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.
7. Jangan lari. Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.
#psikologisikecil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan