Tafsir asas quran nota 9(238)15
Bermaksud: Sesungguhnya darah-darah kamu dan harta benda kamu haram kepadamu seperti haramnya harimu ini di bulanmu ini dan di negerimu ini. (Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibbaan, an-Nasaa’i, ad-Daarimi, `Abd bin Humaid, Baihaqi dan lain-lain).
Hadits ini tidak bermaksud, darah-darah dan harta benda orang-orang Islam tidak haram kepada orang-orang Islam lain pada bulan-bulan selain bulan-bulan haram, selain di tanah haram dan selain pada hari ke-9 Dzul Hijjah, ia bahkan bermaksud di tempat lain selain tanah haram, di hari-hari lain selain hari ke-9 Dzul Hijjah dan di bulan-bulan lain selain bulan-bulan haram juga darah-darah dan harta benda orang-orang Islam haram kepada orang-orang Islam lain, cuma pada hari ke-9 Dzul Hijjah, di tanah haram dan bulan-bulan haram ia lebih-lebih lagi diharamkan.
Golongan `ulama’ dari aliran kedua ini berhujah juga dengan satu hadits Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu `Ubaid daripada Dhamrah bin Habib dan `Athiyyah bin Qais di mana Baginda bersabda:
الَمائِدَةُ مِنْ آ ِخِر القُرآنِ تَنْزِيلًا فَأَحِّلَُّوا حِلَالَهَا وَحَرمُوا حَرَامَهَا
َBermaksud: Surah al-Maa’idah adalah antara surah-surah al-Qur’an yang terakhir diturunkan. Oleh itu, halalkanlah apa yang dihalalkannya dan haramkanlah apa yang diharamkannya.”
Setelah mengemukakan hadits ini al-Aalusi menulis: “Sekumpulan `ulama’ berhujah dengan hadits ini bahawa tidak ada apa pun yang dimansukhkan di dalam Surah ini.” (Lihat Ruuh al-Ma`ani j.5 m/s 47).Ahmad, an-Nasaa’i, al-Haakim dan al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad mereka daripada Aaishah bahawa beliau berkata , `
المائدة آخر سورة نزلت، فما وجدتم فيها من حًلل :فاستحلوه، وما وجدتم فيها من حرام فحرّموه
Bermaksud: Al-Maa’idah adalah Surah yang terakhir diturunkan. Apa-apa yang kamu dapati sebagai halal di dalamnya, maka terimalah ia sebagai halal dan apa-apa yang kamu dapati sebagai haram di dalamnya
(pula), maka terimalah ia sebagai haram.”
Al-Haakim menghukum sahih terhadap hadits ini. Dan adz-Dzahabi menyetujui keputusan al-Haakim itu.
(12) Firman Allah di dalam Surah al-Maa’idah di bawah ini juga dikatakan mansukh oleh jumhur mufassirin:
Al-Ma'idah 5:42
سَمَّٰعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّٰلُونَ لِلسُّحْتِۚ فَإِن جَآءُوكَ فَٱحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْۖ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْـًٔاۖ وَإِنْ حَكَمْتَ فَٱحْكُم بَيْنَهُم بِٱلْقِسْطِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ
238
Tiada ulasan:
Catat Ulasan