K570 Saya tak nak marah anak lagi. Oleh Puan Maznah.
Anak sendiri tidak sama dengan anak buah.
Ramai yang salah anggap, anak sendiri boleh dimarah sesuka hati.
Dan Ramai yang rasa nak marah pada anak.
Marah - marah adalah sesuatu yang tidak sihat.
Bukan tak boleh marah langsung tetapi kena ada cara .
Penderaan emosi atau marah- marah boleh menyebabkan masalah mental illnes dan menjadi temurun.Dan ada yang anak telah tua pun masih dimarahi.
Kesan marah boleh nampak jangka pendek dan jangka panjang.Jangka pendek boleh lihat anak yang masih kecil menjadi agresif.
Circle marah-marah(marah teruk atau penderaan emosi dan penderaan fizikal) dari satu generasi boleh berulang dan kesannya sangat teruk.
Ibu ayah yang tua ada masalah dengan anak puncanya ibu ayah yang baran,kurang empati,parent center(hanya ibu ayah yang betul) dan anak-anak terluka dan bila anak- anak dewasa ,ada pilihan dan jalan sendiri dan menyebabkan cara anak trick ibu ayah menyedihkan orang yang melihat.
Jadi puncanya adalah kerana gaya yang dulu jadi .
Puan Maznah ketengahkan apa bermula dari dirinya sendiri.
Ada yang lebih teruk anak sudah tua ,ibu masih marah2 anaknya.
Ada 2 siri.
Punca jadi marah-marah.Cara menyelesaikannya.
Contoh tukar marah kepada mengamalkan komunikasi yang berkesan dengan kanak-kanak.
Hipnoscript perkataan yang sesuai,emosi yang stabil akan menyebabkan komunikasi akan menjadi lebih baik.
Emosi tak baik komunikasi akan tak ok.
Contoh panggil penipu tukar kepada bercakap benar.
Contoh membandingkan ,yang mana akan beri kesan pada anak walaupun dengan yang niat baik seperti menyebabkan anak tak mahu buat apa usaha untuk berubah.
Untuk berusaha agar anak berubah adalah dengan ada ilmu kenal kerektor anak selain besar- besarkan kelebihan yang anak ada.
Soalan: Adakah kaedah rotan(kekerasan) memberi kesan baik?
Rotan adalah untuk mendidik bukan melepaskan kemarahan.Jika menggunakan kekerasan seperti merotan dengan melepaskan amarah kesannya nanti anak mempunyai luka emosi dan tidak mempunyai kemahiran mengurus emosi dalam diri.
Bahaya Tambahan zaman sekarang anak boleh mendapat pertolongan dari sumber luar untuk memenuhi keperluan tangki emosi dengan kelembutan dan kasihsayang dari luar yang tak dijamin selamat.
Anak bila dipukul ,Makna dia pukul mesti diproses dan difahami oleh anak dan dikomunikasikan sebabnya.
Parenting autokratik (anak kena ikut sahaja tak boleh pun tanya) akan memberi kesan mental pada anak dimasa akan datang.
Kesannya pengurusan jadi emosi atau kawalan yang lemah dalam diri anak serta hubungan ibubapa yang tidak baik.
Bolehkah dibaiki kesan anak trauma yang selalu kena marah dimasa kecil?
Bagi Puan Maznah yang berada di ending stage memang tidak mudah baginya untuk merawat emosi yang memerlukan terapi.
Tetapi dia yakin bagi ibu ayah yang bersungguh- sungguh nak baiki. Jadi baginya boleh dengan:
1.Berdoa minta ampun dengan Allah
Mengakui kesilapan kita dan ingat anak adalah amanah dari Allah.
2.Berdoa minta dipermudahkan melakukan perubahan,
3.Berborak-borak dengan anak ,jika dia masih ingat dan ibu kena minta maaf dengan anak dan beritahu kenapa ibu marah.Bagi Puan Maznah ,anak kecil pun berhak mendapat akuan maaf dari orang yang buat silap kepadanya. Bila anak dapat meluahkan perasaan sedih kerana dimarahi itu ,ini juga boleh membantunya mengurus emosinya dan memberitahu penerangan kenapa dia dimarah juga akan membuka view tambahan dalam memorinya.
Pendekatan ibubapa agar tidak marah:
1.ibuayah perlu faham perkembangan kanak-kanak.
Bawah 2 tahun ,otak primitif sedang beraksi ,jadi apa yang budak tu rasa dia akan ekspres terus atau tak pendam.
Ibubapa juga perlu faham tempuh panas diwaktu remaja iaitu ketika umur 12,13 dan 14 tahun.
Dengan faham ini ibu ayah akan lebih bertolak ansur.
2.Kenal pasti apa yang menyebabkan kita marah.
Bila telah kenal pasti boleh pause dan refleksi .Dengan itu boleh buat aktiviti pembaikian seperti meminta maaf dll
3.Self help ( bantuan peribadi)seperti mandi dulu,senaman,me time,amalan spiritual dan terapi peribadi .
Anak mendengar kata?
1.Perkataan tertentu yang ibubapa gunakan.
Contoh
Ibu suka .
Ibu kagum.
Ibu bimbang
2.Fokus pada solusi ,beri pilihan atau cadangan tindakan.
3.Modeling.dengar apa yang anak cakap dan beri respon
Nasihat untuk ibubapa yang pemarah.
1.Ibubapa fikirkan apakah kita nak anak ibubapa jadi seorang yang pemarah.
2.Perubahan tak perlu tunggu orang lain berubah kita yang berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan