Rabu, Februari 10, 2021

Tafsir asas quran nota 9(239)15

Tafsir asas quran nota 9(239)15


Bermaksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, 
maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak 
akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (al-Maa’idah:42).

Ia dikatakan mansukh dengan ayat di bawah ini:

Al-Ma'idah 5:49
وَأَنِ ٱحْكُم بَيْنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ وَٱحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَنۢ بَعْضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيْكَۖ فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَٱعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ 
Bermaksud: Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu 
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik. (al-Maa’idah:49).

Antara tokoh Salaf yang berpendapat ayat 42 Surah al-Maa’idah itu mansukh dengan ayat 49 Surah yang sama ialah Ibnu `Abbaas, Sa`id bin al-Musaiyyab, Mujahid, 
`Ikrimah, az-Zuhri, `Umar bin `Abdil `Aziz dan lain-lain.

 Menurut al-Jasshaash, ar-Raazi dan al-Qurthubi, itulah pendapat kebanyakan Salaf. Sementara segolongan 
besar ahli Tafsir yang lain pula berpendapat ayat 42 Surah al-Maa’idah itu muhkam, ia tidak dimansukhkan oleh mana-mana ayat pun. Antara tokoh Salaf yang
menganggap ayat itu muhkam dan tidak mansukh ialah Hasan al-Bashri, asy-Sya`bi, an-Nakha`i, Qataadah, `Athaa’ dan lain-lain (Lihat Fakhruddin ar-Razi – Mafaatih al-
Ghaib j.11 m/s 361). 

Shah Waliyyullah adalah salah seorang tokoh Tafsir Mut’akkhirin yang termasuk dalam golongan kedua. 

Menurut jumhur mufassirin, ayat 42 Surah al-Maa’idah memberi pilihan kepada Rasulullah s.a.w. sama ada mahu menghukum ahli al-Kitab yang meruju` kepada Baginda untuk menyelesaikan kes mereka berpandukan ajaran Islam yang ada atau

239

Tiada ulasan:

Catat Ulasan