Khamis, Februari 11, 2021

K225.Kepada ibu- ibu yang berada di pejabat/ tempat kerja terutama frontliners

K225.Kepada ibu- ibu yang berada di pejabat/ tempat kerja terutama frontliners

Tarik nafas anda
Tenangkan diri
Senyum

Tidak mengapa jika anda berasa tertekan membaca whatsapp yang masuk untuk kerja2 sekolah anak2 anda hari ini
Tidak mengapa jika anak anda menelefon berkali- kali kerana gagal untuk join zoom/ tidak memahami arahan guru
Tidak mengapa

Anda berhak untuk merasa tertekan. Just acknowledge the feeling tanpa membuat penilaian negatif kepada diri anda sendiri.
Katakan 'it is ok' 'i'll get through this'
Dan jangan sesekali membandingkan diri anda dengan ibu- ibu yang lain
YOU ARE GOOD ENOUGH

Dan katakan perkara yang sama kepada anak- anak anda
'Tidak mengapa jika Abang tak faham'
'Tidak mengapa jika Adik tidak boleh mengikuti apa yang Cikgu arahkan di whatsapp/ telegram'
'Tidak mengapa. Cuba baca sahaja buku, buat apa yang faham sahaja. Nanti kita cuba buat sama- sama. Yang penting kita telah usahakan yang terbaik'

Ingat, anak anda sedang belajar dari anda bagaimana anda menguruskan stres.
Dan ini akan membentuk EMOTIONAL QUOTION (EQ) anak anda.

Semoga Allah permudahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan