K999.Kerapkali Kita Marah Anak Sebab Kita Terasa Hati Orang Cakap Buruk Pasal Anak Kita Sendiri
Cukup Kenal Anak Kita = PERISAI PENTING untuk Pelihara Emosi Anak
.
Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi maruah anak kita.
.
Apabila kita cukup tahu sensitiviti anak, kita mampu mempertahan, menjawab, dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu.
.
Ini agar anak memperoleh pengalaman yang sebaiknya,
agar ‘self esteem’ dirinya terpelihara
yang tidak yang menggagalkan konsep kendirinya.
.
Contohnya ya anak saya kelihatan degil namun dia sebenarnya kental dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa lagi.
.
Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. InsyaAllah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya.
.
Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur.
.
Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya?
.
Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat/momen itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita, kan?
.
Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita.
.
Adakah kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu?
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan