Selasa, Julai 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)356

Tafsir asas quran nota 9(302)356

Dalam ayat ini ditekankan bahawa fasa pertama dalam pembentukan hujan adalah angin. Hingga awal abad ke-20, satu-satunya hubungan antara angin dan awan. Namun, penemuan ilmu kaji cuaca (meteorologi) telah menunjukkan peranannya dalam pembentukan hujan dan pemindahan benih tanaman.

Fungsi mengawinkan dari angin ini terjadi dengan cara berikut:

Di atas permukaan laut dan samudera, gelembung udara yang tak terhitung jumlahnya terbentuk akibat pembentukan buih. Pada saat gelembung-gelembung ini pecah, ribuan zarah kecil dengan diameter seperseratus milimeler, terlempar ke udara. Zarah-zarah ini, yang dikenal sebagai aerosol, bercampur dengan debu daratan yang terbawa oleh angin dan selanjutnya terbawa ke lapisan atas atmosfera. Zarah-zarah ini dibawa naik lebih tinggi oleh angin dan bertemu dengan wap air di sana. Wap air mengembun di sekitar zarah-zarah ini dan berubah menjadi butiran-butiran air. Butiran-butiran air ini mula-mula berkumpul membentuk awan, kemudian jatuh ke bumi dalam bentuk hujan.

Sebagaimana kita lihat, angin "mengahwinkan" wap air yang melayang di udara dengan zarah-zarah yang dibawanya dari laut dan akhirnya membantu pembentukan awan hujan, angin juga 'mengahwinkan" serbuk sari jantan dengan menerbangkannya kepada serbuk sari betina pada tumbuh-tumbuhan dalam proses pendebungaannya.

Jika angin tidak memiliki sifat ini, butiran-butiran air di atmosfera bahagian atas tidak akan sama sekali terbentuk dan hujan pun tidak akan terjadi.

Apa yang terpenting di sini ialah peranan utama angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad-abad yang lalü dalam sebuah ayat al-Qur'an, pada saat orang hanya mengetahui sedikit saja fenomena alam.

(5) Kadar Hujan
Fakta lain yang diberikan dalam al-Qur'an mengenai hujan adalah bahawa hujan diturunkan ke bumi dalam kadar tertentu. Perkara ini disebutkan dalam Surat az- Zukhruf sebagai berikut:

Az-Zukhruf 43:11
وَٱلَّذِى نَزَّلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءًۢ بِقَدَرٍ فَأَنشَرْنَا بِهِۦ بَلْدَةً مَّيْتًاۚ كَذَٰلِكَ تُخْرَجُونَ 
Bermaksud: Dan (Dialah) yang menurunkan hujan menurut sukatan yang tertentu, lalü ganti hidupkan dengan hujan itü negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semuıa dari kubur). (Az-Zukhruf: 11)

356

Tiada ulasan:

Catat Ulasan