Khamis, Ogos 12, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 29(095)nota 16(446-448)s

Daurah tafsir 2019 sesi 29(095)nota 16(446-448)s

095.Surah At tin 
Tertib surah 95
Bilangan ayatnya 8
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya 28
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1 ayat 1-6
Ajaran yag dinukilkan daripada sekelian Nabi membahagikan manusia kepada dua kumpulan 
Ayat 1-4 Empat sumpah 
ayat1ِتين
ayat2ِزيتون
ayat3طورِ سينينِ
ayat4بلد الأمين
Ayat 5-6 Jawap sumpah.
ayat5أحسن تقويم (bentuk sebaik-baiknya)
ayat6أسفل سافلين (tempat serendah-rendahnya)

Paragraf 2 ayat 7-8 Akal manusia juga menerima pembalasan baik dan buruk akan berlaku.
Ayat 7 Soalan pertama; seruan Rasullah saw membenarkan adanya pembalasan baik dan buruk.
Ayat 8 soalan kedua; Allah akan mengadili manusia dihari kiamat nanti.

Mesej utama
Kebenaran adanya hari akhirat ,kedua2 dalil عقلي dan نقلي membuktikan  adanya keadilan diakhirat nanti.



Zaman Diturunkan
Surah at-Tiin diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian selepas da'wah terbuka bermula. Pada ketika itu da'wah Islam didustakan, cerdik pandai Quraisy pula menimbulkan bermacam-macam keraguan tentang adanya balasan baik dan buruk di hari kiamat nanti.

Perkaitan Surah At-Tiin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1.Surah at-Tiin seperti 2 surah sebelumnya, Ad-Dhuha dan al-Insyirah mengandungi unsur tasliah kepada Rasulullah s.a.w., menerusi firman Allah فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ
(maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta) terdapat berita gembira dan ramalan tentang masa depan yang cerah untuk Islam.
2. Di dalam surah ini orang-orang yang tidak beriman dan beramal shaleh disebut sebagai أَسْفَلِ سَفِلِينِ(golongan manusia yang paling teruk), melalui Surah al-'Alaq akan datang satu contoh seperti sikap Fir'aun yang ditunjukkan oleh salah seorang ketua dan kepala musuh Islam di zaman Rasulullah.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1.Perkataan التين adalah bukit Tiin atau bukit Judiy di mana bahtera Nabi Nuh berhenti setelah surut banjir besar yang berlaku di zamannya atau ia isyarat kepada bukit di mana Nabi Adam dan anak cucunya pernah tinggal di situ, mungkin juga ia kawasan Syam dan Palestin di mana begitu ramai nabi-nabi telah diutuskan tinggal dan berda'wah di kawasan itu.

2.Perkataan الزَيتون bermaksud bukit Zaitun, mungkin sekali yang dimaksudkan dengannya ialah bukit di Baitul Maqdis di mana Nabi 'Isa selalu memberi nasihat dan bimbingan kepada pengikut-pengikut setianya.

3. Perkataan طُورِسِينين , ialah  bukit di mana Nabi Musa dikurniakan syari'at. 

4.Perkataan البَلَد الأَمِين ialah Mekah di mana Rasulullah s.a.w. buat pertama kali menerima wahyu berupa al-Qur'an.

5. Pengajaran yang disampaikan oleh sekalian nabi berupa dalil نقلي menjadi saksi bahawa manusia
terbahagi kepada 2 golongan. Golongan pertama dipanggil golongan yang berada dalam أَحْسَنِ تَقْوِيم(dalam keadaan paling sempurna), golongan kedua ialah golongan yang menolak suara fitrah sehingga ia menjadi أَسْفَلِ سَفِلِينِ (golongan manusia yang paling teruk).

6. Manusia dari golongan pertama menerima خير (kebaikan) dengan senang hati, manusia dari golongan
kedua pula tidak mahu meninggalkan شر (keburukan), pertentangan di antara baik dan buruk, خير dan شر
memang wujud semenjak azali kejadian manusia lagi.

7. Golongan yang menerima خير (kebaikan) beriman dan beramal shaleh, kerananya mereka mendapatأجّرٌ غَيْرُ مَمْنُونِ  dan ganjaran yang tidak putus-putus).

8. Golongan yang menerima شر (kejahatan dan keburukan) tidak beriman dan tidak beramal shaleh,kerananya ia menjadi أَسْفَلِ سَفِلِينِ yang hanya layak berada di neraka jahanam.

9. Jika pertentangan di antara خير  dan شر (baik dan buruk) wujud semenjak adanya sejarah manusia di
bumi dan dalil-dalil نقلي  daripada sekalian nabi juga membuktikan kebenarannya, maka wahai Muhammad, siapakah manusia yang waras dapat menolak seruanmu kepada kepercayaan adanya hari kiamat untuk manusia menerima balasan baik dan buruk?

10. 'Aqal dan logik juga menerima adanya خير dan شر (baik dan buruk), 'aqal dan logik juga memutuskan bahawa balasan orang-orang baik dan orang-orang jahat sepatutnya berbeza.

11. Allah s.w.t. bukan sahaja حاكم  malah Dia adalah أحكم الحاكمين (hakim yang paling adil). Mana mungkin Allah akan melayan orang-orang yang baik dan orang-orang yang jahat dengan layanan yang sama.'Aqal yang sejahtera juga berkata, manusia dari 2 golongan itu semestinya mendapat balasan yang berbeza.

12.Di dalam sesetengah surah al-Qur'an, soalan berada diayat permulaan, di dalam sesetengah yang lain pula soalan berada pada ayat terakhir. Surah at-Tiin berakhir dengan 2 soalan, melalui 2 soalan itu 'aqal dan hati kecil manusia disedarkan bahawa balasan baik dan buruk di akhirat semestinya diterima.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan