Jumaat, Julai 23, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 005)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 005)

dimulakan dengan pujian (kepada Allah) adalah terputus (tidak ada keberkatannya). (Hadits riwayat Ibnu Majah). Lafaz riwayat keduanya berbunyi:
 كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ  بسم الله الرحمن الرحيم أَقْطَعُ
 Bermaksud: Segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan terputus (tidak ada keberkatannya). (Lihat al-Jami'u al-Kabir Oleh as-Suyuthi j.1 m/s 623). Lafaz riwayat ketiganya pula berbunyi begini: كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بذكر  الله  أَقْطَعُ Bermaksud: Segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan menyebut atau mengingati Allah adalah terputus (tidak ada keberkatannya). (Ad-Daraquthni-Sunan Ad-Daraquthni j.1 m/s 229). Ketiga-tiga hadits di atas sebenarnya membawa maksud yang sama iaitu mengingati Allah pada ketika memulakan sesuatu pekerjaan penting, dan ini dapat dicapai dengan membaca atau menuliskan بسم الله الرحمن الرحيم. Ini ialah pendapat pilihan Imam an-Nawawi. Bagaimana pun jawapan ini tetap menimbulkan kemusykilan iaitu memang benar lafaz hadits-hadits Qurrah itu berbeza tetapi yang paling kemas dan kuat di antaranya ialah riwayat yang menganjurkan Hamdalah (memuji Allah ketika melakukan sesuatu perkara penting). Jawapannya ialah pujian atau al-hamd yang tersebut di dalam riwayat-riwayat yang menganjurkan supaya seseorang memuji Allah ketika mahu melakukan sesuatu perkara penting itu tetap boleh dipakai dalam ertinya yang 'umum, merangkumi Basmalah dan Hamdalah kedua-duanya sekali. Kerana itulah kita menyaksikan kebanyakan 'amalan-amalan syara tidak dimulakan dengan Hamdalah misalnya sembahyang dimulakan dengan Takbir bukan dengan Hamdalah. Demikian juga dengan haji dan Iain-Iain. Selain itu lafaz riwayat-riwayat hamd juga berbeza-beza. Ada dengan lafaz بحمد الله. Ada juga dengan lafaz بالحمد  dan yang Iain pula dengan lafaz بالحمد لله yang mana kesemuanya membawa makna yang sama iaitu pujian dalam ertinya yang mutlaq, merangkumi segala bentukذكر الله(mengingati Allah). (9) Imam Bukhari memulakan kitabnya dengan tidak kerana Iain melainkan kerana mengikut Sunnah Nabi s.a.w. semata-mata. Baginda s.a.w. telah memerintahkan supaya surat perjanjian damai di Hudaibiah ditulis bermula denganبسم الله الرحمن الرحيم
(10) Jawapan ke sepuluh ialah hadits-hadits yang menganjurkan hamdalah dan Iain-Iain di permulaan sesuatu pekerjaan penting sebenarnya berkaitan dengan khutbah atau ucapan bukan dengan tulisan atau kitab. Ini kerana sudah menjadi tradisi di kalangan orang-orang 'Arab bahawa apabila mereka mahu memberikan sesuatu ucapan, mereka akan memulakannya dengan sya'ir-sya'ir. Rasulullah s.a.w. tidak merestui tradisi tersebut lalu Baginda s.a.w. menukarnya dengan anjuran-anjuran Baginda supaya berhamdalah dan Iain-Iain. Berhubung dengan sesebuah kitab yang mengandungi sya' ir sepenuhnya adakah harus di mulakan dengan basmalah atau tidak, para ulama' berbeza pendapat tentangnya. Imam Sya'bi melarangnya, sementara Sa'id Bin Jubair pula membenarkannya. Kebanyakan 'ulama' bersetuju dengan pendapat Said Bin Jubair. Bagaimanapun para 'ulama' yang membenarkan menulis basmalah di permulaan kitab sya'ir tetap mensyaratkan sya'ir-sya'ir yang terkandung di dalamnya itu hendaklah yang mengandungi pengajaran dan tidak pula bercanggah dengan syari'at Islam. (11) Hadits-hadits yang menyuruh supaya berhamdalah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan penting itu telah mansukh dengan peristiwa yang berlaku di hari Hudaibiah. Tetapi pendapat ini tidak benar kerana untuk mengatakan hadits-hadits itu sudah mansukh semestinya kita mengetahui ianya telah disebutkan sebelum peristiwa Hudaibiah. Selagi anda tidak dapat mempastikan perkara ini, anda tidak harus mengatakan ia telah dimansukhkan. Begitulah qaedah nasakh. Di samping itu penyelesaian hadits-hadits atau dalil-dalil yang kelihatan bertentangan dengan qaedah nasakh hanya dipakai apabila ia tidak dapat dijama' lagi. Demikianlah pendapat kebanyakan 'ulama iaitu selagi hadits-

5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan