Selasa, Ogos 03, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 016)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 016)

s.a.w bersabda: "Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat⁴. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya⁵. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya ialah

_____
Apajua amalan sama ada berupa ibadat khusus atau ibadat umum yang juga merupakan qurbah (apa-apa yang dilakukan seseorang dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah), sah atau tidaknya dikira berdasarkan niat pelakunya. Apakah tujuan dan matlamatnya melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan. Sekiranya sesuatu amalan itu dimulakan dengan niat yang baik dan ikhlas, maka amalan tersebut akan dikira sebagai amalan yang sah dan mendatangkan pahala. Ini dijelaskan lagi oleh bahagian kedua hadits di atas, iaitu:  وإنما لكا أرئ ما نوى (Setiap orang ił
tu akan mendapat apa yang diniatnya. Jika si pelaku meniatkan sesuatu tujuan melalui amalannya, maka apa yang akan atau mungkin diperolehinya adalah tujuan yang diniatkannya tadi. Sesuatu amalan baik yang dilakukan oleh dua individu yang berbeza, mungkin kelihatan sama sahaja. Tetapi natijah dan pahalanya mungkin sekali tidak sama. Contohnya jika seseorang pergi ke masjid hanya dengan niat untuk menunaikan sembahyang berjemaah semata-mata, ia akan mendapat pahala sembahyang berjema'ah di masjid sahaja sebagaimana yang dijanjikan di dałam haditshadits. Tetapi seseorang yang menyertakan niat hendak bersembahyang secara berjema'ah di masjid dengan niat akan beramah mesra dengan ahli jemaah yang lain, menghadhiri majlis ilmu yang diadakan masjid, bersembahyang sunat tahiyyatu al-masjid dan lain-lain akan mendapat ganjaran tambahan yang lain pula. Jika dia juga berniat apabila pulang dari masjid nanti, akan singgah di rumah salah seorang teman yang sakit untuk menziarahinya atau setidak-tidaknya akan membawa pulang buah tangan untuk anak isteri di rumah, tentu dia akan membolot begitu banyak pahala hasil daripada niatnya untuk melakukan amalan-amalan sampingan sebagai satu bonus daripada tujuannya yang asal iaitu berjemaah di masjid. Apa lagi jika amalan yang akan dilakukan seseorang itu berupa suatu sumbangan yang besar kepada Islam dan ummatnya. Sebagai contoh, jika seseorang berniat hendak menjadi seorang 'ulama' yang berjasa kepada masyarakat, dia menyertakan niatnya iłu dengan usaha yang gigih dan konsisten sesuai dengan matlamatnya yang tinggi dan mulia itu. Pengorbanan demi pengorbanan telah dilakukannya dalam usaha mencapai matlamatnya. Namun sekiranya ditakdirkan niat yang baik dan besar tersebut tidak tercapai, sama ada kerana dirintangi aral yang tidak mampu ditempuhnya atau dijemput ajal sebelum sempat menyempurnakannya, Allah s.w.t. tetap akan mengira amalan yang diniatkannya dan mengganjarkan pahala sesuai dengan matlamatnya yang asal. Walaupun apa yang diniatnya dahulu tidak menjadi kenyataan. Balasan yang akan Allah berikan kepadanya adalah sesempurna niatnya. Walhal sekiranya pelajar tersebut berjaya sekadarnya atau berumur panjang, dan ternyata dia tidak mampu merealisasikan niatnya yang disematkan dahulu. Dia hanya akan menerima ganjaran sekadar yang mampu dilaksanakannya sahaja. Inilah faedah dan kelebihan niat. Kerana pahalanya akan tetap diberikan Allah s.w.t. tanpa dilaksanakannya amalan tersebut. Malah ganjarannya akan berpanjangan dan berkekalan walaupun setelah dia meninggal dunia. Walaubagaimanapun amalan-amalan yang dikira berdasarkan niat tersebut hanyalah amalan-amalan ketaatan dan kebajikan sahaja. Sesuatu ibadat yang tidak disertakan dengan apa-apa niat tidak dikira dan tidak sah. Sesuatu amalan ma'shiat dilakukan dengan niat untuk membuat sesuatu kebajikan contohnya melacur untuk membantu anak-anak yatim, pasti tidak akan diterima sebagai suatu amalan kebajikan malah ia tetap dikira berdosa. Kata orang, matlamat tidak menghalalkan cara. Begitu juga sebaliknya jika sesuatu amalan ibadat atau

16

Tiada ulasan:

Catat Ulasan