Ahad, Julai 25, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian pertama 001-007)s

Sahih Al Bukhari (Bahagian pertama 001-007)s

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.¹
___________________________________________________________
 
¹ Kenapa Bukhari memulakan kitabnya hanya dengan Basmalah (membaca/menulis  بسم الله الرحمن الرحيم)? Teknik penulisan imam Bukhari sangat berbeza daripada teknik penulis-penulis lain yang semasa dengan beliau atau yang mendahului beliau. Kerana setiap kali memulakan sesebuah penulisan biasanya mereka akan menjelaskan terlebih dahulu tujuan dan objektif kitab-kitab mereka di dalam muqaddimah atau prakata kitab masing-masing. Paling tidak mereka akan mendahului isi kandungan kitab masing-masing dengan Basmalah (menulis بسم الله الرحمن الرحيم,Hamdalah (الحمدلله), Selawat dan Tasyahhud (ucapan أن شهد لا إله الله dan seterusnya). Tindakan imam Bukhari yang hanya memulakan kitabnya dengan Basmalah (menulis atau membaca   seolah-olahnya menunjukkan beliau tidak mahu terikat dengan teknik penulis-penulis lain. Ini sebenarnya menyerlahkan lagi perbezaan dan keunikan kitab beliau berbanding kitab-kitab yang lain. Bagaimanapun tindakan beliau tersebut telah menimbulkan kontroversi, kerana ia kelihatan menyimpang darİpada kehendak hadits. Memang terdapat beberapa hadits yang menyebutkan kepentingan memulakan sesuatu ucapan atau perbuatan yang penting dengan memuji Allah s.w.t. terlebih dahulu, antaranya ialah: 
(1) كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدِ أَقْطَعُ
 Bermaksud:”Segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah adalah terputus (daripada mendapat keberkatan).” 
(Hadits riwayat Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Baihaqi). Nawawi dan Munawi mengatakan hadits ini hasan. 
(2)  كُلُّ كَلَامٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدُ لِلَّهِ فَهُوَ أَجْذَمُ
Bermaksud: "Setiap ucapan yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah adalah terputus (daripada mendapat keberkatan).” 
(Hadits riwayat Abu Daud [dan ini adalah lafaznya], Ibnu Majah, Nasaa'i di dalam kitabnya   Abu 'Awanah di awal Mustakhrajnya ke atas Sahih Muslim, Ibnu Hibban, Daraquthni dan lain-lain). 
Ibnu as-Shalah, Nawawi, 'Iraqi dan Hafiz İbnu Hajar mengatakan hadits ini hasan. 

Berkenaan dengan kepentingan Tasyahhud pula, pernah pada suatu ketika Nabi s.a.w. menegur seorang sahabat yang memulakan ucapan khutbahnya tanpa bertasyahhud terlebih dahulu dengan kata Baginda s.a.w.: 
كُلُّ خُطْبَةٍ لَيْسَ فِيهَا تَشَهُّدٌ فَهِيَ كَالْيَدِ الْجَذْمَاءِ
Bermaksud: "Setiap khutbah yang tidak ada Tasyahhud di dalamnya adalah seperti tangan yang berpenyakit kuşta.”
(Hadits riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Baihaqi). Tirmizi mengatakan hadits ini hasan, sahih, gharib.

Demikanlah keputusan Tirmizi mengikut nuskhah yang ditahqiq oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir dan Syeikh Muhammad Fu'ad Abdul Baqi. Adapun mengikut nuskhah yang dicetak bersama Tuhfatu al-Ahwazi, maka di dalamnya hanya tersebut hadits ini hasan, gharib.

Tentang kepentingan dan peri mustahaknya bershalawat pada ketika memulakan sesuatu perkara penting juga dianjurkan oleh Nabi s.a.w. di dalam beberapa sabdanya seperti berikut:  
كلُّ أمْرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ بحمْدِ اللهِ، والصَّلاةِ على فهو أقطَعُ أبتَرُ مَمحوقٌ مِن كلِّ بَرَكةٍ.
Bermaksud: "Semua perkara penting yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah dan shalawat kepadaku adalah terputus, kudung dan terhapus daripada segala keberkatan.” 
(Hadits riwayat Ad-Dailami di dalam Musnad al-Firdausnya dan 'Abdul Qadir Ar-Ruhawi di dalam Arba'innya daripada Abi Hurairah. Demikian tersebut di dalam al-Jami'u al-Kabir karangan as-Suyuthi).
Ibnu Mandah menukilkan hadits ini di dalam Fadha'ilnya dengan lafaz berikut:   :  
 كل كلامٍ لا يُذكرُ اللهُ تعالى فيهِ فيُبْدأُ بهِ ويصلى على فيه فهو أقطعُ ممحوقٌ من كل بركةٍ
Bermaksud: Setiap ucapan yang tidak disebut (nama) Allah di permulaannya dan tidak pula aku disalawati adalah terputus, cacat dan terhapus dari segala  keberkatan.(Demikian dalam al-Jama'u  al-Kabir as-Suyuti dan al-Ummal karangan Al Muttaqi al-Hindi). 

Ironinya sebagai seorang tokoh hadits yang paling agung, sudah tentu sekali hadis-hadis  seumpama itu tidak terlepas  daripada pengetahuan beliau. Apa lagi al-Quran sendiri memulakan ayat pertamanya di dalam Surah al-Fatihah selaku surah pembuka dengan Hamdalah (ucapan الحمدلله) selepas basmalah (ucapan  بسم الله الرحمن الرحيم). Persoalan sekarang ialah bukan sahaja Imam Bukhari telah melencong daripada kebiasaan pengarang-pengarang lain, malah beliau juga telah  meninggalkan method al-Qur'an dalam bicara. Bagaimanapun apa  yang dibuat oleh Imam Bukhari itu pada pandangan para ulama, pasti menyimpan maksud dan tujuannya yang tersendiri. Antara andaian dan pendapat para 'ulama' pengkaji Sahih Bukhari tentang faktor sebalik tindakan beliau meninggalkan Hamdalah, Tasyahhud dan Salawat selepas Basmalah permulaan kitabnya ialah:
(1) Beliau ingin mengisyaratkan bahawa hadits-hadits yang menyarankan kita supaya memulakan sesuatu ucapan atau tindakan dengan Hamdalah dan Tasyahhud adalah tidak menepati syarat beliau. Inilah pendapat Hafiz Ibnu Hajar as-"Asqalaani r.a. Di dalam Fathul Baarinya beliau menulis: 
والجواب أن الحديثين (أى حديث الحمد والشهادة)ليسا على شرطه
Bermaksud: "Jawapannya ialah kedua-dua hadits itu tidak menepati syarat beliau. Bahkan kedua-duanya bermasalah." Justeru sanad-sanadnya dipertikaikan walaupun hadits- hadits itu dianggap sahih atau hasan oleh ramai tokoh 'ulama' yang Iain. Di dalam sanad hadits pertama misalnya, terdapat seorang perawi bernama Qurrah Bin 'Abdur Rahman- Imam Bukhari tidak mengambil satu pun riwayat daripadanya tetapi Imam Muslim mengambil hadits- haditsnya dalam Syawahid dan mutabaat sahaja. Bagaimanapun Imam Nasaa'i, Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah mengemukakan juga riwayat-riwayatnya sebagai riwayat-riwayzt usul mereka. Selain itu perawi-perawi hadits ini berbeza-beza dalam meriwayatkannya. Ada yang meriwayatkannya secara mursal dan ada pula meriwayatkannya secara maushul. Qurrah meriwayatkannya secara maushul sementara Yunus, 'Uqail, Syuaib dan Said bin 'Aziz pula meriwayatkannya secara mursal. Imam Daraqutni berkata:  والمرسل هو الصواب (yang mursal itulah yang betul). Di dalam sanad riwayat kedua ada 'Aashim Bin Kulaib. Imam Muslim dan pengarang- pengarang kitab-kitab hadits besar yang lain mengambil riwayat daripadanya tetapi Imam Bukhari langsung tidak mengambil apa-apa riwayat daripadanya. Di dalam sanad hadits ketiga ada Ismail Bin Abi Ziad as-Syami. Hafiz 'Abdul Qadir Ar-Ruhawi berkata:  
غريب تفرد بذكر الصلاة فيه إسمعيل بن أبى زياد الشامى وهو ضعيف لا يعتد بروايته ولا يزيادته
Bermaksud: Hadits ini gharib (dha'if). Hanya Ismail Bin Abi Ziad as-Syami menyebutkan shalawat di dalamnya, sedangkan dia seorang dha'if yang tidak boleh dipakai riwayatnya dan tidak boleh juga diambil kira tambahan (yang tersebut di dalam riwayatnya). 

(2) Beliau juga bermaksud mengisyaratkan kepada hadits-hadits yang akan dikemukakan di dalam Sahihnya nanti bertaraf lebih tinggi daripada semua hadits-hadits itu. Tetapi ada pihak membantah alasan di atas tadi dengan berkata bahawa ia tidak kuat kerana beberapa sebab.

Pertama: Imam Bukhari beriltizam sebelum memasukkan sesuatu hadits ke dalam Sahihnya beliau akan mandi, bersembahyang dua rakaat dan beristikharah terlebih dahulu. Padahal apa yang diiltizamnya itu tidak ada tersebut langsung di dalam mana-mana hadits. Adapun memulakan sesuatu pekerjaan penting dengan hamdalah dan sebagainya tetap ada hadits-haditsnya meskipun dha'if. 

Kedua: Kelemahan Qurrah boleh hilang dengan adanya beberapa orang perawi lain sebagai mutabi'nya seperti telah disebutkan sebelum ini- Ketiga; Hadits-hadits di atas hanyalah hadits-hadits fadha'il. Untuk mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya tidaklah memerlukan kekuatan sanad seperti mana yang diperlukan untuk hadits-hadits hukum. 

Keempat: Muhadditsu al-'Ashr as-Syeikh Maulana Muhammad Anwar Syah al-Kashmiri telah mengemukakan empat piawaian untuk hadits sahih iaitu: 
(a) Sesuatu hadits yang diriwayatkan oleh orang yang cukup cermat (dalam periwayatannya). sempurna (pula) ke'adilannya dengan sanad yang tidak terputus di samping tidak terdapat di dalamnya keganjilan dan kecacatan(ما  رواه تام الضبط كامل العدالة باتصال السند ولا يكونن فيه الشذوذ والعلة ). 
(b) Sesuatu hadits yang telah ditashihkan oleh Muhaddits yang mahir. 
(c) Sesuatu hadits yang telah dikemukakan oleh seseorang pengarang mu'tabar yang telah beriltizam untuk hanya mengemukakan hadits-hadits sahih sahaja di dalam kitabnya. 
(d) Sesuatu hadits yang diterima pakai oleh mana-mana imam mazahib, dan perawi-perawinya pula tidak majruh. Jika di dalam sanadnya terdapat juga seseorang perawi yang majruh atau lemah maka kelemahannya telah ditampung oleh mutabi'-mutabi'nya. 

Sekarang kalau anda melihat kepada hadits-hadits yang sedang kita bicarakan ini, anda akan mendapati ada padanya ketiga-tiga piawaian (b), (c) dan (d) yang telah disebutkan oleh Maulana Anwar Syah Kashmiri itu. Ini kerana Ibnu as-Shalah, anNawawi, al-'lraqi, as-Subki dan lain-lain  ulama' hadits mengatakan hadits ini sahih atau hasan. Pengarang-pengarang mu'tabar seperti Abu 'Awanah, Ibnu Hibban dan lain-lain yang telah beriltizam untuk hanya mengemukakan hadits-hadits sahih sahaja di dalam kitab-kitab mereka juga telah mengemukakan hadits-hadits ini di dalam kitab-kitab mereka. 
Selain itu perawi-perawinya juga mempunyai mutabi' seperti telah sama-sama kita lihat di atas. 

(3) Mungkin juga hadits-hadits Hamdalah, Tasyahhud dan Shalawat tidak sampai kepada Imam Bukhari menyebabkan beliau tidak mengetahui tentangnya. Tetapi andaian itu tidak munasabah sama sekali untuk orang yang handal seperti Imam Bukhari dalam bidang hadits. 

(4) Imam Bukhari sebenarnya telah menulis kesemua ucapan tersebut tadi di dalam kitabnya. Tetapi oleh kerana percetakan masih belum ada di zaman beliau maka penerbitan kitab-kitab yang baharu hanya melalui proses penyalinan dengan tulisan tangan sahaja. Lalu semasa proses tersebut ucapan pendahuluan beliau yang lengkap berkemungkinan telah tercicir daripada catitan. uz\llamah al'Aini berkenan dengan jawapan ini dan beliau menulis bahawa saya pernah mendengar pendapat ini daripada beberapa orang guru yang hebat. Namun alasan tersebut disangkal keras oleh para sulama'. Mereka menganggapnya sebagai suatu alasan yang tidak munasabah. Kerana kalaulah da'waan sedemikian benar, kenapakah dalam sekian banyak nuskhah kitab beliau tidak terdapat sebuah nuskhahpun yang mengandungi ucapan-ucapan tadi? Apatah Iagi untuk mengandaikan keciciran tersebut berlaku di awal proses penyalinan! Selain itu jika dilihat kepada kitab-kitab Imam Bukhari yang lain seperti al-Adabu al-Mufrad, Khalqu Afaali al lbaad, Juz'u Rafi alYadain, Juz'u al-Qira'ah Khalfa al-lmam, at-Tarikhu al-Kabir, at-Tarikhu as-Shaghir dan lainlain, anda juga tidak akan menemui Hamdalah di awalnya. Dari situ dapat disimpulkan bahawa Imam Bukhari memang dengan sengaja telah tidak menulisnya di dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti apa yang dilakukannya di dalam kitab-kitabnya yang lain. Beliau sebenarnya mengikut method penulisan 'ulama' mutaqaddimin, dimana mereka memulakan penulisan hanya dengan tasmiah (menuliskan Bismillah) sahaja. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas pada tulisan guruguru atau guru-guru kepada guru-guru beliau dan juga pada tulisan 'ulama' yang sebaya atau sezaman dengannya seperti Imam Malik, 'Abdur Razzaq, Ibnu Abi Syaibah, Imam Ahmad,Humaidi, Darimi, Abu Daud dan lain-lain. 

(5) Imam Bukhari tidak menyertakan Hamdalah,Tasyahhud dan lain-lain ialah kerana maksud pujian dan penyaksian sebagaimana yang disebutkan di dalam hadits-hadits mengenainya sudahpun terkandung di dalam ucapan Basmalah.

Dalam erti kata yang lain beliau ingin menerangkan bahawa apabila kurang seseorang ingin melakukan sesuatu yang penting, setidak-tidaknya atau paling kurang hendaklah dia memulakannya dengan Basmalah terlebih dahulu. Kerana ucapan paling lengkap yang merangkumi pujian, penyaksian (shahadah) mahupun keberkatan sudahpun terdapat di dałam ucapan بسم الله الرحمن الرحيم . Di dalamnya sudah ada pujian iaitu 'Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang', dan ma'na Tasyahhud iaitu pengakuan ketuhanan Allah s.w.t. Justeru ungkapan yang paling ringkas dałam memulakan sesuatu pekerjaan yang penting ialah 'Basmalah', kerana ia merangkumi kesemua ma'na dan maksud yang dituntut melalui Hamdalah dan Tasyahhud.

(6) Maksud 'tidak dimulai dengan...' sebagaimana yang terdapat di dałam hadits-hadits tersebut ialah tidak dimulai dengan menyebut atau membacanya, bukannya menulis. Jadi apabila Imam Bukhari tidak menulisnya, maka ini tidak bererti beliau juga tidak mengucapkannya. Seperti sedia dima'lumi bahawa di sepanjang proses mengarang kitabnya, Imam Bukhari akan memastikan dirinya berada dalam keadaan berwudhu' dan setiap kali ingin mencatit sesebuah hadits beliau akan menunaikan dua raka'at sembahyang terlebih dahulu. Inikan pula untuk mengucapkan puji-pujian terhadap Allah yang pelaksanaannya tentulah tidak lebih sukar daripada syarat-syarat dan komitmen yang beliau wajibkan ke atas dirinya dengan perkaraperkara tersebut tadi. Khathib Baghdadi menulis di dalam kitabnya al-Jamiî tentang Imam Ahmad bahawa beliau tidak menulis shalawat tetapi membacanya. Begitulah kebiasaan penulis-penulis dari kalangan Salaf, mereka bershalawat ketika mencatat sesuatu hadits tetapi tidak menulisnya. 

(7) Ada juga ulama' berpendapat bahawa Imam Bukhari sebenarnya ingin mengarang kitab Sahihnya dengan berpandukan kaedah-kaedah penulisan surat-surat Nabi s.a.w.. Kerana surat-surat Baginda s.a.w. yang diutuskan dalam misi da'wah Baginda hanya dimulakan dengan tulisan Basmalah sahaja. 

(8) Sebahagian 'ulama' mengatakan bahawa Imam Bukhari ingin menyahut seruan pertama al-Qur'an. Lantaran Allah s.w.t. telah berfirman di dalam wahyu pertamaNya: إقرأ بسم ربك الذي جلق "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta”, maka untuk menterjemahkan seruan tersebut beliau telah memulakan penulisannya dengan Basmalah. Dan dalam masa yang sama Basmalah juga digunakan oleh beliau untuk mentafsirkan maksud "Tuhanmu” di dalam ayat tersebut, iaitu Allah yang bersifat dengan 'Maha Pengasih lagi Maha Penyayang'. Selain itu Allah telah memerintahkan supaya Nabi kita memulakan bacaan wahyuNya dengan menyebut namaNya. Bukankah hadits-hadits Baginda s.a.w. juga merupakan wahyu? Maka adalah wajar sekali jika Imam Bukhari memulakan kitab shahihnya dengan menulis بسم الله الرحمن الرحيم  bukan dengan lain-lain ucapan. Mengkhususkan permulaan kitab dengan basmalah tanpa disusuli dengan khutbah bukan sahaja telah dipilih oleh Imam Bukhari, malah ia menjadi pilihan 'ulama'-ulama' hadits yang lain seperti Imam Malik di dałam Muatthanya, Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi di dałam kitab Sunan mereka masing-masing. 

(9) Maksud perintah Nabi s.a.w, supaya seseorang memuji Allah ketika memulakan sesuatu pekerjaan penting ialah mengingatiNya. Kerana tanpa mengingati Allah pekerjaan yang dilakukan itu tidak sempurna dengan erti tiada keberkatannya. Dalilnya ialah hadits ini telah diriwayatkan dengan tiga lafaz yang berbeza. Padahal perawi Yang merupakan madar (Paksi atau punca) bagi hadits ini ialah Qurrah Bin 'Abdir Rahman. Di dalam riwayat pertama beliau, lafaz hadits ini berbunyi: كل أمر ذى لا فيه بالحمد أقطع Bermaksud: segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan pujian (kepada Allah) adalah terputus (tidak ada keberkatannya). (Hadits riwayat Ibnu Majah). 

Lafaz riwayat keduanya berbunyi:
 كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ  بسم الله الرحمن الرحيم أَقْطَعُ
 Bermaksud: Segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan terputus (tidak ada keberkatannya). (Lihat al-Jami'u al-Kabir Oleh as-Suyuthi j.1 m/s 623). Lafaz riwayat ketiganya pula berbunyi begini: كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بذكر  الله  أَقْطَعُ Bermaksud: Segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan menyebut atau mengingati Allah adalah terputus (tidak ada keberkatannya). (Ad-Daraquthni-Sunan Ad-Daraquthni j.1 m/s 229). Ketiga-tiga hadits di atas sebenarnya membawa maksud yang sama iaitu mengingati Allah pada ketika memulakan sesuatu pekerjaan penting, dan ini dapat dicapai dengan membaca atau menuliskan بسم الله الرحمن الرحيم. Ini ialah pendapat pilihan Imam an-Nawawi. 

Bagaimana pun jawapan ini tetap menimbulkan kemusykilan iaitu memang benar lafaz hadits-hadits Qurrah itu berbeza tetapi yang paling kemas dan kuat di antaranya ialah riwayat yang menganjurkan Hamdalah (memuji Allah ketika melakukan sesuatu perkara penting). Jawapannya ialah pujian atau al-hamd yang tersebut di dalam riwayat-riwayat yang menganjurkan supaya seseorang memuji Allah ketika mahu melakukan sesuatu perkara penting itu tetap boleh dipakai dalam ertinya yang 'umum, merangkumi Basmalah dan Hamdalah kedua-duanya sekali. Kerana itulah kita menyaksikan kebanyakan 'amalan-amalan syara tidak dimulakan dengan Hamdalah misalnya sembahyang dimulakan dengan Takbir bukan dengan Hamdalah. Demikian juga dengan haji dan Iain-Iain. Selain itu lafaz riwayat-riwayat hamd juga berbeza-beza. Ada dengan lafaz بحمد الله. Ada juga dengan lafaz بالحمد  dan yang Iain pula dengan lafaz بالحمد لله yang mana kesemuanya membawa makna yang sama iaitu pujian dalam ertinya yang mutlaq, merangkumi segala bentukذكر الله(mengingati Allah). 

(10) Imam Bukhari memulakan kitabnya dengan tidak kerana Iain melainkan kerana mengikut Sunnah Nabi s.a.w. semata-mata. Baginda s.a.w. telah memerintahkan supaya surat perjanjian damai di Hudaibiah ditulis bermula denganبسم الله الرحمن الرحيم

(11) Jawapan ke sepuluh ialah hadits-hadits yang menganjurkan hamdalah dan Iain-Iain di permulaan sesuatu pekerjaan penting sebenarnya berkaitan dengan khutbah atau ucapan bukan dengan tulisan atau kitab. Ini kerana sudah menjadi tradisi di kalangan orang-orang 'Arab bahawa apabila mereka mahu memberikan sesuatu ucapan, mereka akan memulakannya dengan sya'ir-sya'ir. Rasulullah s.a.w. tidak merestui tradisi tersebut lalu Baginda s.a.w. menukarnya dengan anjuran-anjuran Baginda supaya berhamdalah dan Iain-Iain. Berhubung dengan sesebuah kitab yang mengandungi sya' ir sepenuhnya adakah harus di mulakan dengan basmalah atau tidak, para ulama' berbeza pendapat tentangnya. Imam Sya'bi melarangnya, sementara Sa'id Bin Jubair pula membenarkannya. Kebanyakan 'ulama' bersetuju dengan pendapat Said Bin Jubair. Bagaimanapun para 'ulama' yang membenarkan menulis basmalah di permulaan kitab sya'ir tetap mensyaratkan sya'ir-sya'ir yang terkandung di dalamnya itu hendaklah yang mengandungi pengajaran dan tidak pula bercanggah dengan syari'at Islam. 

(11) Hadits-hadits yang menyuruh supaya berhamdalah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan penting itu telah mansukh dengan peristiwa yang berlaku di hari Hudaibiah. Tetapi pendapat ini tidak benar kerana untuk mengatakan hadits-hadits itu sudah mansukh semestinya kita mengetahui ianya telah disebutkan sebelum peristiwa Hudaibiah. Selagi anda tidak dapat mempastikan perkara ini, anda tidak harus mengatakan ia telah dimansukhkan. Begitulah qaedah nasakh. Di samping itu penyelesaian hadits-hadits atau dalil-dalil yang kelihatan bertentangan dengan qaedah nasakh hanya dipakai apabila ia tidak dapat dijama' lagi. Demikianlah pendapat kebanyakan 'ulama iaitu selagi hadits-hadits atau dalil-dalil yang kelihatan bertentangan masih boleh dijama, tidaklah seharusnya dipakai qaedah nasakh. Daripada sekian banyak jawapan yang diberikan di atas nampaknya jawapan yang agak baik dan lebih munasabah ialah yang tersebut pada no: (4), (5) dan (8).والله أعلم بالصواب. 

Perbincangan Tentang Basmalah بسم الله الرحمن الرحيم. Huruf (Ba') di permulaan perkataan adalah haraf Jar. Ia memunyai empat belas makna. Makna haqiqinya ialah الصاق. Bagaimanapun Pemakaian haraf Ba' di sini mengikut Zamakhsyari adalah dengan ma' na Baidhawi pula memakainya dengan ma'na 'Ulama' Nahu Bashriyyin mengatakan Muta'allaqnya ialah Isim iaitu kerana jumlah ismiyyah menunjukkan ketetapan dan kesentiasaan (دوام). Ertinya ialah keadaanku membaca basmalah untuk mengambil berkat daripadanya pada setiap kali memulakan sesuatu pekerjaan adalah tetap dan sentiasa. Tetapi ulama' Nahu Kufiyyin pula berpendapat Mutakallaqnya adalah Fi'il iaitu أبتدئ. Ini kerana jumlah fi'liyyah memberi erti tajaddud. Ertinya aku setiap kali mahu melakukan sesuatu akan membaca basmalah untuk mengambil berkat daripadanya. Para 'ulama' Nahu juga berbeza pendapat tentang Mutaăallaqnya itu sama ada Muqaddam atau Mu'akkhar, 'umum atau khusus.

Zamakhsyari berpendapat bahawa Muta'allaqnya patut ditaqdirkan dalam bentuk fi'il khusus yang mu'akkhar (diletakkan selepas menyebutkan basmalah) iaitu mengikut perbuatan khusus yang hendak dilakukan seseorang misalnya membaca, perlu ditaqdirkan , menulis pula perlu ditaqdirkan dan begitulah seterusnya. Kalau tidak niscaya kalam kitalah yang akan disebut dahulu bukan kalam Allah بسم الله الرحمن الحيم. Demikian juga ia akan khusus dengan permulaan sahaja jika ditaqdirkan dengan ابتداني atau أبتدئ. Sedangkan keberkatan yang dikehendaki bukan sahaja pada permulaan pekerjaan malah meliputi pertengahan dan kesudahan sesuatu 'pekerjaan yang dilakukan. Jadi dalam konteks perbincangan kita sekarang muta'allaqnya ialah أكتب yang terletak selepas بسم الله الرحمن الحيم. Inilah pendapat yang terbaik meskipun di sana terdapat juga pendapat lain yang mengatakan muta'allaqnya dalam bentuk perkataan yang mengandungi ma'na umumlah yang lebih baik. Perbincangan Tentang Perkataan الله. Para 'ulama' berbeza pendapat tentang perkataan الله. Adakah ia berasal daripada bahasa 'Arab atau berpunca daripada bahasa 'Ibrani atau Siryani. Mengikut para 'ulama' yang mengatakan ia berasal daripada bahasa 'Arab, mereka berselisih pendapat pula tentang sama ada ia 'alam atau sifat. Bagi mereka yang berpendapat ia alam, mereka berbeza pendapat lagi tentang ia musytaq atau tidak. Kemudian 'alam itu mengikut wadha' kah atau ghalabah. Mereka terus berbeza pendapat. Abu Zaid al-Balkhi berkata: ”Perkataan berasal daripada bahasa Ibrani atau Siryani. Tetapi yang sebetulnya perkataan ini adalah Isim Alam Murtajal daripada bahasa 'Arab. Inilah pendapat Imam Abu Hanifah, Syafľe, Imam Muhammad (murid Imam Abu Hanifah), Khalil Bin Ahmad, Sibawaih, Zajjaj, Ibnu Kaisan, Halimi, Ghazzali, Khatthabi dan lain-lain. Selain itu perkataan dilihat dari sudut penggunaannya dalam bahasa 'Arab mempunyai beberapa ciri dan kekhususan tersendiri. Antara lainnya adalah seperti berikut: (1) Ia boleh menjadi Mudhaf Ilaih tetapi tidak boleh dijadikan Mudhaf kepada apa-apa. (2) Nama ini khusus denganNya. Tidak ada sesiapa pun pernah diberi nama ini atau ia memakai nama ini untuk dirinya. (3) ”Ya”' haraf Nida' boleh digantikan dengan musyaddadah” di hujungnya. يا الله boleh ditukarkan dengan  اللهُمَّ .
(4)Hamzah pada perkataan الله  adalah Hamzah washal tetapi ketika kita menyebut , kita menggunakannya sebagai Hamzah qatha' bukan sebagai Hamzah washal. (5) "Ya”' haraf Nida' yang memberi makna ma'rifah kepada sesuatu isim yang dimasukinya boleh digabungkan bersama Lam Ta' rif'. (6) Kerja atau 'amal harafjar sebelumnya yang dibuang tetap dikekalkan.

Kerana itulah orang 'Arab berkata: الله لأفعلن كذا. Perkataan الله tetap dimajrurkan meskipun dibuang "wau" haraf qasam sebelumnya  الرحمن الرحيم . Dua perkataan ini merupakan sighah mubalagah. Tetapi makna الرحمن lebih mendalam daripada ma'na الرحيم. Ini disebabkan oleh lebihnya huruf pada perkataan  الرحمن berbanding perkataan الرحيم  Kata 'ulama' Ilmu Ma'ani:زيادة المبنى تدل على زيادة المعنى (lebihnya huruf dalam sesuatu perkataan menunjukkan kelebihan ma'nanya). Sesetengah 'ulama' berpendapat الرحمن ialah zat yang memberi rahmat di dunia dan di akhirat, sementara الرحيم pula ialah zat yang memberi rahmat di akhirat semata-mata. Sebahagian 'ulama' yang lain pula berpendapat الرحمن ialah Tuhan yang mengurniakan ni'mat yang besar-besar dan الرحيم ialah Tuhan yang mengurniakan ni'mat yang kecil-kecil dan seni. al-A'lam (Yusuf bin Sulaiman bin 'Isa asy-Syantamari al-Andalusi m.476H) dan Ibnu Malik berkata: الرحمن dan  الرحيم  sebenarnya adalah 'alam bukan sifat musytaq. 
Barangkali pendapat mereka berdasarkan riwayat daripada Abdul Rahman bin Auf seperti  berikut :
حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ وَسَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَخْزُومِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ

اشْتَكَى أَبُو الرَّدَّادِ اللَّيْثِيُّ فَعَادَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فَقَالَ خَيْرُهُمْ وَأَوْصَلُهُمْ مَا عَلِمْتُ أَبَا مُحَمَّدٍ فَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ قَالَ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَا اللَّهُ وَأَنَا الرَّحْمَنُ خَلَقْتُ الرَّحِمَ وَشَقَقْتُ لَهَا مِنْ اسْمِي فَمَنْ وَصَلَهَا وَصَلْتُهُ وَمَنْ قَطَعَهَا بَتَتُّهُ

وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ وَابْنِ أَبِي أَوْفَى وَعَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَجُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ سُفْيَانَ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدِيثٌ صَحِيحٌ

Telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Umar dan Sa'id bin Abdurrahman Al Makhzumi keduanya berkata, Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Uyainah dari Az Zuhri dari Abu Salamah ia berkata; Suatu ketika Abu Ar Radad Al Laitsi jatuh sakit, lalu Abdurrahman bin Auf menjenguknya maka Abu Radad pun berkata, "Sebaik-baik manusia -yang saya ketahui- dan yang paling kuat menyambung silaturrahim di antara mereka adalah Abu Muhammad." Kemudian berkatalah Abdurrahman; Aku telah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah Tabaraka wa Ta'ala berfiman: 'Akulah Allah, dan Aku adalah Ar Rahman. Aku telah menciptakan kasih sayang yang aku ambilkan dari nama-Ku. Maka siapa yang menyambungnya, Aku akan menyambungnya, dan siapa yang memutuskannya, maka Aku akan memutuskan kasih sayang-Ku darinya.'" Hadits semakna juga diriwayatkan dari Abu Sa'id, Ibnu Abu Aufa, Amir bin Rabi'ah, Abu Hurairah dan Jubair bin Muth'im. Abu Isa berkata; Haditsnya Sufyan dari Az Zuhri adalah hadits shahih.  (HR. Tirmidzi: 1830) - http://hadits.in/tirmidzi/1830


Sebabnya kenapa tidak disebutkan  langsung sifat jalal di dalam Basmalah, malah apa yang disebut hanyalah dua sifat jamal yang mengandungi ma'na rahmat iaitu الرحمن  dan الرحيم  ialah berdasarkan firman Allah berikut: ورحمتى وسعت كل شيء dan juga firmanNya di dalam hadits qudsi berikut: إن رحمتى غلبت غضبى . Basmalah diakhiri dengan الرحيم untuk mengisyaratkan kepada kesudahan yang baik di akhirat nanti adalah untuk orang-orang mu'minin dan muttaqin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan