Ahad, Ogos 15, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 29(096)nota 16(449-451)s

Daurah tafsir 2019 sesi 29(096)nota 16(449-451)s

096.Surah Al alaq

Tertib surah 96
Bilangan ayatnya 19
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya  1 
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1 ayat 1-50 Ingatlah kepada Allah dengan mengingati nama-nama dan sifat-sifatnya.
Paragraf 2 ayat 6-8 Jiwa yang perasan kaya akan menjadi seorang yang derhaka dan keras kepala sehingga sanggup  menolak ajaran tauhid dan kepercayaan adanya hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 9-14 Sifat-sifat kepimpinan yang derhaka
Paragraf 4 ayat 15-18 Akibat buruk yang akan diterima oleh kepimpinan yang durhaka.
Paragraf 5 ayat 19 Bertaqarutlah kepada Allah dengan bersolat dan mengelak diri daripada Taghut.

Mesej utama 
1.Nyatakan sifat-sifat Allah sebagai pencipta.
2.Bertaqarrublah kepada dengan Allah melakukan ibadat dan ketaatan kepadaNya dan mengelak diri daripada mematuhi kepimpinan yang derhaka.


Zaman Diturunkan
1. 5 Ayat di permulaan Surah al-'Alaq merupakan wahyu yang pertama diterima oleh Rasulullah s.a.w.
Shahih Bukhari, Kitab Tafsir, Bab Surah al-'Alaq, hadits 4,670 daripada 'Aisyah. Ia turun pada bulan Ramadhan 1 Kenabian bersamaan 10 Ogos 610 Masihi.

2. 14 Ayat selepasnya diturunkan pada peringkat kedua kehidupan Rasulullah di Mekah ketika mana da'wah secara terbuka telah pun bermula di antara tahun ke-4 dan ke-5 Kenabian. Ia menggambarkan peribadi Abu Jahal, salah seorang ketua kafir Quraisy Mekah yang begitu buruk dan teruk. Salah satu sikap buruknya ialah dia telah menghalang Rasulullah s.a.w. daripada bersembahyang dalam kawasan tanah haram.

Ciri Khusus Surah Al-'Alaq
1. Pada ayat terakhir Surah al-'Alaq terdapat satu larangan  لَا تُطِعْهُ dan terdapat juga satu perintah iaitu وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب

Al-'Alaq 96:19 كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَٱسْجُدْ وَٱقْتَرِب 
sekali-kali tidak! Janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah serta dekatkanlah (dirimu kepada Allah).


2.Dari segi kandunganya ia menyerupai ayat ke-36 di dalam Surah an-Nahl أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ

An-Nahl 16:36
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِى كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَٱجْتَنِبُوا۟ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُكَذِّبِينَ 
Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah, dan jauhilah Thagut”, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).


3. Para penda'wah perlu sekali dalam menghadapi kuasa Thaghut mengadakan hubungan yang kukuh dengan tuhan pencipta alam semesta dengan cara beribadat dengan sebaik-baiknya dan banyak-banyak bersujud kepada Allah.

Perkaitan Surah Al-'Alaq Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah at-Tiin sebelum ini telah disebutkan tentang أَسْفَلِ سَفِلِينِ, di dalam Surah al-'Alaq in dikemukakan satu contohnya berupa seorang pemimpin Quraisy yang merupakan musuh ketat Rasulullah dengan sikap-sikap dan tindakan-tindakan Thaghutnya.

2. Surah al-'Alaq mengandungi wahyu yang mula-mula sekali diberikan kepada Rasulullah s.a.w., ia diturunkan pada waktu malam, malam yang bertuah itu disebutkan secara khusus di dalam Surah al-Qadr selepasnya, itulah malam yang menentukan nasib manusia di dunia.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Selepas menyatakan perbezaan di antara kepemimpinan orang mu'min dan kepemimpinan golongan Thaghut di dalam Surah at-Tin, pada ayatterakhir Surah al-'Alaq ini umat Islam diperintah supaya tidak mentaati Thaghut sebaliknya patuh dantaat kepada Allah dengan bertaqamrb kepadanya.

2. Di dalam Surah al-'Alaq ini dinyatakan beberapa sifat pemimpin mu'min.
(a) Ia berada di atas petunjuk (Ayat: 11).عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ

Al-'Alaq 96:11 أَرَءَيْتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلْهُدَىٰٓ
bagaimana pendapatmu jika dia (yang dilarang shalat itu) berada di atas kebenaran (petunjuk),


(b) Pemimpin mu'min mengadakan hubungan yang erat dengan tuhannya melalui shalat (Ayat: 10)

Al-'Alaq 96:10عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ 
seorang hamba ketika dia melaksanakan shalat

(c) Pemimpin mu'min menyeru manusia kepada ketaqwaan dan penyucian jiwa disamping melaksanakan da'wah kepada ajaran-ajaran Islam yang lain (Ayat: 12).

Al-'Alaq 96:12أَوْ أَمَرَ بِٱلتَّقْوَىٰٓ 
atau dia menyuruh bertakwa (kepada Allah)?

3. Surah al-'Alaq juga menyatakan beberapa sifat pemimpin Thaghut.
(a) Pemimpin Thaghut adalah orang-orang yang derhaka kepada Allah dan melampaui batas yang
ditentukanNya (Ayat 6).لَيَطْغَىٰٓ

Al-'Alaq 96:6 كَلَّآ إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لَيَطْغَىٰٓ 
Sekali-kali tidak! Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas,

(b) Pemimpin Thaghut tidak berasa bertanggungjawab terhadap sesiapa pun atas perbuatan dan tindakannya (Ayat: 7).ٱسْتَغْنَىٰٓ

Al-'Alaq 96:7 أَن رَّءَاهُ ٱسْتَغْنَىٰٓ
apabila melihat dirinya serba cukup.

(c) Pemimpin Thaghut menghalang orang-orang yang baik daripada mengerjakan ibadat-ibadat seperti
sembahyang (Ayat: 9 dan 10).

Al-'Alaq 96:9 أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يَنْهَىٰ
Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang?

Al-'Alaq 96:10 عَبْدًا إِذَا صَلَّىٰٓ
seorang hamba ketika dia melaksanakan shalat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan