Video animasi 02
Mengenal 3 jenis kata dlm bahasa arab.
Pada pelajaran pertama kita telah menpelajari ilmu sorof adalah ilmu yg mempelajari perubahan kata dari suatu bentuk ke bentuk yg lainnya.
Ada baiknya sebelum mempelajari perubahan kata kita terlebih dahulu memahami pembahagian kata atau jenis2 kata dlm bhs arab.
Jenis kata dlm bhs arab ada 3
1.fiil
2.Isim
3.huruf/haraf
Mari kita bahas satu persatu 3 jenis kata ini.
Yg pertama,fiil.
Secara sederhana kita bisa mengatakan fiil adalah kata kerja.
Contoh
ذَهَبَ telah pergi
قَرَأَ telah baca
كَتَبَ telah menulis
Namun dlm pelajaran lebih lanjut kita akan mengenali tidak semua fiil ada lah kata kerja.tetapi seluruh kata kerja sudah pasti adalah fiil.
Contoh
صَلُحَ telah baik
Telah baik ini bukan kata kerja tetapi lebih kepada kata sifat contohnya dlm sebuah hadis rasullah
وَإِنَّ فِيْ الجَسَدَ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَ الجَسَدُ كُلُّهُ
وَ إِذَا فٕسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ اَلَا وَهِيَ القَلبُ
Didlm jasad itu ada segumpal daging jika ia baik maka baik pula seluruh jasad jika ia rosak masa rosaklah seluruh jasad.maka ketahuilah ia adalah hati.
Kalau kita perhatikan kata صَلُحَ dalam hadis tersebut bukan mengandungi kata kerja tetapi kata sifat.
Olehkerana itu para ahli nahu mendefinasikan fiil sebagai berikut.
كَلِمَةّ دَلَّتْ عَلَى مَعْنَى فِي نَفُسِهَا وَاقْتَرَنَتْ بِزَمَنٍ
Fiil adalah kata yg mengandungi sebuah makna yg ada pada dirinya dan berkaitan dengan waktu.
Jadi setiap kata yg mengandungi makna berkait waktu telah,sedang dan akan maka disebut fiil.baik itu kata kerja atau kata sifat.
Kesimpulanya tidak semua fiil kata kerja tetapi semua kata kerja adalah kata fiil kerana kata kerja mengandungi waktu.
Kita lanjutkan kata kerja dalam bahasa arab terbahagi lagi menjadi 3.
Yg pertama fiil madhi ماضي
Yg kedua fiil mudharik موضارع
Yg ke tiga fiil amar أمر
Yg pertama fiil madhi ,adalah kata kerja untuk masa lampau.Ertinya untuk perbuatan yg telah dilakukan masa lalu.atau kita pernah belajar bahasa inggeris fiil madhi adalah past tense.
Contohnya
عَلِمَ telah mengetahui
Yg kedua fiil mudharik adalah kata kerja untuk perbuatan yg telah terjadi atau akan terjadi.
Contohnya
يَعْلَمُsedang/akan mengetahui
Contoh fiil madhi untuk kata kerja عَلِم dlm alquran adalah
surah albaqarah 187
عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَكُمۡ فَتَابَ عَلَیۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡۖ
Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsu mu lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.
Kemudian contoh fiil mudharik يَعْلَمُ bisa kita jumpai dlm quran surah albaqarah 216
وَٱللَّهُ یَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Yg ke tiga contoh fiil amar adalah kata kerja perintah.
إِعْلَمْ ketahuilah
Kita bisa jumpa surah albaqarah 260
وَٱعۡلَمۡ أَنَّ ٱللَّهَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ
Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Seterusnya kita akan bahas tentang isim.
Secara sederhana kita mengatakan isim adalah kata benda,berbeza dgn fiil yg terbahagi menjadi 3 jenis ,isim sendiri memiliki yg lebih byk dan bisa ditinjau dari byk sisi. Hanya sj penting untuk diketahui pemula adalah isim ditinjau dari sisi jenis (نَوْعَ) dan isim ditinjau dari sisi bilangan(عَدَدٌ) .
Berdasarkan jenis isim bisa dibahagi kepada
1.isim muzakkar /masculine/laki-laki.
2.isim muannats/feminen/perempuan.
Bahasa arab memang membezakan untuk laki2 dan perempuan.
Ini berbeza dgn bahasa kita.
Misalnya kita ingin mensifati Zaid dan Fatimah dgn kepintaran maka kata yg digunakan sama2 pintar.
Zaid itu pintar.
Fatimah itu pintar.
Sedang dlm bahasa arab kata pintarnya dibezakan antara yg laki-laki dan perempuan.Iaitu
زَيْدٌ مَاهِرٌ
فَاطِمَةُ مَاهِرَةٌ
Insyallah kita akan bahas tentang muzakkar dan muannas pada pelajaran selanjutnya
sementara Isim yg ditinjau dari sisi bilangan( عَدَدٌ) adalah
1.isim mufrad(tunggal)
2.isim tatsniyah atau isim musanna(ganda)
3.isim jamak
Ini perlu kita catat kerana bahasa arab bahasa indonedia hanya membezakan kata tunggal dan kata jamak.
Insyaallah kita bahas isim ini selanjut dlm pelajaran akan datang.
Kemudian huruf/haraf
Huruf yg dimaksudkan disini bukan seluruh huruf hijaiyah tetapi huruf yg dimaksud dlm ilmu nahu dan sorof adalah huruf hijaiyah yg memiliki erti baik terdiri dari satu huruf saja atau dua atau tiga huruf.
Contoh
Satu huruf yg memilki arti adalah
أَ apakah
بِ dengan
تَ bisa digunakan untuk huruf sumpah
Selain kita bisa bersumpah dgn وَالله kita bisa juga bersumpah dgn تالله.
فَ maka
سَ akan
كَ seperti
لِ untuk
وَdan
Kita juga melihat contoh hijaiyah yg memilik dua huruf.
مِنْ dari
عَنِ dari
فِيْ di
لَنْ tidak akan
لَمْ tidak/belum
Contoh tiga huruf hijaiyah yg memiliki arti.
إِلَى ke
عَلى diatas
سَوْفَ akan
Kesimpulan dari pelajaran ini adalah:
Ada 3 jenis kata dlm bahasa arab iaitu
1.fiil
A.madhi
B.mudharik(akan dan sedang)
C.amar.
2.isim
|.Jenis
A.muanas
B.muzakkar
||.Bilangan.
A.Mufrod.
B.Tatsiniyah.
C.Jamak
3.huruf/haraf
Yg dimaksudkan huruf hijaiyah baik satu,dua atau tiga huruf yg memiliki makna khusus
Tiada ulasan:
Catat Ulasan