Khamis, Februari 11, 2021

K802.MACAM MANA NAK 'BOOST' KONFIDEN ANAK DENGAN PERKATAAN YANG TEPAT*

K802.MACAM MANA NAK 'BOOST' KONFIDEN ANAK DENGAN PERKATAAN YANG TEPAT

Semalam Fateh anak saya berkata :-

Mummy mesti bangga dapat anak macam Fateh yang pertama mandi pagi dan petang.

Wah apa lagi saya pun ucapkan semula ayat pengesahan ('words of affirmation' : Tangki Emosi Perkataan) :

"Mummy dan Ayah memang amat bangga, syukur dapat anugerah anak soleh macam Fateh yang rajin mandi, jadi orang pertama sekali mandi waktu pagi dan petang tanpa disuruh".

......

Fikir semula, macam mana dia boleh ucapkan sebegini?

Pastinya dari tangki 'words' tertentu yang Mak Ayah dia selalu ucapkan iaitu 'Proud' / Bangga (walau dia Thinking selalu juga cakap dia tak suka dengar Mummy dia cakap banyak,banyak 😄😁😆 ).

.....

Kemudian dia beritahu :

Kawan Abang cemburu sebab Abang ada Mak Ayah macam Mummy dan Ayah.

Owh hooo camana tu, saya tanya ?

Dia sebut nama kawan dia, X iaitu adik kepada abang Y ni, terkejut dan kelihatan cemburu bila dia beritahu atau cerita yang dia dapat apa dia nak (mainan spesifik) setiap bulan bila dia minta pada Mummy (hmm shopee Mummy ler tew😄🤣😊).

.....

Tangki material : saya adakan 1 kali sebulan sebab dia layak atas setiap usaha kecil dia lakukan setiap hari sama ada di sekolah, atau di rumah.

Dan tangki material saya dapati banyak didambakan oleh kanak-kanak kerana mereka menilai kasih sayang dengan memperoleh apa dia teringin 

(selain tangki lain yang lebih utama, namun sila limitkan ia: 'gift'/hadiah/ material agar :

⏩ jadi istimewa, 

⏩ sentiasa tunda / tangguhkan keinginan tidak dapat 'on the spot' bila dia minta, fokus didik dia untuk sabar dan berdoa, 

⏩ sentiasa ada sebab kepada hadiah material itu, tiada percuma, 

⏩ sentiasa penuhkan tangki lain juga iaitu masa, sentuhan, layanan/perbuatan, dan perkataan dengan sangat TIPTOP sebab material tidak boleh ganti sama sekali 4 tangki lain ini).
.

Dan ya, perkongsian pengalaman dia dengan kawan buatkan dia sedar rupanya ada kawan dia tak dapat macam apa dia dapat dari mak ayah dia...
.

Syukur Alhamdulillah Tabarakallah, Allah tunjuki dia.

.

Saya kongsikan tips perkataan 'power' agar anak akan beremosi positif dan seterusnya bertingkahlaku positif ya 😍.

....

BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK:
GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK
.

Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka.
.

💝 Waah.. Anak bijak kreatif ayah BERJAYA buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri - harus disebut jelas spesifik)
.

💝 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, .. SUKA buat yang mendengar akan SUKA hati juga 🥰)
.

💝 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah.
.

💝 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik.
.

💝 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara.

💝 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. 
.

💝 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math).
.

⏩ PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga.
Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;) 
.

⏩ Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak.
.
.
.
😍😍😍 Semoga dapat sesuatu untuk parenting journey anda pula.

Oleh : Maznah Ibrahim









Tiada ulasan:

Catat Ulasan