Daurah tafsir 2019 sesi 28(94)nota 16(444-445)s
094.Surah asy syarh (alin syirah)
Surah ini pujuk hati sahabat atau umat nabi saw
Wahyu adalah ilmu
Hilmu adalah ketabahan menghadapi pelajar
094.Surah asy syarh (alin syirah)
Tertib surah 094
Bilangan ayatnya 8
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya 12
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1 ayat 1-4 Dalil masa depan yang cerah daripada masa lalu (sebelum kemenangan )yang cerah.
Paragraf 2 ayat 5-6 Mula-mula akan menghadapi penentangan tetapi kemudian akan diterima baik oleh semua.
Paragraf 3 ayat 7-8 Hubungan dengan Allah dan kecintaan kepadaNya adalah perlu dalam usaha dakwah disamping menjalani ibadat sukar yang penuh dengan kenikmatan.
Mesej utama
1.Berita gembira untuk Muhamad saw tentang masa depan nya yang gemilang penuh dengan kemasyhuran dan kemenangan Islam .
2.Disamping berdakwah dan menyampaikan ajaran Allah, Rasullah saw dianjurkan supaya mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dengan melakukan ibadat kepadanya.
Zaman Diturunkan
Surah al-Insyirah turun selepas Surah ad-Dhuha pada peringkat permulaan kehidupan Rasulullah s.a.w.
di Mekah di antara tahun t hingga 3 Kenabian. Ketika itu da'wah hanya berjalan secara rahsia dan sulit, ia juga turun setelah berlalu zaman فَترَةُ الوَحي (zaman berhenti wahyu kepada Rasulullah buat seketika) sekitar 15 hingga 20 hari, ketika itu Rasulullah s.a.w. kelihatan sedih dan akhirnya Jibril datang menenangkan Baginda dengan katanya: "Engkau adalah rasul yang sebenar". Sahih al-Bukhari, Kitab at-Ta'bir, Bab 1, hadits 6,581.
Ciri Khusus Surah Al-Insyirah
Surah al-Insyirah seperti Surah ad-Dhuha, dapat memberi semangat dan pengharapan ketika seseorang
berada dalam keadaan yang mengecewakan.
Perkaitan Surah Al-Insyirah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1.Walaupun Surah al-Insyirah berbeza ayat-ayatnya daripada Surah ad-Dhuha tetapi banyak sekali
persamaan antara kedua-duan ya, di dalam Surah ad-Dhuha terdapat firman Allah وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
ia merupakan berita gembira akan mendapatkan masa depan yang cerah ketika Raslullah s.a.w. berada
dalam kesukaran dan keadaan yang cukup mencabar. Perkara yang sama di dalam Surah al-Insyirah
terdapat di dalam firman Allah:
Ash-Sharh 94:5فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
Ash-Sharh 94:6إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Ad-Dhuhaa 93:4وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu dari yang permulaan.
2.Lima Ayat di permulaan Surah ad-Dhuha seolah-olahnya merupakan pendahuluan kepada Surah al-Insyirah.
3. Kedua-dua surah berdalilkan masa lalu mengisyaratkan kepada kecerahan dan sinaran di masa
hadapan.
4. Di akhir kedua-dua surah terdapat arahan dan bimbingan daripada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan