Sabtu, Ogos 14, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 007-026)ssatu

Sahih bukhari kitab wahyu
Satu
1- Kitab Wahyu.

باب كَيْفَ كَانَ بَدْءُ الْوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَوْلُ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ: {إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ}: 

1-Bab : Bagaimana Permulaan (Datangnya) Wahyu Kepada Rasulullah S.A.W.²
Dan (Bab) Firman Allah S.W. T. "Sesungguhnya Kami Telah menurunkan Wahyu Kepadamu Seperti mana Kami Telah menurunkan Wahyu Kepada Nuh ( Dan nabi-nabi  Sesudahnya).

١ - حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ
1-Al-Humaidi Abdullah Bin az-Zubair (m.219H)  meriwayatkan kepada kami, katanya: 
Sufyan (bin Uyainah m.198H) meriwayatkan kepada kami, katanya³ : 
Yahya Bin Said  (bin Qais) Al-Anshari (Qadhi Madinah m. 143M) meriwayatkan kepada kami, katanya: 
Muhammad bin Ibrahim (bin al-Haarits) At-Taimi (m.120M) meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar 'Alqamah Bin Waqqaash Al-Laitsi (m. di zaman 'Abdil Malik bin Marwaan) berkata: Sesungguhnya saya telah mendengar 
'Umar Bin Alkhatthaab (m.23H) berucap di atas mimbar, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah  s.a.w bersabda: "Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat⁴. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya⁵. Oleh itu, sesiapa yang hijrahnya ialah
untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita. maka hijrahnya dikira untuk tujuannya itu.⁶

Tiada ulasan:

Catat Ulasan