Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 027)
______
menyebutkan semula kesemua mata rantai sanad yang telah disebutkan di pernłulaan kitab. Sebagai contohnya penulis selaku perawi meriwayatkan hadits Abdullah bin Yusoff ini dengan menggunakan sanad guru penulis (sanadnya) tanpa menyenaraikan kesemua rantaian nama-nama perawi seramai dua puluh tiga orang yang telah disebutkan sebelum ini hinggalah kepada Imam Bukhari. Tujuan penyebutannya adalah untuk menjelaskan bahawa setiap hadits yang akan dibacakan bersambungan riwayatnya. Kalau dibacakan senarai kesemua perawinya. niscaya ia akan sampai kepada Imam Bukhari. Dan seterusnya silsilah (rantaian) sanad akan disambung oleh Imam Bukhari sampailah kepada Rasulullah s.a.w. Apa itu Haddatsana Dan Akhbarana? Setiap sanad hadits yang terdapat di dałam kitab-kitab Musnad biasanya akan dimulakan dengan perkataan Haddasana atau Akhbarana yang kalau diterjemahkan maksudnya ke dalam bahasa Melayu tidaklah akan menampakkan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya, iaitu "Telah menceritakan kepada kan”, "Telah memberitahu kepada kan"' dan seumpamanya. Namun begitu kedua-dua kalimah tersebut mempunyai fungsi dan kaedah penggunaan yang tersendiri. Menurut 'ulama' hadits perkataan Haddatsana digunakan oleh perawi untuk meriwayatkan hadits-hadits yang dibacakan sendiri oleh guru mereka di hadapan para pelajar. Manakala Akhbarana pula digunakan apabila matan sesebuah hadits tersebut dibacakan oleh salah seorang pelajar di hadapan guru dan guru mereka memperakui bacaannya. Sebaliknya jika sesebuah hadits hanya diriwayatkan kepada seorang pelajar sahaja, para perawi akan menggantikan perkataan-perkataan tersebut dengan Haddatsani atau Akhbarani setiap kali meriwayatkannya. Ketetapan sebegini tidak dipraktikkan sepenuhnya oleh Imam Bukhari, kerana anda akan dapati penekanan tehadap penggunaan kedua-duanya tidak dititikberatkan oleh beliau, bila beliau tidak mengkhususkan penggunaannya mengikut kategori-kategori periwayatan tersebut. Bagi Imam Bukhari kedua-dua perkataan tersebut mempunyai pengertian dan maksud yang sama. Berbeza dengan Imam Muslim yang menganggap bahawa ianya adalah satu ketetapan yang tidak boleh diabaikan. Menurut Imam Muslim lagi kaedah tersebut adalah sistematik dan praktikal dałam menggambarkan kaedah-kaedah penyampaian dan penerimaan hadits dan kalau dikesampingkan, ianya merupakan satu kesalahan dałam etika periwayatan hadits. Berhubung dengan dua jenis periwayatan tersebut, timbul pula persoalan tentang mutu periwayatan sesebuah hadits iaitu yang manakah lebih tinggi kualitinya sama ada hadits yang dibacakan oleh guru ataupun pelajarnya. Dalam menentukan jawapannya, para 'ulama' hadits telah terbahagi kepada dua golongan. Segolongan daripada mereka mengatakan bahawa kualiti riwayat yang lebih baik adalah yang dibaca atau diungkapkan sendiri oleh guru, kerana kebarangkalian berlakunya kesilapan pada bacaan seseorang guru adalah jauh lebih tipis berbanding dengan bacaan pelajarnya. Selain itu pembacaan hadits daripada mulut guru sendiri adalah lebih berkat kerana beliau yang lebih dahulu menerima dan memahami hadits berkenaan. Oleh itu, keutamaan dałam penyampaian atau pembacaan hadits haruslah diberikan kepada guru. Di samping iłu. kebanyakan hadits-hadits Nabi s.a.w. terbit daripada ucapan Baginda sendiri, maka wajar sekalilah jika periwayatan hadits berlaku dengan cara guru membaca dan pelajar pula mendengar. Pendapat tersebut bagaimanapun dinafikan oleh golongan lain yang berpendapat bahawa pembacaan hadits lebih baik dilakukan oleh para pelajar. lni kerana semasa seseorang pelajar membacakan sesebuah hadits. gurunya akan memberikan perhatian yang sepenuhnya demi memastikan ketepatan bacaan tersebut dan akan menegur serta memperbetulkan bacaannya sebaik sahaja berlakunya sebarang kesilapan. Sebaliknya tugas yang sedemikian tidak akan mampu dilaksanakan oleh pelajar sebaik dan
27
with
Tiada ulasan:
Catat Ulasan