Khamis, Julai 29, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 011)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 011)

__
Bermaksud: Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahwa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari belakang tabir (dengan mendengar sahaja kalam Ilahi tanpa melihatNya), atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (as-Syura:51). 

Ayat ini menegaskan bahawa terdapat tiga saluran wahyu yang Allah s.w.t. gunakan untuk berhubung dengan nabi-nabinya. al-Qur'an diturunkan melalui saluran wahyu yang ketiga iaitu melalui malaikat Jibril a.s. yang menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. la bukan diterima Rasulullah s.a.w. secara langsung daripada Allah s.w.t. Para 'ulama' bersepakat mengatakan ketiga-tiga sumber yang tersebut di dalam ayat di atas merupakan wadah-wadah atau saluran-saluran wahyu yang berasingan. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan 'wahyu' sepertimana yang disebut sebagai saluran yang pertama di dalam ayat di atas? Sudah tentulah tidak ada jawapan yang lain yang lebih tepat dan sesuai untuknya selain hadits. Dalam usaha membezakan wahyu, Imam Bukhari telah membahagikan wahyu kepada dua kategori sebagaimana yang diistilahkan oleh 'ulama' sebagai:الوحي المتو  dan الوحي غير المتلو . Iaitu wahyu yang dibaca dan wahyu yang tidak dibaca. Yang dimaksudkan dengan wahyu yang dibaca ialah al-Qur'an, kerana ia dibaca di dalam sembahyang dan diganjarkan pahala bagi setiap hurufnya yang dibaca. Yang dimaksudkan dengan wahyu yang tidak dibaca pula ialah al-hadits. la tidak dibaca di dalam sembahyang, meskipun membacanya dikira sebagai ibadat juga. Dalam menegaskan lagi bahawa hadits juga merupakan wahyu, al-Qur'an sendiri telah menjelaskannya melalui dua ayat berikut:
An-Najm 53:3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ 
An-Najm 53:4
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ 
Bermaksud: dan tiadalah dia (muhammad) mengucapkan (sesuatu berhubung dengan ugama Islam) menurut hawa nafsunya. (3) 
Apa yang diucapkannya itu (sama ada al-Quran atau hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) (an-Najm:3-4). 

Cara Penurunan Wahyu. Penurunan wahyu juga berlaku dengan pelbagai cara. 'Ulama' telah mengumpulkan empat puluh enam cara atau bentuk wahyu diturunkan. Walau bagaimanapun kesemua cara tersebut tidak akan terkeluar daripada tiga cara utama sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat di atas tadi. Antara cara dan bentuk penurunan wahyu kepada para nabi ialah: 
(1) Melalui mimpi atau الوحي المنامي  iaitu wahyu ketika tidur, di mana para nabi a.s. mendapat wahyu melalui mimpi. Mimpi-mimpi Nabi s.a.w. sendiri misalnya adalah tepat dan benar-benar berlaku sebagaimana yang diperlihatkan kepada Baginda. Ini bererti para Nabi a.s. tidak semestinya menerima wahyu dalam keadaan sedar sahaja, Contoh lain yang dapat dikemukakan ialah perintah yang sangat besar pernah diterima Nabi Ibrahim a.s. juga melalui mimpi. Di dalam mimpi Allah s.w.t. memerintahkan Baginda a.s. agar menyembelih Isma'il anaknya. Sekiranya mimpi itu bukan wahyu, sudah tentu nabi Ibrahim tidak akan menyembelih putera kesayangannya Isma'il. 
(2) Ilham atau النفث فى الروع iaitu dengan cara Allah s.w.t. mengilhamkan sesuatu kepada seseorang nabiNya, lalu nabi itu mengolah apa yang diterimanya dan mengungkapnya dengan bahasa sendiri .Keadaannya lebih kurang sama dengan seseorang yang mendengar sesuatu ungkapan dalam bahasa tertentu yang difahaminya dan mengungkapnya kembali dalam bahasa lain kepada orang-orang yang tidak memahami bahasa asal ungkapan tersebut. Saluran wahyu berupa hadits-hadits Rasulullah s.a.w. adalah melalui cara ini. Hakikatnya ialah Allah s.w.t. meniupkan wahyu tersebut ke dalam hati nabiNya tanpa perantaraan malaikat lalu nabi itu mengolah dan

11

Tiada ulasan:

Catat Ulasan