Ahad, Ogos 08, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 021)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 021)
_____
membawa erti Syara atau Nabi s.a.w. juga mengesahkan apa yang diterima umum itu. Demikian juga dengan sabda Rasulullah s.a.sv. لكل شيء عروس Bermaksud: Setiap perkara ada pengantinnya. Lalu sabda itu disusuli dengan sabda berikutnya:وعروس القرأن الرحمن Bermaksud: Penganti alQur'an ialah (Surah) ar-Rahman.
(10) 'Allamah at-Thibi berpendapat, bahagian pertama hadits ini berkait dengan kedudukan amalan itu sendiri. Sesuatu amalan baru dikira sah apa ia disertai niat. Bahagian kedua hadits pula berkait dengan niat di sebalik sesuatu amalan. Niat baru diterima baik apabila ia disertai keikhlasan. Kesimpulannya ialah niat yang tersebut di dalam bahagian kedua hadits itu seharusnya dipakai dengan makna ikhlas.
(11) Ada juga 'ulama' berpendapat, bahagian pertama hadits ini menepati علة فاعلية dan bahagian keduanya menepati علة غائية. Maksudnya ialah sebagaimana fa' il (pelaku) merupakan unsur yang memberi bekas dalam sesuatu perbuatan, begitulah dengan niat. Niatlah yang memberi bekas dalam sesuatu amalan. Niat jugalah yang menentukan hasil bagi sesuatu amalan. Jika baik, maka baiklah hasilnya dan jika buruk maka buruklah padahnya. (12) Niat yang tersebut di dalam hadits di atas ialah niat orang mu'min. la tiada kena mengena langsung dengan niat orang kafir atau orang munafik. Niat orang kafir atau orang munafik kalau ada pun dalam amalan kebajikan mereka, tetap tidak dikira dan tidak mendatangkan pahala. Justeru amalan mereka sia-sia sahaja. Ada pun kepada orang-orang mu'min, amalan mereka yang akan dikira dan akan diberikan ganjaran tidak semestinya wujud dalam kenyataan dan dapat dikesan dengan pancaindera (وجود حسي). Di Sisi Allah, amalan orang mu'min sudah dikira ada apabila ada niat untuk melakukannya. Itulah antara kelebihan orang Islam. la terus mendapat pahala sesuatu amalan sebaik sahaja ada niat di dalam hatinya untuk mengerjakannya, meskipun amalan itu belum lagi dikerjakannya.
(13) Perkataan di permulaan hadits merupakan أداة حصر . la memberi erti hanya atau sahaja. Makna yang sama juga akan anda perolehi jika anda berkata: لا عمل إلا بالنية (Tiada amalan dikira melainkan dengan niat). Tetapi perlu sekali diingat bahawa penggunaan perkataan ini di sini sama sekali bukan untuk menghad dan menetapkan kewujudan sesuatu amalan dengan niat. Dengan kata lain ia tidak bererti menafikan kewujudan sesuatu amalan tanpa adanya niat. Sesuatu amalan atau perbuatan sering berlaku dan wujud meskipun tidak ada niat di sebaliknya. Yang tidak wujud ialah pahala amalan kalau tidak ada niat. Atau sahnya amalan itu yang tiada, jika tidak ada niat. Kerana itu ada pihak yang mentaqdirkan sabda nabi s.a.w.إنما الأعمال بالنيات dengan إنما ثواب الأعمال بالنيات atau لا عمل مثاب إلا بالنية Ada pula pihak yang mentaqdirkannya  dengan إنما صحة الأعمل بالنيات atau إنما تصح الأعمال بالنيات atau لا عمل صحيح إلا بالنية  Demikianlah pendekatan sesetengah ulama dalam merungkai sabda Baginda itu. Soalnya adakah semua amalan seharusnya mendatangkan pahala? Adakah semua amalan berkait dengan sah atau tidak sah menurut pandangan manusia umumnya, bahkan menurut pandangan agama sekalipun? Jawapannya tentu sekali tidak! Amalan bagaimanakah yang dimaksudkan di dalam hadits tersebut? Bagaimanakah pula kita akan menentukannya? Banyak sekali persoalan yang akan timbul dan perlu dirungkaikan sekiranya anda menerima pendekatan yang dikemukakan tadi.
(14) Pendekatan yang tidak akan menimbulkan banyak persoalan bagi penulis adalah pendekatan yang mengambil kira dua perkara berikut:
(a) Mengambil kira perkataan الأعمال yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabda Baginda itu ditujukan kepada orang-orang yang ber aqal atau mukallaf.
(b) Mengambil kira perbeman yang wujud di antara perkataan  عمل dan فعل. Perkataanعمل seharusnya dipakai dengan erti perbuatan yang terhasil daripada pilihan dan ikhtiar manusia. Maka sabda Rasulullah s.a.w. seharusnya difahami dalam maknanya yang umum. Tentu sekali ada niat di sebalik semua

21

Tiada ulasan:

Catat Ulasan