K222.Jangan ajar anak jadi Tuan.
"Kalau tak bagi duit, nanti dia mengamuk, habis satu rumah dikerjakannya. Jadi terpaksalah bagi doktor.."
Biasa kita dengar ayat ini dari ibubapa kepada anak yang jadi penagih dadah tegar. Kadang-kadang kita pelik. Kerja tak ada tetapi habiskan duit untuk dadah sampai beratus sebulan.
Bila tanya mana dapat duit.
"Minta dengan mak"
Isunya sebenarnya bukan bermula sehari dua. Kebiasaanya berlaku di kalangan ibubapa yang permissive (terlalu beralah, ikut rentak anak).
Biasanya bermula dengan anak buat perangai untuk dapatkan sesuatu. Bila tak dapat lagi teruk tantrum. Akhirnya mak ayah beralah.
Dari situ anak belajar sesuatu- nak dapat sesuatu kena buat perangai.
Jadi sebagai ibubapa, kena belajar untuk apply limit setting. Bila anak buat sesuatu yang melanggar peraturan, kena jelas sampaikan pada anak apa yang salah, beritahu akibat, laksana tindakan berpadan dengan kesalahan dan konsisten dengan peraturan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang besar.
Jangan re-inforce bad behaviour. Maksudnya bagi perilaku buruk itu membiak kerana tak ditegah. Nanti dia akan berevolusi jadi lebih parah.
Sekali lagi, tegas denga n peraturan. konsisten dan model good behaviour.
Kalau tak kitaran itu akan berulang sampai besar.
#psikologisikecil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan