Khamis, Ogos 12, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 025)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 025)

________
berhijrah itu tidak perlu diungkit-ungkit. Kerana beliau sendiri telah menyesal dan berasa malu atas perbuatannya setelah ditegur oleh Nabi s.a.w. Peristiwa seumpama ini juga pernah dialami Oleh Abu Thalhah r.a. yang ingin berkahwin dengan Ummu Sulaim r.a. Tetapi Ummu Sulaim r.a. enggan menerima lamarannya kecuali setelah beliau memeluk Islam. Abu Thalhah r.a. pula kebetulannya pada ketika itu memang sudahpun berhasrat untuk memeluk Islam. Lalu beliau pun memeluk Islam sebelum mengahwini Ummu Sulaim dengan kerelaannya sendiri, bukannya semata-mata untuk memenuhi syarat wanita yang dicintainya itu. Sebab itulah perbuatan Abu Thalhah itu tidak mendapat sebarang teguran daripada Nabi s.a.w. Berbeza dengan sahabat yang berhijrah tersebut yang menumpangkan niat berkahwinnya dengan niat hijrahnya. Walaupun kita yakin bahawa niatnya untuk berhijrah adalah lebih utama baginya, kerana beliau adalah seorang sahabat Baginda s.a.w. bukannya seorang munafiq, namun ia tetap tidak disukai Allah s.w.t. yang menuntut sepenuh ketulusan dalam beribadat kepadaNya. Apa lagi kalau niat sampingan seseorang itu menyamai atau lebih utama dan mengatasi keikhlasan terhadapNya. Memang hadits ini menepati kehendak tajuk bab Imam Bukhari. Huraian dan kupasan yang dikemukakan di atas menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan hadits ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tajuknya. Sebaliknya mereka mendakwa Imam Bukhari memulakan kitabnya dengan hadits ini hanya sebagai satu peringatan terhadap dirinya sendiri dan juga para pembaca kitabnya, atau sebagai khutbah pembuka kitabnya semata-mata, bukan sebagai isi kandungan kitab itu sendiri. Antara Pengajaran, pedoman, panduan dan hukum yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Kita dikehendaki berhati-hati dalam memasang niat. Niat yang dipasang haruslah ikhlas kerana Allah s.w.t, semata-mata. 
(2) Segala amalan ibadat menghendaki niat. Tanpa niat sesuatu ibadat tidak dikira sah dan tidak mendatangkan pahala. 
(3) Allah dan RasulNya mestilah diutamakan daripada segala kepentingan yang Iain. 
(4) Di dalam hadits ini terdapat amaran daripada nabi s.a.w. supaya umatnya berhati-hati dan berwaspada terhadap perasaan riyaa' (menunjuk-nunjuk), sum'ah (perasaan suka kalau orang mendengar dan tahu tentang sesuatu amalan kebajikan yang dibuat) atau bersamal kerana selain Allah. Kerana semua sifat-sifat keji itu boleh menghapuskan pahala sesuatu amalan kebajikan. Malah adakalanya ia boleh membatalkan amalan itu sendiri. 
(5) Kita umat Islam dikehendaki menjaga dan mengawal hati serta mengambil berat tentangnya, supaya ia tidak terpesong dan tersasar daripada landasan keikhlasan. 
(6) Berhijrah dari negeri kafir ke negeri Islam adalah antara ibadat yang sangat istimewa sekiranya ia dilakukan benar-benar kerana Allah. Kerana itulah nabi s.a.w. pernah bersabda kepada  Amar bin al-Aash:  أَمَا عَلِمْتَ أَنَّ الْإِسْلَامَ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ وَأَنَّ الْهِجْرَةَ تَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلِهَا وَأَنَّ الْحَجَّ يَهْدِمُ مَا كَانَ قَبْلَهُ
Bermaksud:'Tidakkah engkau tahu bahawa sesungguhnya Islam itu merobohkan (menghapuskan) dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya, hijrah merobohkan (menghapuskan) dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya dan haji (juga) merobohkan (menghapuskan) dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya? (Muslim, Ibnu Khuzaimah dan Abu 'Awaanah).

(7) Pahala amalan seseorang mengikut niatnya. Walaupun ia mengerjakan satu saja amalan tetapi kalau di samping itu ia memasang beberapa banyak niat baik yang Iain, niscaya ia akan memperolehi banyak pahala berdasarkan niat-niatnya yang baik itu.

(8) Keelokan membuat contoh dan perbandingan bagi setiap pengajaran yang diberi supaya mudah difahami. 

(9) Kadang-kadang seseorang mendapat pahala atau berdosa atau tidak mendapat apa-apa kerana niatnya. 

(10) Amalan-amalan kebiasaan manusia atau amalan-amalan yang didorong oleh thabi'at dan naluri manusia seperti makan, minum, tidur. bersetubuh dan sebagainya boleh mendatangkan pahala jika disertakan niat yang baik bersamanya. 

(11) Amalan


25

Tiada ulasan:

Catat Ulasan