Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 009)
__
perbincangan tentang isnad sebelum menyentuh soal-soal yang Iain. Imam Malik pula memulakan kitab Muwattha'nya dengan waktu-waktu sembahyang fardhu. Ini kerana sembahyang fardhu adalah rukun terpenting agama, tetapi ia mestilah ditunaikan pada waktu-waktu tertentu, maka semestinyalah waktu-waktu sembahyang itu diketahui terlebih dahulu. Waktu-waktu sembahyang fardhu itu menjadi istimewa dan perlu diutamakan daripada yang Iain-Iain kerana keistimewaan sembahyang fardhu itu sendiri. Itulah sebabnya Imam Malik mengutamakan perbincangan tentang waktu-waktu sembahyang daripada perbincangan-perbincangan yang Iain. Mungkin juga Imam Malik bermaksud menyatakan kepentingan masa dalam kehidupan manusia yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua yang ber'aqal fikiran, Allah sendiri selalu bersumpah dengan menyebut masa-masa tertentu untuk menarik perhatian manusia kepada kepentingan masa dalam kehidupan mereka. Apabila Imam Malik memulakan kitabnya dengan perbincangan tentang waktu-waktu sembahyang bererti Imam Malik mahu menyatakan bahawa antara waktu atau masa yang paling berguna dan berharga buat manusia ialah waktu dan masa sembahyang fardhu mereka. Imam Ahmad telah menyusun kitab haditsnya yang sangat masyhur itu dalam bentuk Musnad. Di dalam kitab musnad seseorang pengarang akan mengemukakan hadits-hadits yang diriwayatkan oleh seseorang sahabat secara berasingan tidak kira apa pun topiknya. Apa yang penting ialah segala riwayatnya (sejauh yang diketahui pengarang) akan diletakkan di satu tempat dan ini tentunya akan memudahkan pembaca untuk mengetahui hadits-hadits seseorang sahabat. Tetapi Imam Ahmad bermaksud lebih dari itu lagi, kerana beliau terlebih dahulu mengemukan hadits-hadits riwayat Abu Bakar, kemudian hadits-hadits 'Umar, kemudian hadits-hadits 'Utsman dan seterusnya mengikut tertib keutamaan sahabat pada pandangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah. Ini sekali gus menunjukkan 'aqidah pengarang itu sendiri, di samping menunjukkan juga peranan dan jasa para sahabat dalam menyampaikan amanah Nabi s.a.w. kepada umat. Imam Bukhari pula berbeza daripada pengarang-pengarang yang Iain, sama ada yang mendahului beliau atau yang sezaman dengannya. Beliau memulakan kitab Sahihnya dengan Kitab Wahyu. Imam Bukhari mempunyai hujjahnya yang tersendiri. Bagi beliau segala petunjuk dan pedoman adalah berpunca daripada wahyu. Oleh sebab itulah beliau memulakan kitab Sahihnya dengan tajuk penurunan wahyu, kerana semua perkara atau maklumat sebagaimana yang dibentangkan oleh para Imam yang Iain pada hakikatnya berpunca daripada wahyu Allah s.w.t., termasuk hadits Baginda s.a.w. Ini berma'na sumber semua ajaran agama, termasuk soal ibadat, muamalaat dan Iain-Iainnya adalah wahyu Allah s,w.t. Bacalah kitab hadits mana sekalipun, anda hanya akan dapat menyelami haditsnya sahaja. Apabila anda membaca kitab Sahih Bukhari, apa yang terbentang di hadapan anda adalah keseluruhan agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Justeru tujuan sebenar Imam Bukhari ialah untuk mengarang sebuah kitab yang menjadi panduan dan pedoman dalam agama, bukan sekadar kitab yang mengumpulkan hadits semata-mata. Hakikat inilah yang mendorong Maulana Banoori. pengasas Jami'ah al-' Uloom al-Islamiyyah Karachi (tempat di mana penulis pernah menimba ilmu hadits) berkata: إن البخارس أر اد أن يصنف كتابا في الدين قبل أن يصنف في الحديث Bermaksud: "Sebenarnya Imam Bukhari bermaksud menulis sebuah kitab tentang agama lebih daripada maksudnya menulis sebuah kitab hadits. Demikianlah cerita guru penulis Mufti Wali Hassan Khan semasa beliau mengajarkan Sahih al-Bukhari kepada kami dahulu. Kemudian timbul pula kemusykilan. mengapakah Imam Bukhari menggunakan ungkapan "Bagaimana permulaan wahyu di dalam tajuknya yang menunjukkan seolah-olah كيف di sini bertanyakan tentang
9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan