Tafsir asas quran nota 9(302)348-357
Sambungan
(4) Di dalam al-Qur'an, Allah mengarahkan perhatian kita kepada sifat langit yang sangat menarik iaitu langit sebagai atap atau bumbung yang terpelihara:
Al-Anbiya 21:32
وَجَعَلْنَا ٱلسَّمَآءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًاۖ وَهُمْ عَنْ ءَايَٰتِهَا مُعْرِضُونَ
Bermaksud: Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap (bumbung) yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari (memerhatikan) tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang terdapat padanya. (alAnbiyaa':32).
Sifat langit ini telah dibuktikan dengan penyelidikan saintifik yang dilakukan pada abad ke-20.
Atmosfera yang menyelimuti bumi mempunyai fungsi penting demi kesinambungan kehidupan. Di samping menghancurkan banyak tahi bintang (meteor) besar dan kecil yang mendekati bumi, atmosfera mencegah mereka jatuh ke bumi dan membahayakan makhluk hidup.
Selain itu, atmosfera menyaring cahaya dari luar angkasa yang berbahaya bagi makhluk hidup. Uniknya, atmosfera membiarkan masuk cahaya yang bermanfa'at dan tidak berbahaya, seperti sinar tampak (visible light), sinar ultraviolet-dekat, dan gelombang radio. Semua radiasi ini sangat pentíng bagi kehidupan, Sinar ultraviolet-dekat, yang hanya sebahagian kecil dibiarkan masuk Oleh atmosfera, sangat penting untuk fotosintesis tumbuhan dan untuk pertahanan hidup semua makhluk. kebanyakan sinar ultraviolet yang kuat dari matahari disaring Oleh lapisan ozon atmosfera dan hanya bahagian terbatas dan penting dari spektrum ultraviolet yang mencapai bumi.
Fungsi melindungi atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera juga melindungi bumi dari kesejukan luar angkasa yang membekukan, iaitu sekitar minus 270 darjah Celcius.
Tidak hanya atmosfera yang melindungi bumi dari efek berbahaya. Selain atmosfera, Sabuk Van Allen - lapisan yang ditimbulkan medan magnet bumi - juga bertindak sebagai perisai terhadap radiasi berbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi ini, yang secara berterusan dipancarkan matahari dan bintang Iain, sangat mematikan bagi makhluk hidup. Jika Sabuk Van Allen tidak ada. semburan matahari — ledakan energi sangat dahsyat yang sering terjadi pada matahari — akan menghancurkan semua kehidupan di atas bumi.
Energi yang dipancarkan dari satu semburan yang dapat dikesan baru-baru ini telah dihitung iaitu setara dengan 100 juta kali bom atom yang pernah dijatuhkan di Hiroshima. Lima puluh lapan jam setelah ledakan, diamati bahawa jarum magnet pada kompas menunjukkan pergerakan yang tidak biasa, dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi. suhu tiba-tiba meningkat hingga 2,500 darjah Celsius.
Kesimpulannya, sebuah sistem sempurna berkerja di atas bumi. la menyelimuti dunia kita dan melindunginya dari ancaman luar. Para saintis mempelajari tentang hal itu hanya baru-baru ini. Tetapi berabad-abad lalu Allah telah pun memberi tahu kita dalam al-Qur'an tentang atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai.
(5) Firman Allah berkenaan dengan langit yang
mengembalikan:
Ayat ke-11 Surat at-Thaariq dalam al-Qur'an merujuk kepada fungsi "mengembalikan" yang dimiliki langit:
At-Tariq 86:11
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلرَّجْعِ
"Demi langit yang mempunyai sistem kitaran dan pusingannya." (Ath-Thaariq: 11 ).
"Sistem kitaran" dalam terjemahan al-Qur'an, juga bererti "mengirimkan kembali" atau "mengembalikan".
Sebagaimana diketahui, atmosfera yang melapisi bumi terdiri dari banyak lapisan. Masing-masing lapisan mempunyai fungsi penting demi kelangsungan hidup penyelidikan telah mengungkapkan bahawa lapisan-lapisan ini mempunyai fungsi mengembalikan material atau sinar yang mengenainya ke ruang angkasa atau kembali ke bumi.
Sekarang, mari kita kaji dengan beberapa contoh fungsi "pengembalian" dari lapisan yang melingkari bumi.
Troposfera, 13-15 kilometer di atas bumi, memungkinkan wap air naik dari permukaan bumi untuk dikondensasikan dan dikembalikan ke bumi sebagai hujan.
Lapisan Ozon, pada ketinggian 25 kilometer, mengembalikan sinar kosmik dan sinar ultraviolet yang berbahaya ke angkasa.
Ionosfera memantulkan siaran gelombang radio dari bumi kembali ke pelbagai tempat lain di bumi, menyerupai satelit komunikasi pasif, dan dengan demikian memungkinkan komnnikasi tanpa kabel. siaran radio dan televisyen jarak jauh.
Lapisan magnetosfera memantulk'an bahan radioaktif berbahaya yang dipancarkan matahari dan bintang lain kembali ke ruang angkasa sebelum menjangkau bumi.
Fakta sifat atmosfera yang baru diketahui belum lama ini telah diumumkan berabad-abad lalu dalam al-Quran, sekali lagi menunjukkan bahasa al-Quran adalah firman Allah s.w.t.
(6) Firman Allah berkenaan dengan Lapisan Atmosfera.
Satu fakta tentang alam semesta yang diungkap dalam ayat-ayat al-Quran adalah bahawa langit terdiri dari tujuh lapisan:
Al-Baqarah 2:29
هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَٰتٍۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikanma tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Baqarah: 29).
Kata "langit" yang muncul dalam banyak ayat al-Quran digunakan untuk merujuk kepada langit di atas bumi, di samping keseluruhan alam semesta. Mengingat erti kata ini, terlihat bahawa langit bumi, atau atmosfera, terdiri dari tujuh lapisan.
Memang sa'at ini diketahui bahawa atmosfera bumi terdiri dari lapisan-lapisan yang berbeda yang letaknya saling bertumpukan. Lebih jauh, langit terdiri dari tujuh lapisan sebagaimana yang digambarkan al-Quran. Dalam sebuah sumber ilmiah, hal ini dihuraikan seperti berikut:
Ilmuwan telah menemukan bahawa atmosfera terdiri dari beberapa lapisan... Setiap lapisan memiliki sifat fizik berbeda seperti tekanan dan jenis gas. Lapisan atmosfera terdekat dengan bumi disebut TROPOSFERA yang mengandung sekitar 90% massa total atmosfera. Lapisan di atas troposfera disebut STRATOSFERA. LAPISAN OZON adalah bahagian dari stratosfera yang menjadi tempat penyerapan Sinar ultraungu. Lapisan di atas stratosfera disebut MESOSFERA. TERMOSFERA berada di atas mesosfera. Gas terionisasi yang membentuk lapisan di dalam termosfera disebut IONOSFERA. Bahagian terluar atmosfera bumi dimulai dari ketinggian sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini disebut EKSOSFERA.
Jika kita menghitung jumlah lapisan yang disebutkan sumber ini. kita lihat bahawa atmosfera terdiri tepat tujuh lapisan, sebagaimana dinyatakan dalam ayat di atas: 1.Troposfera
2.Stratosfera
3.Ozonosfera
4.Mesosfera
5.Termosfera
6.Ionosfera
7.Eksosfcra
Keajaiban penting lainnya dalam hal ini disebutkan dalam pernyataan firman Allah berikut:
Fussilat 41:12
فَقَضَىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَٰوَاتٍ فِى يَوْمَيْنِ وَأَوْحَىٰ فِى كُلِّ سَمَآءٍ أَمْرَهَاۚ وَزَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا بِمَصَٰبِيحَ وَحِفْظًاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ
Bermaksud: Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, Iagi Maha Mengetahui. (Fusshilat: 12).
Dengan kata lain, dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Dia memberi setiap lapisan tugas masing-masing. Sesungguhnya, seperti yang dapat dilihat pada bahagian sebelumnya, setiap lapisan ini mempunyai tugas-tugas utama dan penting demi keuntungan umat manusia dan semua makhluk hidup lainnya di bumi. Setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu, dari membentuk hujan hingga mencegah sinar berbahaya, dari memantulkan gelombang radio hingga menolak efek berbahaya meteor.
Merupakan keajaiban besar bahawa fakta-fakta di atas telah dipaparkan dalam al-Qur'an 1400 tahun lalu, padahal pada ketika itu tanpa teknologi abad ke-20 mustahil manusia mengetahuinya.
(c) Di Bidang Kaji Bumi (Geologi) Dan Ilmu Alam (Geografi):
(1) Firman Allah Tentang Fungsi Gunung.
Al-Qur'an mengarahkan perhatian kita pada fungsi geologi yang penting dari gunung. Allah berfirman:
Al-Anbiya 21:31
وَجَعَلْنَا فِى ٱلْأَرْضِ رَوَٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِهِمْ وَجَعَلْنَا فِيهَا فِجَاجًا سُبُلًا لَّعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.
(al-Anbiyaa':31 ).
Sebagaimana kita lihat, dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa gunung-gunung berfungsi mencegah gegaran di permukaan bumi.
Fakta ini tidak diketahui siapa pun ketika al-Qur'an diturunkan. Bahkan, fakta ini baru terungkap sebagai hasil penemuan geologi moden.
Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan perlanggaran dari lempengan- lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan berlanggar, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satu lagi, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini bererti gunung mempunyai bahagian yang menghunjam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi.
Dengan kata Iain, gunung-gunung mencengkam lempengan-lempengan kerak bumi dengan memanjang ke atas dan ke bawah permukaan bumi pada titik-titik pertemuan lempengan-lempengan ini. Dengan cara ini, mereka memancangkan kerak bumi dan mencegahnya dari terumbang-ambing di atas lapisan magma atau di antara lempengan-lempengannya. Ringkasnya, kita dapat mengumpamakan gunung dengan paku yang menyatukan bilah-bilah papan.
Dalam sebuah ayat, peranan gunung ditunjukkan dengan perumpamaan sebagai 'pasak":
An-Naba' 78:6
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًا
An-Naba' 78:7
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا
Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6)
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (7) (an-Naba' :6-7).
Fungsi pemancangan gunung dijelaskan dalam literatur saintifik dengan istilah "isostasi". Isostasi berma'na sebagai berikut:
Kesetimbangan dalam kerak bumi yang terjaga oleh aliran bahan bebatuan di bawah permukaan akibat tekanan graviti.
Peranan penting gunung yang ditemukan oleh ilmu geologi moden dan penelitian gempa telah dinyatakan dalam al-Qur'an berabad-abad lampau sebagai suatu bukti hikmah maha agung dalam ciptaan Allah. Dalam ayat Iain dikatakan pula:
Luqman 31:10
خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَاۖ وَأَلْقَىٰ فِى ٱلْأَرْضِ رَوَٰسِىَ أَن تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٍۚ وَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَنۢبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ
Bermaksud: Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia melabuhkan di bumi sauh-sauh yang menetapkannya supaya bumi itu tidak menghayunhayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfa'at. (Luqman: 10).
(2) Firman Allah Tentang Pergerakan Gunung.
Dalam sebuah ayat, kita diberitahu bahawa gunung-gunung tidaklah diam sebagaimana kelihatannya, tetapi ia terus-menerus bergerak.
An-Naml 27:88
وَتَرَى ٱلْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِۚ صُنْعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتْقَنَ كُلَّ شَىْءٍۚ إِنَّهُۥ خَبِيرٌۢ بِمَا تَفْعَلُونَ
Bermaksud: Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknyæ awan; (demikianlah) perbuatan Allah y:.ng telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
(An-Naml: 88).
Gerakan gunung-gunung ini disebabkan oleh gerakan kerak bumi tempat mereka berada. Kerak bumi ini seakan terbawa hanyut di atas lapisan mantel yang lebih rapat. Pada awal abad ke-20, untuk pertama kalinya dalam sejarah, seorang ilmuwan Jeman bernama Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua pada permukaan bumi menyatu pada masa-masa awal bumi, namun kemudian hanyut ke arah yang berbeda-beda sehingga terpisah ketika ia bergerak saling menjauhi.
Para ahli geologi memahami kebenaran pernyataan Wegener baru pada tahun 1980, lima puluh tahun setelah kematiannya. Sebagaimana pernah dikemukakan oleh Wegener dalam sebuah tulisan yang terbit tahun 1915, sekitar 500 juta tahun lalu, seluruh tanah daratan yang ada di permukaan bumi adalah satu kesatuan yang dinamakan Pangaea. Daratan ini terletak di kutub selatan.
Sekitar 180 juta tahun lalu, Pangaea terbelah menjadi dua yang setiap bahagiannya bergerak ke arah yang berbeda. Salah satu daratan atau benua raksasa ini adalah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Benua raksasa kedua adalah Laurasia. yang terdiri
dari Eropa, Amerika Utara dan Asia, kecuali India. Selama 150 tahun setelah pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia terbagi menjadi daratan-daratan yang lebih kecil.
Benua-benua yang terbentuk menyusul terbelahnya Pangaea telah bergerak pada permukaan Bumi secara terus-menerus sejauh beberapa sentimeter per tahun. Peristiwa ini juga menyebabkan perubahan perbandingan luas antara wilayah daratan dan lautan di Bumi.
Pergerakan kerak Bumi ini diketemukan setelah penelitian geologi yang dilakukan di awal abad ke-20. Para saintis menjelaskan peristiwa ini sebagaimana berikut:
Kerak dan bahagian terluar mantel, dengan ketebalan sekitar 100 km, terbahagi atas lapisan-lapisan yang disebut lempengan. Terdapat enam lempengan utama dan beberapa lempengan kecil. Menurut teori yang disebut lempeng tektonik, lempengan-lempengan ini bergerak pada permukaan bumi, membawa benua dan dasar lautan bersamanya. Pergerakan benua telah diukur dan berkecepatan 1 hingga 5 cm per tahun. Lempengan- lempengan tersebut terus-menerus bergerak, dan menghasilkan perubahan pada geografi bumi secara perlahan. Setiap tahun, misalnya, Lautan Atlantik menjadi sedikit lebih lebar.
Ada hal yang sangat penting yang perlu dikemukakan di sini. Dalam ayat tersebut tadi, Allah telah menyebutkan gerakan gunung sebagaimana jalannya awan yang hanyut. (Ilmuwan moden juga menggunakan istilah "continental drift" atau "hanyutan benua" untuk gerakan ini.)
Tidak diragukan lagi, ini merupakan salah satu keajaiban al-Qur'an bahawa fakta ilmiah ini, yang baru-baru saja ditemukan oleh saintis, telah dinyatakan dalam al-Qur'an.
(3) Keajaiban Pada Besi
Besi adalah salah satu unsur yang dinyatakan secara jelas dalam al-Qur'an. Dalam Surat alHadiid, yang bererti "besi", kita diberitahu bahawa:
Al-Hadid 57:25
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَأَنزَلْنَا مَعَهُمُ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلْقِسْطِۖ وَأَنزَلْنَا ٱلْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِٱلْغَيْبِۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ
Bermaksud: Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan
keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia, (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan
supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan tidak kelihatan (kepadanya): sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Hadiid: 25)
Perkataan 'anznlnaa" bererti 'kami turunkan" yang khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat dianggap memiliki erti kiasan untuk menjelaskan bahawa besi diciptakan untuk memberi manfaat kepada manusia. Tetapi jika kita mempertimbangkan ma'na harfiah perkataan ini, dengan erti ''ia memang secara fizikal diturunkan dari langit", kita akan menyedari bahawa ayat ini menyatakan keajaiban saintifik yang sangat signifikan.
Ini kerana penemuan astronomi moden telah mengungkap bahawa logam besi yang terdapat di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.
Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan di dalam inti bintang-bintang raksasa. Tetapi sistem surya kita tidak memiliki struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara sendiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan di dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang. bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristîwa yang disebut "nova” atau "supernova” . Akibat ledakan ini, meteor-meteor yang mengandungi besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa sampai ditarik oleh daya graviti benda angkasa.
Semua ini menunjukkan bahawa logam besi tidak terbentuk di bumi tetapi kiriman dari bintang-bintang yang meledak di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan ”diturunkan ke bumi", tepat seperti dinyatakan dalam ayat tersebut. Jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara ilmiah pada abad ke-7 ketika al-Qur'an diturunkan.
(4) Angin Yang Mengahwinkan
Dalam sebuah ayat al-Qur'an disebutkan sifat angin yang memindah benih-benih tanaman dan berperanan dalanł pembentukan hujan.
Al-Hijr 15:22
وَأَرْسَلْنَا ٱلرِّيَٰحَ لَوَٰقِحَ فَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَسْقَيْنَٰكُمُوهُ وَمَآ أَنتُمْ لَهُۥ بِخَٰزِنِينَ
Bermaksud: Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menarunkannya atau) menyimpannya. (Al Hijr: 22).
Dalam ayat ini ditekankan bahawa fasa pertama dalam pembentukan hujan adalah angin. Hingga awal abad ke-20, satu-satunya hubungan antara angin dan awan. Namun, penemuan ilmu kaji cuaca (meteorologi) telah menunjukkan peranannya dalam pembentukan hujan dan pemindahan benih tanaman.
Fungsi mengawinkan dari angin ini terjadi dengan cara berikut:
Di atas permukaan laut dan samudera, gelembung udara yang tak terhitung jumlahnya terbentuk akibat pembentukan buih. Pada saat gelembung-gelembung ini pecah, ribuan zarah kecil dengan diameter seperseratus milimeler, terlempar ke udara. Zarah-zarah ini, yang dikenal sebagai aerosol, bercampur dengan debu daratan yang terbawa oleh angin dan selanjutnya terbawa ke lapisan atas atmosfera. Zarah-zarah ini dibawa naik lebih tinggi oleh angin dan bertemu dengan wap air di sana. Wap air mengembun di sekitar zarah-zarah ini dan berubah menjadi butiran-butiran air. Butiran-butiran air ini mula-mula berkumpul membentuk awan, kemudian jatuh ke bumi dalam bentuk hujan.
Sebagaimana kita lihat, angin "mengahwinkan" wap air yang melayang di udara dengan zarah-zarah yang dibawanya dari laut dan akhirnya membantu pembentukan awan hujan, angin juga 'mengahwinkan" serbuk sari jantan dengan menerbangkannya kepada serbuk sari betina pada tumbuh-tumbuhan dalam proses pendebungaannya.
Jika angin tidak memiliki sifat ini, butiran-butiran air di atmosfera bahagian atas tidak akan sama sekali terbentuk dan hujan pun tidak akan terjadi.
Apa yang terpenting di sini ialah peranan utama angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad-abad yang lalü dalam sebuah ayat al-Qur'an, pada saat orang hanya mengetahui sedikit saja fenomena alam.
(5) Kadar Hujan
Fakta lain yang diberikan dalam al-Qur'an mengenai hujan adalah bahawa hujan diturunkan ke bumi dalam kadar tertentu. Perkara ini disebutkan dalam Surat az- Zukhruf sebagai berikut:
Az-Zukhruf 43:11
وَٱلَّذِى نَزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۢ بِقَدَرٍ فَأَنشَرْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ
Bermaksud: Dan (Dialah) yang menurunkan hujan menurut sukatan yang tertentu, lalü ganti hidupkan dengan hujan itü negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semuıa dari kubur). (Az-Zukhruf: 11)
Kuantiti hujan yang sudah ditentukan ini telah ditemukan pula melalui penelitian moden. Diperkirakan dalam satu detik sekitar 16 juta tan air mengwap dari bumi. Angka ini menghasilkan 513 triliun tan air per tahun. Angka ini ternyata sama dengan jumlah hujan yang jatuh ke bumi dalam satu tahun. Ini bererti ini sentiasa berputar dalam suatu pusingan dan kitaran yang seimbang menurut ukuran atau kadar" tertentu. Kehidupan di bumi bergantung pada
pusingan air ini. Bahkan, sekalipun manusia menggunakan semua teknologi yang ada di dunia ini, mereka tidak akan mampu membuat pusingan seperti ini.
Malah, satu penyimpangan kecil saja dari jumlah ini akan segera mengakibatkan ketidakseimbangan ekologi yang mampu mengakhiri kehidupan di bumi. Namun, hal ini tidak pernah terjadi dan hujan sentiasa turun setiap tahun dalam jumlah yang benar-benar sama seperti dinyatakan dalam al-Qur'an.
(6) Laut-Laut Yang Tidak Saling Bercampur
Salah satu sifat lautan yang baru-baru ini ditemukan ialah berkaitan dengan ayat al-Qur'an berikut:
Ar-Rahman 55:19
مَرَجَ ٱلْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Ar-Rahman 55:20
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Bermaksud: Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. (19) Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing. (20)
(Ar Rahmaan: 19-20).
Sifat lautan yang saling bertemu, tetapi tidak saling bercampur ini telah ditemukan oleh para ahli ilmu alam lautan baru-baru ini. Disebabkan daya fizikal yang disebut ”tegangan permukaan", air dari laut-laut yang saling bersebelahan tidak menyatu. Akibat adanya perbedaan kekentalan air, tegangan permukaan mencegah lautan bercampur satu sama lain, seolah terdapat dinding tipis yang memisahkan mereka.
Sisi menarik dari hal ini adalah bahawa pada ketika manusia tidak memiliki pengetahuan apa pun mengenai fizik, tegangan permukaan, mahupun ilmu kelautan, ia telah pun diungkap dalam al-Qur'an.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan