Jumaat, Julai 23, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 28(89)nota 16(434).

Daurah tafsir 2019 sesi 28(89)nota 16(434).

Surah Al fajr
Tertib surah 89
Bilangan ayatnya 30
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya  10
Bilangan paragrafnya  6
Paragraf 1ayat 1-5  
Orang-orang yang bijaksana(ذِى حِجْرٍ)menerima adanya hari akhirat berpandukan dalil2 آفاقي
Paragraf 2 ayat 6-14 Dalil untuk adanya pembalasan baik dan buruk dan hari akhirat daripada sejarah kaum Aad,Tsamud  dan Firaun.
Paragraf 3 ayat 15-16 Jiwa yang tenang  dalam suka dan duka terus bersabar dan bersyukur.
Paragraf 4 ayat 17-20 Orang-orang yang merampas hak anak-anak yatim,orang-orang miskin dan orang-orang yang lemah mempunyai jiwa yang sakit.
Paragraf 5 ayat 21-26 Orang-orang  yang mempunyai jiwa yang sakit akan menyesal dihari qiamat nanti dan azab yang teruk akan menimpanya.
Paragraf 6 ayat 27-30 Jiwa yang tenang akan berhak masuk syurga dan mendapat kedudukan yang istimewa disisi Allah setelah beramal dengan ikhlas.

Mesej utama
Jiwa-jiwa yang tenang akan mendapat kedudukan istimewa disisi tuhan kerana mereka menerima seruan tauhid  dan kepercayaan kepada hari akhirat daripada alquran disamping menegakan keadilan dalam masyarakat.

434

Al-Fajr 89:5هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ 
Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan