Selasa, Julai 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)355

Tafsir asas quran nota 9(302)355

supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan tidak kelihatan (kepadanya): sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-Hadiid: 25)

Perkataan 'anznlnaa" bererti 'kami turunkan" yang khusus digunakan untuk besi dalam ayat ini, dapat dianggap memiliki erti kiasan untuk menjelaskan bahawa besi diciptakan untuk memberi manfaat kepada manusia. Tetapi jika kita mempertimbangkan ma'na harfiah perkataan ini, dengan erti ''ia memang secara fizikal diturunkan dari langit", kita akan menyedari bahawa ayat ini menyatakan keajaiban saintifik yang sangat signifikan.

Ini kerana penemuan astronomi moden telah mengungkap bahawa logam besi yang terdapat di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar.

Logam berat di alam semesta dibuat dan dihasilkan di dalam inti bintang-bintang raksasa. Tetapi sistem surya kita tidak memiliki struktur yang sesuai untuk menghasilkan besi secara sendiri. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan di dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang. bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristîwa yang disebut "nova” atau "supernova” . Akibat ledakan ini, meteor-meteor yang mengandungi besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa sampai ditarik oleh daya graviti benda angkasa.

Semua ini menunjukkan bahawa logam besi tidak terbentuk di bumi tetapi kiriman dari bintang-bintang yang meledak di ruang angkasa melalui meteor-meteor dan ”diturunkan ke bumi", tepat seperti dinyatakan dalam ayat tersebut. Jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara ilmiah pada abad ke-7 ketika al-Qur'an diturunkan.

(4) Angin Yang Mengahwinkan
Dalam sebuah ayat al-Qur'an disebutkan sifat angin yang memindah benih-benih tanaman dan berperanan dalanł pembentukan hujan.

Al-Hijr 15:22
وَأَرْسَلْنَا ٱلرِّيَٰحَ لَوَٰقِحَ فَأَنزَلْنَا مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَسْقَيْنَٰكُمُوهُ وَمَآ أَنتُمْ لَهُۥ بِخَٰزِنِينَ 
Bermaksud: Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menarunkannya atau) menyimpannya. (Al Hijr: 22).

355

Tiada ulasan:

Catat Ulasan