Selasa, Julai 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)337-347s

Tafsir asas quran nota 9(302)337-347
Sambungan 
Az-Zumar 39:6
خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْأَنْعَٰمِ ثَمَٰنِيَةَ أَزْوَٰجٍۚ يَخْلُقُكُمْ فِى بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ خَلْقًا مِّنۢ بَعْدِ خَلْقٍ فِى ظُلُمَٰتٍ ثَلَٰثٍۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ ٱلْمُلْكُۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ 
Bermaksud: Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan dari jenisnya, isterinya (Hawwa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor (Empat pasangan jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari sanı kejadian ke satu kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itü adalah Allah. Tuhan kamu. bagiNyalah kekuasaan yang mutlak: tiada Tuhan melainkan Diaz oleh itü bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (az-Zumar:6).


Al-Anbiya 21:32
وَجَعَلْنَا ٱلسَّمَآءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًاۖ وَهُمْ عَنْ ءَايَٰتِهَا مُعْرِضُونَ 
Al-Anbiya 21:33
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ كُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 
Bermaksud: Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (32).
Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan: tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (33). 
(al-Anbiyaa:32-33).

(3)  Tafsiran saintifik membuktikan kebenaran teks al-Qur'an berdasarkan ilmu pengetahuan dan teknologi terkini, sekali gus dapat melahirkan pelbagai bidang pengkajian. Pengkajian teks atau ayat-ayat al-Quran mampu melahirkan teori-teori sains dan teknologi.

(4)  Pentafsiran saintifik al-Qur'an jelas memberikan manfa'at kepada umat Islaın khasnya kerana pengetahuan mereka tentang tabi' i dan jiwa, semakin bertambah.

(5)  Manusia mengetahui sesuatu fakta dari sudut yang berbeza dan menjadi tanggungjawab untuk merumuskan sesuatu persoalan sesuai dengan tahap pengetahuan semasa. Untuk memahami al-Qur'an. tafsiran saintifik tidak boleh diketepikan. Al-Qur'an memang merupakan mu'jizat yang kekal, bukti kebenarannya tidak hanya eksklusif terletak kepada nilai linguistik dan sasteranya semata-mata, tetapi juga kepada hakikat fizikal dan psikologi.

(6)Tafsir saintiflk menjelaskan teks al-Qur'an berpandukan ilmu pengetahuan semasa. Kerana itu ia akan mudah difahami, selain al-Qur'an dapat dihayati sebagai mu'jizat yang kekal buat selamanya.

(7)Tafsir saintifik sebenarnya merupakan i'jaaz al-Qur'an yang tersendiri, ia semakin terserlah dan popular di kalangan umat Islam di zaman moden ini. Anda dapat melihat sekarang ini berlambak-lambak buku yang ditulis khusus mengenainya. Ahli-ahli tafsir moden juga nampaknya semakin menerima baik tafsiran berasaskan sains itu, meskipun mereka mengikatnya dengan syarat-syarat tertentu.

Beberapa Contoh Kecocokan Dan Persamaan Firman Allah Di Dalam Al-Qur'an Dengan Penemuan Sains Moden Yang Berautoriti.

(a) Di Bidang Kaji Hayat (Biologi):
(1) Firman Allah di dalam Surah al-'AIaq, ayat 1-3:
Al-'Alaq 96:1ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ 
Al-'Alaq 96:2خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ مِنْ عَلَقٍ 
Al-'Alaq 96:3ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ

Bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan (1) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2). Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah.(3) (al-Alaq: 1-3).

Jika kita terus mempelajari fakta-fakta yang dikemukakan dalam al-Qur'an mengenai pembentukan dan kejadian manusia, kita akan menjumpai keajaiban saintifik yang sangat menarik.
Ketika sperma lelaki bergabung dengan sel telur wanita, intisari bayi yang akan lahir terbentuk. Sel tunggal yang dikenal sebagai "zigot" dalam ilmu biologi ini akan segera berkembang biak dengan membelah diri hingga akhirnya menjadi "segumpal daging." Tentu saja hal ini hanya dapat dilihat oleh manusia dengan bantuan mikroskop.

Namun, zigot tersebut tidak melewatkan tahap pertumbuhannya begitu saja. la melekat pada dinding rahim seperti akar yang kukuh menancap di bumi dengan serabutnya. Melalui hubungan ini, zigot mampu mendapatkan zat-zat penting dari tubuh si ibu bagi pertumbuhannya.

Pada tahap ini, satu keajaiban penting dari al-Qur'an terungkap. Ketika meruju' kepada zigot yang sedang tumbuh dalam rahim ibu, Allah menggunakan perkataan "al-'alaq" dalam alQur'an:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah." (al-A'laq: 1-3) 

Erti kata "al-' alaq" dalam bahasa Arab adalah "sesuatu yang melekat pada suatu tempat." Perkataan ini secara harfiah digunakan untuk menggambarkan sesuatu seperti lintah yang melekat pada tubuh untuk mengisap darah. Ini kerana al-'alaq juga dalam bahasa Arab bererti lintah atau pacat dan segumpal darah.

Tentunya penggunaan perkataan yang seperti itu tepat sekali untuk zigot yang sedang membesar dan mengembang dalam rahim ibu, ia membuktikan bahawa al-Qur'an merupakan wahyu dari Allah, Tuhan Semesta Alam.

(2) Firman Allah di dalam Surah al-Mu'minun, ayat 14:
'Al-Mu'minun 23:14

ثُمَّ خَلَقْنَا ٱلنُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا ٱلْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا ٱلْمُضْغَةَ عِظَٰمًا فَكَسَوْنَا ٱلْعِظَٰمَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَٰهُ خَلْقًا ءَاخَرَۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحْسَنُ ٱلْخَٰلِقِينَ 
Bermaksud: Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-tulang, lalu tulang-tulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) Iain. Maka Maha sucilah Allah, sebaik-baik Pencipta. (al-Mu'minun: 14).

Firman Allah ini menyebutkan tentang tahap-tahap pembentukan manusia dalam rahim ibu. Disebutkan dalamnya bahawa di dalam rahim ibu, tulang-tulang terbentuk lebih dahulu, kemudian terbentuklah otot yang membungkus tulang-tulang ini.

Embriologi adalah cabang ilmu yang mempelajari perkembangan embrio dalam rahim .Hingga akhir-akhir ini, para ahli embriologi beranggapan bahawa tulang dan embrio terbentuk secara bersama. Kerananya sekian lama, ramai orang mengatakan ayat ini bertentangan dengan sains. Namun, penelitian canggih dengan mikroskop yang dilakukan dengan bantuan teknologi baharu telah membuktikan bahawa pernyataan alQur'an adalah benar kata demi katanya.

Penelitian di peringkat mikroskopik ini menunjukkan bahawa perkembangan dalam rahim ibu terjadi dengan cara seperti yang digambarkan dalam ayat tersebut. Pertama; jaringan tulang rawan embrio mulai mengeras. Kemudian sel-sel otot yang terpilih dari jaringan di sekitar tulang-tulang bergabung dan membungkus tulang-tulang ini.

Peristiwa ini digambarkan dalam sebuah terbitan ilmiah yang berjudul Developing Human dengan kenyataan berikut:
"Dalam minggu ketujuh rangka mulai tersebar ke seluruh tubuh dan tulang-tulang mencapai bentuk yang kita kenal. Pada akhir minggu ketujuh dan selama minggu kelapan, otot-otot menempati kedudukannya di sekeliling bentukan tulang."

Ringkasnya, tahap-tahap pembentukan manusia sebagaimana digambarkan dalam alQur'an, benar-benar sesuai dengan penemuan embriologi moden.

(3) Firman Allah di dalam Surah az Zumar, ayat 6:

Az-Zumar 39:6
خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَٰحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ ٱلْأَنْعَٰمِ ثَمَٰنِيَةَ أَزْوَٰجٍۚ يَخْلُقُكُمْ فِى بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمْ خَلْقًا مِّنۢ بَعْدِ خَلْقٍ فِى ظُلُمَٰتٍ ثَلَٰثٍۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ ٱلْمُلْكُۖ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُصْرَفُونَ 
Bermaksud: Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia jadikan daripadaGenis)nya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu lapan ekor yang berpasangan dari binatang ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan Yang mempunyai kerajaan (yang mutlaq). Tidak ada Tuhan selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (az Zumar: 6).

Demikianlah al-Qur'an memaparkan manusia diciptakan melalui tiga tahap di dalam rahim ibunya.
Ayat ini menunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan di dalam tubuh ibunya melalui tiga tahap yang berbeda. Tepat sekali , biologi moden telah menegaskan bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga fasa yang berbeza didalam rahim ibu. Hari ini semua buku pelajaran embriologi yang dipakai fakulti-fakulti perubatan menerimanya sebagai pengetahuan dasar. Misalnya dalam buku Basic Human Embryology sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini dihuraikan sebagai berikut: "Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap:
pre-embrionik, dua setengah minggu pertama; embrionik, sampai akhir minggu kelapan; dan fetus atau janin dari minggu kelapan sampai kelahiran.

Fasa-fasa ini merujuk kepada tahap-tahap yang berbeda dari perkembangan bayi.Ringkasnya, ciri-ciri utama tahap perkembangan tersebut adalah sebagai berikut: 

-Tahap Pre-embrionik
Pada tahap pertama ini, zigot tumbuh membesar melalui pembelahan sel, dan terbentuklah segumpalan sel yang kemudian melekatkan diri pada dinding rahím. Seiring pertumbuhan zigot yang semakin besar, sel-sel penyusunnya pun mengatur diri sendiri untuk membentuk tiga lapisan.

-Tahap Embrionik
Tahap kedua ini berlangsung selama lima setengah minggu. Pada masa ini, bayi disebut sebagai "embrio," Pada tahap ini, organ dan sistem tubuh bayi mulai terbentuk dari lapisan-lapisan sel tersebut.

- Tahap Fetus
Dimulai dari tahap ini dan seterusnya, bayi disebut sebagai "fetus." Tahap ini dimulai sejak kehamilan minggu kelapan hingga masa kelahiran. Ciri khusus tahap ini adalah fetus sudah menyerupai manusia dengan wajah, kedua tangan dan kakinya. Meskipun pada awalnya memiliki panjang hanya 3 cm, kesemua organnya sudah jelas. Tahap ini berlangsung selama lebih kurang 30 minggu, dan perkembangan berlanjutan hingga minggu kelahiran.
Informasi mengenai perkembangan bayi dalam rahim ibu, baru diketahui setelah serangkaian pengamatan dengan peralatan moden dilakukan, Namun sebagaimana fakta saintifik lainnya, informasi-infomasi ini disampaikan dalam ayat-ayat al-Qur'an dengan cara yang luar biasa. Fakta bahawa informasi yang sedemikian terperinci dan tepat diberikan dalam al-Qur'an ketika bidang perubatan masih Iagi primitif, merupakan bukti nyata bahawa al-Qur'an bukanlah ucapan manusia melainkan firman Allah.

(4) Firman Allah di dalam Surah al-Qiyamah, ayat 36-40:
Al-Qiyamah 75:36
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَن يُتْرَكَ سُدًى 
Al-Qiyamah 75:37
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِّن مَّنِىٍّ يُمْنَىٰ 
Al-Qiyamah 75:38
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ 
Al-Qiyamah 75:39
فَجَعَلَ مِنْهُ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰٓ 
Al-Qiyamah 75:40

أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحْۦِىَ ٱلْمَوْتَىٰ 
Bermaksud: Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)? (36). Bukankah dia dahulu setetes mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim)? (37),
kemudian mani itü menjadi segumpal darah, lalü Allah menciptakannya. dan menyempurnakan kejadiannya (scbagaİ manusia)? (38), lalü Allah menjadikan daripadanya sepasang: laki-laki dan perempuan. (39). Bukankah (Allah yang bcrbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?! (40). (al-Qiyamah, ayat 36-40).

Hingga baru-baru ini, orang mengira bahawa jantina bayi ditentukan oleh sel-sel ibu. Atau setidaknya, dipercayai bahawa jantina ditentukan secara bersama oleh sel-sel lelaki dan perempuan. Tetapi maşlumat yang diperolehi daripada al-Qur'an adalah berbeza. Kerana İa menyatakan bahawa jenis kelamin laki-laki atau perempuan diciptakan "dari air mani apabila dipancarkan”.

An-Najm 53:45
وَأَنَّهُۥ خَلَقَ ٱلزَّوْجَيْنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلْأُنثَىٰ 
An-Najm 53:46
مِن نُّطْفَةٍ إِذَا تُمْنَىٰ 
Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki danperempuan (45) 
Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim); (46). (an-Najm: 45-46)

Ilmu genetik dan biologi moleküler yang berkembang telah membenarkan secara saintifık ketepatan informasi yang diberikan al-Qur'an ini. Kini diketahui bahawa jantina ditentukan oleh sel-sel sperma dari tubuh lelaki, dan bahawa wanita tidak berperanan dalam proses penentuan jantina.

Kromosom adalah unsur utama dalam penentuan jenis kelamin, Dua dari 46 kromosom yang menentukan struktur seorang manusia dikenal pasti sebagai kromosom kelamin.

Dua kromosom ini disebut XY pada lelaki, dan XX pada wanita. Penamaan ini didasarkan pada bentuk kromosom tersebut yang menyerupai bentuk huruf-huruf ini. Kromosom Y membawa gen-gen yang mengekodkan sifat-sifat kelelakian, sedangkan kromosom X membawa gen-gen yang mengekodkan sifat-sifat kewanitaan.

Pembentukan seorang manusia bermula dengan penggabungan silang salah satu dari kromosom ini, yang pada lelaki dan wanita ada dalam keadaan berpasangan. Pada wanita kedua bahagian sel kelamin, yang membelah menjadi dua dalam proses ovulasi (pengovuman), membawa kromosom X. Sebaliknya. sel kelamin seorang lelaki menghasilkan dua sel sperma yang berbeda, satu berisi kromosom X dan yang lainnya berisi kromosom Y. Jika satu sel telur berkromosom X dari wanita ini bergabung dengan sperma yang membawa kromosom Y. maka bayi yang akan lahir berjenis kelamin lelaki. Dengan kata lain jenis kelamin bayi ditentukan oleh jenis kromosom mana dari İelaki yang bergabung dengan sel telur wanita.

Maklumat ini tidak dapat diketahui hingga ia ditemui ilmu / kaji baka (genetics) pada abad ke-20. Bahkan di kalangan masyarakat, diyakini bahawa jantina bayi ditentukan oleh pihak wanita. Itulah sebabnya kenapa kaum wanita dipersalahkan ketika mereka melahirkan bayi perempuan!

Namun, tiga belas abad sebelum penemuan gen manusia, al-Qur'an telah mengemukakan informasi yang menghapuskan keyakinan tahyul ini, dan menyatakan bahawa wanita bukanlah penentu jantina bayi, tetapi air mani dari lelakilah yang menentukannya.

(5) Firman Allah di dalam Surah Luqman, ayat 14:

Luqman 31:14
وَوَصَّيْنَا ٱلْإِنسَٰنَ بِوَٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ ٱشْكُرْ لِى وَلِوَٰلِدَيْكَ إِلَىَّ ٱلْمَصِيرُ 
Bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah :nengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembalimu (untuk menerima balasan). (Luqman: 14).

Firman Allah ini menyatakan tempoh menyusu dan menceraikan penyusuan adalah dalam masa dua tahun. Firman Allah di dalam Surah al-Baqarah, ayat 233 lebih menjelaskan Iagi kedudukannya apabila ia menyatakan tempoh penyusuan selama dua tahun itu adalah tempohnya yang sempurna. Lihat firman Allah berkenaan di bawah ini:
Al-Baqarah 2:233
وَٱلْوَٰلِدَٰتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَٰدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِٱلْمَعْرُوفِۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَاۚ لَا تُضَآرَّ وَٰلِدَةٌۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَّهُۥ بِوَلَدِهِۦۚ وَعَلَى ٱلْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَاۗ وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُوٓا۟ أَوْلَٰدَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآ ءَاتَيْتُم بِٱلْمَعْرُوفِۗ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 
Bermaksud: Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan pemusyawaratan. maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tídak ada dosa bagimu apabila kamu memberíkan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (al-Baqarah: 233).

Kedua-dua firman Allah di atas menunjukkan kepentingan dan kelebihan penyusuan dalam tempoh dua tahun. la juga menyatakan kelebihan susu ibu.

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan merupakan sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, di samping sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan, makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini pun tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setíap hari ditemukan satu khasiat baharu air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemui sains tentang air susu ibu adalah bahawa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran amat bermanfaat. Allah memberitahu kita maklumat penting ini 14 abad lalu, yang hanya diketahui melalui sains baru-baru ini.

(6) Pendedahan Rahsia Di Sebalik Garis-Garis Yang Terdapat Di Hujung Jari Manusia.

Allah berfirman:
Al-Qiyamah 75:3
أَيَحْسَبُ ٱلْإِنسَٰنُ أَلَّن نَّجْمَعَ عِظَامَهُۥ 
Al-Qiyamah 75:4
بَلَىٰ قَٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُۥ 
Bermaksud: Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan dapat mengumputkan (kembali) tulang belulangnya(3) 
Bukan demikian, sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) jari jemarínya dengan sempuma, (4) 
(al-Qiyamah: 3-4),

Ketika dikatakan dalam al-Quran bahawa mudah bagi Allah untuk menghidupkan manusia setelah kematiannya, penyusunan kembali hujung-hujung jari manusia secara khusus ditekankan:

Bukan demikian. sebenarnya Kami berkuasa menyusun (kembali) hujung-hujung jari-jemarinya dengan sernpuma.(al-Qiyamah: 4),

Penekanan pada hujung-hujung jari memiliki ma'na sangat khusus, kerana hujung jari setiap orang unik bagi dirinya sendiri, Setiap orang yang hidup atau pernah hidup di dunia ini memiliki serangkaian garis-garis jari yang unik, Itulah sebabnya cap ibu jari diterima sebagai bukti pengenalan yang sangat penting bagi pemiliknya dan digunakan untuk tujuan ini di seluruh penjuru dunia.

Apa yang penting ialah keunikan cap jari ini baru diketahui manusia di akhir abad ke-19. Sebelumnya orang menganggap garis-garis di jari langsung tidak bererti. Al-Quran pula sebaliknya datang mengarahkan perhatian kita kepada erti penting di sebaliknya. Keunikan dan kepentingannya baru mampu difahami di zaman kini.

(b) Di Bidang Ilmu Falak Dan Kaji Bintang (Astronomi):
(1) Firman Allah di dalam Surah al-An'aam, ayat 101:

Al-An'am 6:101
بَدِيعُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُۥ وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن لَّهُۥ صَٰحِبَةٌۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىْءٍۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 
Bermaksud: (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak, sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia menciptakan segala sesuatu dan Dia mengetahui segala sesuatu. (al-An'aam:101 ).

Firman Allah ini menjelaskan tentang kejadian alam semesta.
Maklumat yang diberikan al-Qur'an ini sepenuhnya sesuai dengan penemuan sains moden. Kesimpulan yang dicapai astrofizik sa'at ini adalah bahawa seluruh alam semesta, bersamaan dengan dimensi benda dan waktu, muncul sebagai akibat dari ledakan besar yang terjadi dalam ketiadaan waktu. Peristiwa ini, yang dikenal sebagai 'Big Bang", membuktikan bahawa alam sełnesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai hasil ledakan satu titik tunggal. Kalangan ilmiah moden sependapat bahawa 'Big Bang" adalah satu-satunya penjelasan masuk akal yang dapat dibuktikan untuk permulaan dan pembentukan alam semesta.

Sebelum ”Big Bang", tidak ada benda. Dari kondisi ”ketiadaan” ketika benda, tenaga, bahkan waktu, tidak ada, dan kondisi itu hanya dapat digambarkan secara metafizik benda, tenaga, dan waktu diciptakan. Fakta yang ditemukan baru-baru ini oleh fizik moden telah diumumkan kepada kita dalam al-Quran 1400 tahun lalu.

(2) Firman Allah di dalam Surah adz-Dzariyat ayat 47:

Adh-Dhariyat 51:47
وَٱلسَّمَآءَ بَنَيْنَٰهَا بِأَيْي۟دٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ 
Bermaksud: Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar memperluaskan(nya). (adz-Dzariyaat:4-7).

Perlu diingat, al-Qur'an diturunkan lebih 14 abad lalu, ketika ilmu astronomi masih primitif, ia telah pun menyebutkan tentang perluasan alam semesta melalui ayat ke-47 Surah Adz-Dzariyaat ini.

Perkataan "langit", seperti tersebut dalam ayat ini, digunakan di pelbagai tempat dalam al-Qur'an dengan erti ruang angkasa dan alam semesta. Di sini, perkataan itu juga digunakan dengan erti tersebut. Dengan kata lain, dalam al-Qur'an diungkapkan bahawa alam semesta mengalami "perluasan". Dan ini tepat seperti kesimpulan yang dicapai sains pada masa ini.

Sampai awal abad ke-20, satu-satunya pandangan yang berlaku di dunia sains adalah bahawa "alam semesta mempunyai sifat tetap dan ada sejak waktu tak ber-hingga". Tetapi, penelitian, pengamatan, dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi moden mengungkapkan bahawa alam semesta sesungguhnya mempunyai permulaan, dan bahawa ia secara terus-menerus meluas.

Pada awal abad ke-20, ahli fizik Rusia, Alexander Friedmann, dan ahli kosmologi Belgium, Georges Lemaitre, berdasarkan teori telah menghitung bahawa alam semesta bergerak secara berterusan dan bahawa ia meluas.

Fakta ini telah dibuktikan juga dengan data pengamatan pada tahun 1929. Mengamati langit dengan teropong bintang, Edwin Hubble, ahli astronomi Amerika, menemukan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi secara berterusan saling menjauhi. Alam semesta. ketika segalanya bergerak saling menjauhi bererti ia secara berterusan meluas. 

Pengamatan yang dilakukan pada tahun berikutnya memastikan bahawa alam semesta secara berterusan berkembang. Fakta ini telah dijelaskan di dalam al-Qur'an ketika hal itu belum diketahui siapa pun. Ini kerana al-Qur'an adalah firman Allah, Yang Maha Pencipta, dan Maha Menguasai seluruh alam semesta.

(3) Tentang orbit matahari dan bulan, Allah berfirman di dalam Surah al-Anbiyaa', ayat 33:

Al-Anbiya 21:33
وَهُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلَّيْلَ وَٱلنَّهَارَ وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَۖ كُلٌّ فِى فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 
Bermaksud: Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (al-Anbiyaa':33).

Dalam ayat lain pula Allah menyebutkan bahawa matahari tidak statik tetapi bergerak dalam orbitnya:
Ya Sin 36:38
وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 
Bermaksud: Dan matahari beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan Yang Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui. (Yasiin:38).

Fakta-fakta yang telah disampaikan al-Qur'an ini ditemukan dengan pengamatan ilmu bintang di masa kini. Menurut perhitungan ahli astronomi, matahari bergerak dengan kecepatan sangat tinggi iaitu 720.000 kilometer/jam ke arah bintang Vega dalam orbit tertentu yang disebut Solar Apex. Hal ini bererti bahawa matahari bergerak kira-kira 17.280.000 kilometer/hari. Bersama matahari, semua planet dan satelit di dalam sistem graviti matahari juga menempuh jarak yang sama. Lebih jauh, semua bintang di alam semesta berada dalam gerakan terencana yang sama.
Bahawa seluruh alam semesta dipenuhi jalur dan orbit seperti ini, memang disebutkan dalam alQur'an sebagai berikut:
Adh-Dhariyat 51:7
وَٱلسَّمَآءِ ذَاتِ ٱلْحُبُكِ 
Bermaksud: Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya. (adzDzariyaat: 7).

Ada sekitar 200 galaksi di alam semesta yang terdiri dari hampir 200 juta bintang pada setiap galaksi. Sebahagian besar bintang mempunyai planet, dan sebahagian besar planet mempunyai satelit. Semua benda luar angkasa ini bergerak dalam orbit yang diperhitungkan dengan tepat. Selama berjuta-juta tahun, setiap benda langit ini "beredar” pada orbitnya sendiri dalam keselarasan dan keteraturan sempurna dengan yang lainnya. Selain itu, komet juga bergerak bersama di orbit-orbit yang ditentukan bagi mereka.

Orbit di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda angkasa. Galaksi juga berialan dengan kecepatan luar biasa pada orbit yang terencana dan diperhitungkan. Selama pergerakan ini. tidak ada satu pun benda angkasa memotong jalur sesamanya, atau berlanggaran.
Tentu saja pada waktu al-Qur'an diturunkan, umat manusia tidak mempunyai teropong bintang masa kini atau teknologi pengamatan yang maju untuk mengamati jutaan kilometer ruang angkasa, juga tidak mempunyai pengetahuan fizik atau astronomi moden. Kerananya, pada waktu itu, tidak mungkin menentukan secara ilmiah bahawa ruang angkasa "mempunyai jalan-jalan" seperti yang dinyatakan dalam ayat al-Qur'an, Tetapi, ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam al-Qur'an yang diturunkan pada waktu itu, membuktikan al-Qur'an adalah firman Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan