Rabu, Ogos 18, 2021

Pembahagian Sunnah.

Pembahagian Sunnah.
1.Sunnah tashriiyah dan 
2.Sunnah ghairi tashriiyah

-Sebagai umat nabi Muhamad saw terikat dengan sunnah  tashriiyah sahaja sebagai panduan beragama.
-Sunnah ghairi tashriiyah tidak terikat, paling tinggi ianya harus sahaja. Dan adakalanya tidak harus tetapi haram walaupun Nabi pernah buat.
-Adakala sunnah tashriiyah juga , bukan kita yang kena buat tetapi orang lain.

1.Sunnah tashriiyah .
Bagaimana cara mengenalinya?
-Panduan umum untuk mengenalinya adalah , adakah perkara itu hanya Nabi saw dan sahabatnya ada buat atau orang yang bukan Islam pun ada buat juga?
-Jika sunnah tashriiyah , orang bukan Islam tiada yang buatnya contoh solat samada solat wajib atau sunat.
Rasullah saw yang perkenalkan atau buat solat ini.
Hanya nabi2 yang buat , orang kafir tidak buat.
-Sunnah ini juga berkait dengan hukum. Adakala jadi wajib , sunat, harus ,adakalanya yang ditinggalkan jadi haram, tidak haram atau makruh sahaja.
-Penentuannya dari hadits-hadits contoh solat 5 waktu .
Ada ayat quran dan hadits yang terang mengenainya
Ada ancaman neraka jika meninggalkannya.
Contoh solat sunat
Orang kafir tak buat amalan solat ini.
Contoh  guna tangan kanan untuk makan dan tangan kiri untuk istinjak, adalah sunnah tashriiyah  ,orang kafir  tiada peraturan ini. Ini tidak wajib 


2.Sunnah ghairi tashriiyah.
-panduan umum, orang kafir pun buat juga.
-tiada kaitan agama atau kena fikir masuk dalam bab wajib atau sunat .
-semua orang buat.
- contoh makan roti.
-Abu lahab pun makan roti.
- perlukah untuk disayangi Allah dan Nabi saw , makan roti?
Tidak. Tiada kaitan agama.
-ini hanya  berkait dengan keadaan semasa atau masyarakat pada sesatu masa.
-Rasullah saw pakai pelita atau obor. Sunnah juga tetapi sunnah ghairi tashriiyah.  Nabi buat ini bukan panduan agama yang mesti dibuat.
-contoh makan :orang Islam makan orang kafir pun makan ini sunnah ghairi tashriiyah. Sunnah tashriiyah adalah makan tangan kanan sebab orang kafir tidak mesti makan dengan  tangan kanan.
-makan dengan tangan, sudu atau penyepit;sunnah ghairi tashriiyah.
-lagi contoh pakai jubah; Betul Nabi pakai. Abu Jahal pakai jubah atau tidak. Jawabnya pakai. Ini sunnah ghairi tashriiyah.
-orang perempuan pakai tudung hanya nampak tangan dan muka ,ini sunnah tashriiyah  sebab orang kafir tidak.
Sebab apa? Banyak dalil2nya.

Salah faham dalam memahami sunnah tashriiyah dan sunnah ghairi tashriiyah boleh membawa malapetaka kepada umat.

-Adakala  nabi saw buat tetapi kita tak boleh buat .
Tetapi dia buat sesuai dengan tuntutan zaman dia.

-Contoh Perang khandak , parit sekeliling Madinah.
Bolehkah kita buat jika nak berperang.
Mungkin jadi salah atau berdosa bila kita buat, palig  tinggi naik sehingga harus jika perlu. Jika tak perlu ,sebab zaman ini berperang bukan dengan pedang dan kuda  serta parit tetapi dengan helikopter atau lain2 yang ada pada masa ini.
Pernah dalam sejarah kejatuhan kerajaan Abbasiyah, bedil tak boleh digunakan sebab Nabi saw tak pernah guna bedil hanya nak guna senjata yang digunakan oleh Nabi saw.

-Di Pakistan , semua pakai putih. Walhal pakai putih bukan sunnah tashriiyah. Nabi saw pakai semua warna.  Dan orang kafir pun pakai begitu juga. Jadi jika tetapkan semua pakai putih itu eluk sesuatu yang tidak betul. 

-Nabi saw tawaf naik unta, kita tak boleh tawaf naik unta.
Sebab Nabi saw naik unta ada maksudnya.
Kita naik unta nanti akan mengotorkan masjid.



Apakah pula sunnah hammiyah?
-Sunnah kehendak Nabi, yang nabi nak buat tetapi keadaan zaman atau tamadun atau hukum adat waktu itu belum sampai lagi kesitu lagi
- contoh kita naik kereta atau kapalterbang pada hakikatnya sunnah juga  sebab Nabi naik kuda kerana nak supaya sampai cepat atau lebih selesa. Kita naik kereta untuk apa? Juga untuk itu.  Jadi pada hakikat itu sunnah cuma  zahir tak boleh kata sunnah sebab nabi saw tak pernah buat.  Tetapi maksud nak sampai cepat dan selesa itu ada. Kita kena faham, alat2 ini akan berkembang atau berubah dan kita boleh guna selagi maksud yang nabi saw nak itu ada.


Apakah wujud khilaf di kalangan para ulama dalam menentukan pembahagian sunnah tashriiyah dan sunnah ghairi tashriiyah?

-Berus gigi dengan kayu sugi, sunnah tashriiyah dan sunnah ghairi tashriiyah?
Ada yang kata sunnah tashriiyah dan  ada yang kata sunnah ghairi tashriiyah?

- Maksud pakai kayu sugi  adalah untuk membersihkan gigi.
Dan maksud ini boleh dicapai dengan cara yang lain dan alat2 ini berubah.Dan tengok  orang kafir pakai atau tidak?
Orang kafir pakai kayu yang sama.Jangan ingat orang kafir tak gosok gigi atau hanya Nabi yang perkenalkannya. Yang mungkin ada perbezaan cara atau masa berus gigi. Jika orang kafir tak gosok gigi tentunya orang kafir akan rosak la gigi mereka. Tiada pula disebut orang kafir disebut begitu bahkan orang kafir lebih hebat lagi dalam penjagaan diri. Kita belajar dengan dia lagi.  Orang kafir lagi kedepan dari orang Islam. Jahiliyah bukan bermakna tak tahu apa2. Jahilayah hanya sebab tak ikut Islam sedang dari segi dunia mereka maju.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan