K800.Merawat penat emosi
❤❤PENAT EMOSI❤❤
Saya dapati seringkali terdapat halangan dalam perhubungan dan komunikasi positif kerana emosi kurang baik (stabil).
✅Panas
Halangan (blockage) dalam gaya pengurusan emosi membuatkan ibu bapa mudah melukakan dan terluka oleh pasangan, anak-anak dan orang sekeliling.
✅Masalah Kepada Keluarga
Ini kalau dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan banyak masalah pada masa hadapan, baik diri sendiri, anak-anak malah kepada seluruh keluarga.
❤❤ Pengisian
Webinar Khusus 3 jam ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran dan skil kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:
1️⃣ 5 Strategi utama (dari 5 komponen) beserta berpuluh cara/idea solusi yang boleh dilakukan secara konsisten agar beban emosi akan kurang, stabil dan terkawal. Ia adalah rahsia yang dibentangkan dari pengalaman Pn Maznah dan disokong oleh sains. Ia bukan saja dari sudut psikologi malahan luas lagi kerana cetusan emosi manusia berpunca dari pelbagai sebab.
2️⃣ 5 teknik pengurusan emosi spesifik yang boleh dilakukan sehari-hari, secara spesifik untuk ringan emosi dan sederhana. Ia juga adalah dari pengalaman mengendalikan kursus pengurusan stres, pengurusan emosi dan pelbagai kursus dihadiri selain ia turut diajar kepada klien individu dan berkelompok.
❤❤ Hasrat saya:
Mudah-mudahan dengan kefahaman, strategi dan teknik yang dikongsikan nanti anda boleh:
1️⃣ Tahu strategi untuk urus emosi
2️⃣ Dapat melaksanakan terus dan kemudian mengamalkan mana yang mudah dan sesuai secara konsisten
3️⃣ Rasa ringan emosi setelah melalui sesi webinar ini
4️⃣ Dapat mewarisikannya kepada anak-anak terutamanya dalam misi #breakthecycle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan