Daurah tafsir 2019 sesi 28(91)nota 16(438).
091.Surah As syams
Tertib surah 91
Bilangan ayatnya 15
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya 26
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1ayat 1-8 Dalil-dalil tentang adanya hari akhirat dan hari pembalasan daripada kejadian-kejadian alam yang besar dan hebat juga hati kecil manusia.
Paragraf 2 ayat 9-10 Kejayaan manusia terletak kepada ketaqwaan kesucian jiwanya ,orang yang menekan suara hati kecilnya adalah orang yang malang.
Paragraf 3 ayat 11-15 Orang-orang yang derhaka dan melampau batas seperti kaum Tsamud tidak memilih ketaqwaan sebaliknya memilih kederhakaan ,dengan itu mereka tidak beroleh kejayaan malah mendapat azab.
Mesej utama.
Hati kecil manusia memang menerima ketaqwaan dan mahu berada dalam batas-batas ketentuan tuhan tetapi orang-orang yang menjual hati kecilnya menjadi penderhaka dan pelampau.
438
Tiada ulasan:
Catat Ulasan