Khamis, Julai 22, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 27(88)nota 16(432-433)s

Daurah tafsir 2019 sesi 27(88)nota 16(432-433)s

088.Surah Al ghasyiyah
Setelah hati mulai tidak minat dunia.

088.Surah Al ghasyiyah
Bilangan ayatnya 26
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya 68
Bilangan paragraf 4
Paragraf 1ayat 1-7 Akibat buruk yg akan diterima oleh pendusta2 hari qiamat.
Paragraf 2 ayat 8-16 Balasan baik yg akan diterima oleh orang-orang  ya g percaya akan hari kiamat
Paragraf 3 ayat 17-20 Empat dalil2 آفاقي menunjukan kebenaran hari akhirat.
Paragraf 4 ayat 21-26 Teruslah mengingatkan manusia dengan alquran.

Mesej utama 
1.Teruslah mengingatkan manusia dengan alquran.
2.Orang-orang kafir yang mendustakan hari kiamat  dan berpaling  daripada ajaran yang benar akan mendapat azab yang besar.

Zaman Diturunkan
Daripada ayat pertama Surah al-Ghasyiah dapat diketahui ia diturunkan selepas da'wah secara terbuka bermula sekitar tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Zaman itu juga disebut sebagai zaman تذكير (zaman mengingatkan manusia kepada ajaran yang benar) , فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ Berilah peringatan, kerja kamu hanya memberi peringatan.

Al-Ghashiyah 88:21
فَذَكِّرْ إِنَّمَآ أَنتَ مُذَكِّرٌ 
Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya engkau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan.


Kelebihan Surah Al-Ghasyiah.
Rasulullah s.a.w. membaca Surah al-A'la di dalam rakaat pertama shalat Juma'at dan shalat dua hariraya, di dalam rakaat yang keduanya Baginda membaca Surah al-Ghasyiah. 
Shahih Muslim, Kitab Juma'at, Bab bacaan pada shalat Juma'at, hadits 2,065 daripada Nu'man bin Basyir.

Daripada kenyataan tersebut diketahui Rasulullah s.a.w. sangat mahukan surah-surah berkenaan dihafal oleh semua orang dan difahami kandungannya dengan baik oleh mereka.

Perkaitan Surah Al-Ghasyiah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah al-Ghasyiah seperti Surah al-A'la sebelum ini, ada menggunakan perkataan فَذَكِّرْ sebagai arahan kepada Rasulullah supaya memberi nasihat dan peringatan kepada orang ramai.

2. Di dalam Surah al-A'la sebelum ini tersebut api yang besar (ٱلْكُبْرَىٰ), di dalam Surah al-Ghasyiah pula disebutkan azab yang besar (ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ).

Al-A'la 87:12ٱلَّذِى يَصْلَى ٱلنَّارَ ٱلْكُبْرَىٰ
(yaitu) orang yang akan memasuki api yang besar (neraka),

Al-Ghashiyah 88:24فَيُعَذِّبُهُ ٱللَّهُ ٱلْعَذَابَ ٱلْأَكْبَرَ
maka Allah akan mengazabnya dengan azab yang besar.


3. Di dalam Surah al-Ghasyiah keadaan ahli syurga dan ahli neraka digambarkan dengan 2 gambaran yang berbeza, (Ayat: 2):

Al-Ghashiyah 88:2وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, dan ayat: 8

Al-Ghashiyah 88:8وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ 
(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,

Di dalam Surah al-Fajr akan datang, ahli syurga dan ahli neraka disebutkan dengan ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ (jiwa yang tenang) dan ٱلنَّفْسُ غير ٱلْمُطْمَئِنَّةُ (iwa yang tidak tenang) sebagai perbandingan.

Al-Fajr 89:27يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ 
Wahai jiwa yang tenang!

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
Dinyatakan di dalam surah ini bahawa Rasulullah hanyalah مُذَكِّر (memberi nasihat dan peringatan), beliau bukan مُصَيطِر(orang yang memaksa), bukan kerja beliau memaksa orang menerima tauhid dan Islam, ia merupakan tema kebebasan beragama. Da'wah kepada agama hendaklah berasaskan keikhlasan dan kasih sayang di samping dalil-dalil yang cukup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan