Daurah tafsir 2019 sesi 28(89)nota 16(434-435)s
Surah Al fajr
Tertib surah 89
Bilangan ayatnya 30
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya 10
Bilangan paragrafnya 6
Paragraf 1ayat 1-5
Orang-orang yang bijaksana(ذِى حِجْرٍ)menerima adanya hari akhirat berpandukan dalil2 آفاقي
Paragraf 2 ayat 6-14 Dalil untuk adanya pembalasan baik dan buruk dan hari akhirat daripada sejarah kaum Aad,Tsamud dan Firaun.
Paragraf 3 ayat 15-16 Jiwa yang tenang dalam suka dan duka terus bersabar dan bersyukur.
Paragraf 4 ayat 17-20 Orang-orang yang merampas hak anak-anak yatim,orang-orang miskin dan orang-orang yang lemah mempunyai jiwa yang sakit.
Paragraf 5 ayat 21-26 Orang-orang yang mempunyai jiwa yang sakit akan menyesal dihari qiamat nanti dan azab yang teruk akan menimpanya.
Paragraf 6 ayat 27-30 Jiwa yang tenang akan berhak masuk syurga dan mendapat kedudukan yang istimewa disisi Allah setelah beramal dengan ikhlas.
Al-Fajr 89:5هَلْ فِى ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِّذِى حِجْرٍ
Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang-orang yang berakal?
Mesej utama
Jiwa-jiwa yang tenang akan mendapat kedudukan istimewa disisi tuhan kerana mereka menerima seruan tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat daripada alquran disamping menegakan keadilan dalam masyarakat.
Zaman Diturunkan
Surah al-Fajr diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah di antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, ketika itu kezaliman dan kekejaman pemimpin-pemimpin Quraisy Mekah sudah pun sampai ke puncaknya, mereka diancam dengan akibat buruk yang diterima oleh kaum 'Aad,Tsamud dan Fir'aun. Dikatakan, mereka sentiasa berada dalam perhatian Allah (Ayat: 14):
Al-Fajr 89:14 إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلْمِرْصَادِ.Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas,
(terutama balasan akhirat).Surah al-Fajr ada kesamaannya dengan Surah al-Buruj di mana ada disebutkan di dalamnya (Ayat: 12):
Al-Buruj 85:12 إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Perkaitan Surah Al-Fajr Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Ghasyiah sebelum ini, pemandangan hari kiamat dikemukakan dan balasan yang berbeza kepada 2 golongan disebutkan. Ahli neraka digambarkan dengan firmanNya وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ (Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina), dan ahli syurga pula digambarkan dengan firmanNya وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ (Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri),dalam Surah al-Fajr ini pula dengan menyebutkan sifat-sifat orang mu'min sebagai ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ orang kafir sebagai ٱلنَّفْسُ غير ٱلْمُطْمَئِنَّةُ,akibat dan kesudahan yang berbeza bagi 2 golongan itu dipaparkan.
2. Di dalam surah ini dan Surah al-Balad selepas ini terdapat galakan supaya menegakkan keadilan kemasyarakatan. Kerana tidak percaya kepada adanya hari kemudian, manusia menjadi terlalu cintakan harta dunia dan mereka merampas hak-hak anak yatim dan orang-orang miskin dan mereka memakan harta pusaka dengan cara yang tidak benar.
435
Al-Ghashiyah 88:2 وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَٰشِعَةٌ
Pada hari itu banyak wajah yang tertunduk terhina,
Al-Ghashiyah 88:8 وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ
Pada hari itu banyak (pula) wajah yang berseri-seri,
Al-Fajr 89:27 يَٰٓأَيَّتُهَا ٱلنَّفْسُ ٱلْمُطْمَئِنَّةُ
Wahai jiwa yang tenang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan