Isnin, Julai 26, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 008)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 008)

Bukhari yang unik. Seperti telah kita Bincangkan sebelum ini bahawa antara ciri khusus yang terdapat di dałam kitab Sahih Bukhari ialah adanya ma'na isyarat pembuka di dalam tajuk atau hadits setiap permulaan bab atau kitabnya dan makna isyarat penutup di dalam tajuk atau hadits setiap penutup bab atau kitabnya. Contohnya di dalam Kitab Wahyu, di dalam tajuk pertamanya ada perkataan permulaan iaitu "Bagaimana permulaan wahyu” dan di dalam hadits yang terakhirnya terdapat perkataan 'akhir”, iaitu: فكان ذلك آخر هو قل (Begitulah akhirnya keadaan Hercules). Perkataan-perkataan yang dijadikan isyarat kepada penutup tersebut tidak semestinya dalam bentuk perkataan "akhir” sahaja, tetapi Imam Bukhari juga membawa perkatan-perkataan yang mempunyai ma'na penyudah yang lain seperti tamat, mati dan sebagainya. Tujuan beliau membawakan isyarat permulaan dan penyudah tersebut ialah mengingatkan dirinya sendiri dan para pembaca kitabnya agar sentiasa tidak lupa kepada asal usul manusia yang datang daripada Allah dan dan kepadaNya jualah pasti mereka akan kembali. la juga bermaksud menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup ada permulaan dan penghujungnya kecuali Allah s.w.t. yang tidak ada awal dan akhirnya. Dengan isyarat pembuka dan isyarat penutup itu beliau juga mahu mengingatkan para pelajar agar sentiasa memikirkan apakah permulaan bagi sesuatu perkara yang ingin dilakukan dan apakah kesudahan atau natijah daripada perbuatan tersebut. Imam Bukhari berbeza sama sekali daripada pengarang-pengarang kitab-kitab hadits yang lain kerana beliau telah memulakan kitabnya dengan perbincangan tentang wahyu. Tidak dinafikan bahawa setiap pengarang kitab hadits memang mempunyai maksud tersendiri di sebalik pemilihan bab pertama di dalam kitab-kitab mereka masing-masing. Imam Abu Daud, Nasaa'i dan Tirmizi misalnya memulakan kitab-kitab mereka dengan Kitab atThaharah. Justeru sembahyang adalah rukun agama terpenting dan kesahihannya terhenti atas Thaharah. Selain itu perkara pertama yang disoal di dalam kubur ialah tentang thaharah dan perkara pertama yang disoal di Mahsyar nanti ialah tentang sembahyang, maka mereka memulakan kitab masing-masing dengan kitab thaharah, Imam Ibnu Majah memulakan kitab Sunannya dengan Ittiba' as-Sunnah, kerana jika Sunnah Nabi s.a.w. dan Sunnah Kahulafa' ArRasyidinnya tidak diikuti niscaya segala macam bidah akan meresapi agama dan seterusnya rupa bentuk agama akan terhapus, di samping asas agama pula akan terancam. Demi menjaga kesucian agama Imam Ibnu Majah membuka kitabnya dengan bab Ittiba' as-Sunnah. Oleh kerana para sahabat merupakan orang-orang yang bertangung-jawab dałam menyebarkan Sunnah Nabi s.a.w. dan mereka pula disuruh Baginda di dalam sabda-sabdanya yang berbunyi:ليبلغ الشاهد الغائب 
bermaksud: "Hendaklah orang yang hadhir di kalangan kamu menyampaikan kepada yang tidak hadhir.” ليلينى أولو الأحلام والنهى bermaksud: "Hendaklah orang-orang yang bijaksana dan cerdik di antara kamu mengiringiku (berada dekat di belakangku ketika bersembahyang), maka kerana itulah Imam Ibnu Majah membuat bab Manaqib Sahabat selepas bab Ittiba' as-Sunnah. Ini kerana jika para sahabat diragui dan dipertikaikan, niscaya agama yang dibawa mereka juga akan diragui dan dipertikaikan. Imam Muslim berpendapat Isnad merupakan penentu untuk mengetahui sama ada sesuatu riwayat iłu boleh diterima atau tidak. Berdasarkan Isnad juga para 'ulama' hadits memutuskan sama ada sesuatu hadits itu bertaraf sahih, dha'if atau maudhu. Lantaran kedudukan isnad yang amat penting itulah maka Ibnu al-Mubarak pernah berkata: الْإسْنَادُ مِنْ الدِّينِ وَلَو لَا الْإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ Bermaksud: "Isnad itu sebahagian daripada ugama. Jika tidak ada isnad, niscaya akan berkatalah orang yang akan berkata apa yang mahu dikatanya. Melihat kepada betapa pentingnya isnad dalam menjaga kesucian agama maka Imam Muslim memulakan kitabnya dengan

8


Tiada ulasan:

Catat Ulasan