Sabtu, Ogos 14, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 007-026)s(sambungan 2)

Sambungan Dua

²Sebagaimana telah dibincangkan dengan panjang lebar di dalam muqaddimah sebelum ini bahawa tajuk-tajuk Imam Bukhari mengandungi maksud-maksudnya yang tersendiri dan maksud-maksud tersebut boleh difahami dengan mengkaji dan meneliti usul-usulnya. Antara kitab terbaik yang membincangkan tajuk-tajuk kitab Sahih Bukhari ialah kitab karangan Syeikh al-Hadits Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandhlawi bagaimana permulaan datangnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w.). Pembukaan kitab Sahih al-Bukhari yang unik. Seperti telah kita bincangkan sebelum ini bahawa antara ciri khusus yang terdapat di dalam kitab Sahih Bukhari ialah adanya ma'na isyarat pembuka di dalam tajuk atau hadits setiap permulaan bab atau kitabnya dan makna isyarat penutup di dalam tajuk atau hadits setiap penutup bab atau kitabnya. Contohnya di dalam Kitab Wahyu, di dalam tajuk pertamanya ada perkataan permulaan iaitu "Bagaimana permulaan wahyu” dan di dalam hadits yang terakhirnya terdapat perkataan 'akhir”, iaitu: فكان ذلك آخر هو قل (Begitulah akhirnya keadaan Hercules). Perkataan-perkataan yang dijadikan isyarat kepada penutup tersebut tidak semestinya dalam bentuk perkataan "akhir” sahaja, tetapi Imam Bukhari juga membawa perkatan-perkataan yang mempunyai ma'na penyudah yang lain seperti tamat, mati dan sebagainya. Tujuan beliau membawakan isyarat permulaan dan penyudah tersebut ialah mengingatkan dirinya sendiri dan para pembaca kitabnya agar sentiasa tidak lupa kepada asal usul manusia yang datang daripada Allah dan dan kepadaNya jualah pasti mereka akan kembali. la juga bermaksud menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup ada permulaan dan penghujungnya kecuali Allah s.w.t. yang tidak ada awal dan akhirnya. Dengan isyarat pembuka dan isyarat penutup itu beliau juga mahu mengingatkan para pelajar agar sentiasa memikirkan apakah permulaan bagi sesuatu perkara yang ingin dilakukan dan apakah kesudahan atau natijah daripada perbuatan tersebut. Imam Bukhari berbeza sama sekali daripada pengarang- pengarang kitab-kitab hadits yang lain kerana beliau telah memulakan kitabnya dengan perbincangan tentang wahyu. Tidak dinafikan bahawa setiap pengarang kitab hadits memang mempunyai maksud tersendiri di sebalik pemilihan bab pertama di dalam kitab-kitab mereka masing-masing. Imam Abu Daud, Nasaa'i dan Tirmizi misalnya memulakan kitab-kitab mereka dengan Kitab atThaharah. Justeru sembahyang adalah rukun agama terpenting dan kesahihannya terhenti atas Thaharah. Selain itu perkara pertama yang disoal di dalam kubur ialah tentang thaharah dan perkara pertama yang disoal di Mahsyar nanti ialah tentang sembahyang, maka mereka memulakan kitab masing-masing dengan kitab thaharah, Imam Ibnu Majah memulakan kitab Sunannya dengan Ittiba' as-Sunnah, kerana jika Sunnah Nabi s.a.w. dan Sunnah Kahulafa' ArRasyidinnya tidak diikuti niscaya segala macam bidah akan meresapi agama dan seterusnya rupa bentuk agama akan terhapus, di samping asas agama pula akan terancam. Demi menjaga kesucian agama Imam Ibnu Majah membuka kitabnya dengan bab Ittiba' as-Sunnah. Oleh kerana para sahabat merupakan orang-orang yang bertangung-jawab dalam menyebarkan Sunnah Nabi s.a.w. dan mereka pula disuruh Baginda di dalam sabda-sabdanya yang berbunyi:ليبلغ الشاهد الغائب bermaksud: "Hendaklah orang yang hadhir di kalangan kamu menyampaikan kepada yang tidak hadhir.” ليلينى أولو الأحلام والنهى bermaksud: "Hendaklah orang-orang yang bijaksana dan cerdik di antara kamu mengiringiku (berada dekat di belakangku ketika bersembahyang), maka kerana itulah Imam Ibnu Majah membuat bab Manaqib Sahabat selepas bab Ittiba' as-Sunnah. Ini kerana jika para sahabat diragui dan dipertikaikan, niscaya agama yang dibawa mereka juga akan diragui dan dipertikaikan. Imam Muslim berpendapat Isnad merupakan penentu untuk mengetahui sama ada sesuatu riwayat itu boleh diterima atau tidak. Berdasarkan Isnad juga para 'ulama' hadits memutuskan sama ada sesuatu hadits itu bertaraf sahih, dha'if atau maudhu. Lantaran kedudukan isnad yang amat penting itulah maka Ibnu al-Mubarak pernah berkata: الْإسْنَادُ مِنْ الدِّينِ وَلَو لَا الْإسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ Bermaksud: "Isnad itu sebahagian daripada ugama. Jika tidak ada isnad, niscaya akan berkatalah orang yang akan berkata apa yang mahu dikatanya. Melihat kepada betapa pentingnya isnad dalam menjaga kesucian agama maka Imam Muslim memulakan kitabnya dengan
perbincangan tentang isnad sebelum menyentuh soal-soal yang Iain. Imam Malik pula memulakan kitab Muwattha'nya dengan waktu-waktu sembahyang fardhu. Ini kerana sembahyang fardhu adalah rukun terpenting agama, tetapi ia mestilah ditunaikan pada waktu-waktu tertentu, maka semestinyalah waktu-waktu sembahyang itu diketahui terlebih dahulu. Waktu-waktu sembahyang fardhu itu menjadi istimewa dan perlu diutamakan daripada yang Iain-Iain kerana keistimewaan sembahyang fardhu itu sendiri. Itulah sebabnya Imam Malik mengutamakan perbincangan tentang waktu-waktu sembahyang daripada perbincangan-perbincangan yang Iain. Mungkin juga Imam Malik bermaksud menyatakan kepentingan masa dalam kehidupan manusia yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa jua yang ber'aqal fikiran, Allah sendiri selalu bersumpah dengan menyebut masa-masa tertentu untuk menarik perhatian manusia kepada kepentingan masa dalam kehidupan mereka. Apabila Imam Malik memulakan kitabnya dengan perbincangan tentang waktu-waktu sembahyang bererti Imam Malik mahu menyatakan bahawa antara waktu atau masa yang paling berguna dan berharga buat manusia ialah waktu dan masa sembahyang fardhu mereka. Imam Ahmad telah menyusun kitab haditsnya yang sangat masyhur itu dalam bentuk Musnad. Di dalam kitab musnad seseorang pengarang akan mengemukakan hadits-hadits yang diriwayatkan oleh seseorang sahabat secara berasingan tidak kira apa pun topiknya. Apa yang penting ialah segala riwayatnya (sejauh yang diketahui pengarang) akan diletakkan di satu tempat dan ini tentunya akan memudahkan pembaca untuk mengetahui hadits-hadits seseorang sahabat. Tetapi Imam Ahmad bermaksud lebih dari itu lagi, kerana beliau terlebih dahulu mengemukan hadits-hadits riwayat Abu Bakar, kemudian hadits-hadits 'Umar, kemudian hadits-hadits 'Utsman dan seterusnya mengikut tertib keutamaan sahabat pada pandangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah. Ini sekali gus menunjukkan 'aqidah pengarang itu sendiri, di samping menunjukkan juga peranan dan jasa para sahabat dalam menyampaikan amanah Nabi s.a.w. kepada umat. Imam Bukhari pula berbeza daripada pengarang-pengarang yang Iain, sama ada yang mendahului beliau atau yang sezaman dengannya. Beliau memulakan kitab Sahihnya dengan Kitab Wahyu. Imam Bukhari mempunyai hujjahnya yang tersendiri. Bagi beliau segala petunjuk dan pedoman adalah berpunca daripada wahyu. Oleh sebab itulah beliau memulakan kitab Sahihnya dengan tajuk penurunan wahyu, kerana semua perkara atau maklumat sebagaimana yang dibentangkan oleh para Imam yang Iain pada hakikatnya berpunca daripada wahyu Allah s.w.t., termasuk hadits Baginda s.a.w. Ini berma'na sumber semua ajaran agama, termasuk soal ibadat, muamalaat dan Iain-Iainnya adalah wahyu Allah s,w.t. Bacalah kitab hadits mana sekalipun, anda hanya akan dapat menyelami haditsnya sahaja. Apabila anda membaca kitab Sahih Bukhari, apa yang terbentang di hadapan anda adalah keseluruhan agama yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Justeru tujuan sebenar Imam Bukhari ialah untuk mengarang sebuah kitab yang menjadi panduan dan pedoman dalam agama, bukan sekadar kitab yang mengumpulkan hadits semata-mata. Hakikat inilah yang mendorong Maulana Banoori, pengasas Jami'ah al-' Uloom al-Islamiyyah Karachi (tempat di mana penulis pernah menimba ilmu hadits) berkata: إن البخارس أر اد أن يصنف كتابا في الدين قبل أن يصنف في الحديث Bermaksud: "Sebenarnya Imam Bukhari bermaksud menulis sebuah kitab tentang agama lebih daripada maksudnya menulis sebuah kitab hadits.

Demikianlah cerita guru penulis Mufti Wali Hassan Khan semasa beliau mengajarkan Sahih al-Bukhari kepada kami dahulu. Kemudian timbul pula kemusykilan. mengapakah Imam Bukhari menggunakan ungkapan "Bagaimana permulaan wahyu di dalam tajuknya yang menunjukkan seolah-olah   كيف  di sini bertanyakan tentang keadaan permulaan wahyu, sedangkan sekiranya hadits-hadits yang berada di bawah tajuk ini diperhatikan, kandungan- kandungan haditsnya tidak menggambarkan keadaan permulaan wahyu kecuali hanya satu hadits sahaja iaitu hadits yang ketiga yang menceritakan bagaimana Nabi s.a.w. didatangi Malaikat Jibril ketika sedang beribadat di dalam Gua Hira'. Jadi ia menimbulkan persoalan kerana tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari seolah-olahnya tidak menepati kandungan hadits-hadits di bawahnya. Atau dengan kata yang lain, kandungan hadits tidak menepati kehendak tajuk. Contohnya, hadits pertama menceritakan tentang niat orang-orang yang berhijrah. Sedangkan peristiwa tersebut tidak berlaku di permulaan Nabi s.a.w. mendapat wahyu. Begitu juga dengan hadits yang kedua, di mana Nabi s.a.w. telah ditanya tentang bagaimana keadaan wahyu itu datang dan jawapan Baginda kepada pertanyaan tersebut tidak mengambarkan penurunan wahyu yang pertama sahaja. Berhubung dengan kemusykilan tentang ketidaktepatan tajuk dengan hadits-hadits yang tersebut di bawahnya, para 'ulama' pengkaji Sahih Bukhari telah menyimpulkan beberapa jawapan hasil daripada kajian dan perbahasan mereka tentangnya. Antara jawapan tersebut ialah: 
(1) Perkataan  بَدّءُ yang bermaksud permulaan di dalam tajuk di atas, berma'na wahyu itu sendiri. Jawapan ini ditarik daripada perbahasan ilmu Nahu, di mana perkataan بَدْءُ الوحي  merupakan gabungan إضافة بيانية  dengan erti بَدّءُ  itu bemakna wahyu itu sendiri. Maka ia seharusnya diaqdirkan begini: كيف كان الوحي الى رسول الله Ertinya, "Bagaimanakah keadaan wahyu datang kepada Rasulullah", ia bukan bererti permulaan wahyu. Jadi perkataan بَدّءُ itu tidak diterjemahkan ma'nanya. Kerana tujuan ia dimasukkan oleh Imam Bukhari ke dalam tajuknya itu hanyalah semata-mata untuk memenuhi iltizamnya sahaja, iaitu mengisyaratkan kepada permulaan di setiap permulaan babnya. Namun pendapat ini disangkal oleh mereka yang mengatakan bahawa tidak mungkin tokoh agung seperti Imam Bukhari sengaja meletakkannya tanpa memaksudkan apa-apa. 
(2) Permulaan wahyu bukanlah turun kepada Nabi s.a-w. sahaja. Kerana sebelum itupun nabi-nabi yang lain sudah menerima wahyu masing-masing. Tetapi setelah Nabi Isa a.s. wafat, penurunan wahyu telah terhenti setelah sebelumnya zaman wahyu tidak pernah terputus. Jadi maksud permulaan penurunan wahyu di sini ialah permulaan penurunan semula wahyu setelah ia terputus sekian lama. Jadi perkataan "Permulaan" di sini bukannya bererti wahyu yang mula-mula diterima oleh Nabi s.a.w. Wahyu kali ini adalah istimewa dan berbeza daripada wahyu-wahyu sebelumnya- Di mana ia boleh dianggap sebagai "kelahiran semula" wahyu menggantikan wahyu-wahyu sebelumnya. 
(3) Maksud "Bagaimana permulaan wahyu" boleh diperincikan Iagi kepada:
a- كيف atau keadaan yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari di sini bukanlah terbatas kepada keadaan wahyu itu sahaja, tetapi merangkumi keadaan-keadaan di sekitamya seperti keadaan peribadi Nabi s,a.w. sendiri selaku penerima wahyu, keadaan tempat, masa dan penerimaan masyarakat setempat, iaitu merangkumi ،كيفية زمانية،  كيفية حالية dan كيفية مكانية. Ini bererti بَدّءُ atau permulaan yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari tidaklah bermaksud permulaan wahyu sahaja. Sebaliknya ia merangkumi permulaan-permulaan yang lain termasuklah dari segi tempat, masa, masyarakat, permulaan tindakan Nabi s.a.w. dalam memulakan misi dakwahnya dan sebagainya. 
b- Wahyu yang dimaksudkan oleh Imam Bukhari di sini bukanlah terbatas kepada wahyu al-Qur'an sahaja. Kerana selain al-Qur'an, terdapat Iagi wahyu-wahyu lain termasuklah hadits. Di dalam al-Qur'an Allah berfirman:

Ash-Shura 42:51
وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ ٱللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَآئِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِىَ بِإِذْنِهِۦ مَا يَشَآءُۚ إِنَّهُۥ عَلِىٌّ حَكِيمٌ 
Bermaksud: Dan tidak mungkin bagi seseorang manusia bahwa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan perantaraan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari belakang tabir (dengan mendengar sahaja kalam Ilahi tanpa melihatNya), atau dengan mengutus utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana. (as-Syura:51). 

Ayat ini menegaskan bahawa terdapat tiga saluran wahyu yang Allah s.w.t. gunakan untuk berhubung dengan nabi-nabinya. al-Qur'an diturunkan melalui saluran wahyu yang ketiga iaitu melalui malaikat Jibril a.s. yang menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. la bukan diterima Rasulullah s.a.w. secara langsung daripada Allah s.w.t. 
Para 'ulama' bersepakat mengatakan ketiga-tiga sumber yang tersebut di dalam ayat di atas merupakan wadah-wadah atau saluran-saluran wahyu yang berasingan. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan 'wahyu' sepertimana yang disebut sebagai saluran yang pertama di dalam ayat di atas? Sudah tentulah tidak ada jawapan yang lain yang lebih tepat dan sesuai untuknya selain hadits.

 Dalam usaha membezakan wahyu, Imam Bukhari telah membahagikan wahyu kepada dua kategori sebagaimana yang diistilahkan oleh 'ulama' sebagai:الوحي المتو  dan الوحي غير المتلو . Iaitu wahyu yang dibaca dan wahyu yang tidak dibaca. Yang dimaksudkan dengan wahyu yang dibaca ialah al-Qur'an, kerana ia dibaca di dalam sembahyang dan diganjarkan pahala bagi setiap hurufnya yang dibaca. Yang dimaksudkan dengan wahyu yang tidak dibaca pula ialah al-hadits. la tidak dibaca di dalam sembahyang, meskipun membacanya dikira sebagai ibadat juga. Dalam menegaskan lagi bahawa hadits juga merupakan wahyu, al-Qur'an sendiri telah menjelaskannya melalui dua ayat berikut:
An-Najm 53:3
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلْهَوَىٰٓ 
An-Najm 53:4
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْىٌ يُوحَىٰ 
Bermaksud: dan tiadalah dia (muhammad) mengucapkan (sesuatu berhubung dengan ugama Islam) menurut hawa nafsunya. (3) 
Apa yang diucapkannya itu (sama ada al-Quran atau hadits) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) (an-Najm:3-4). 

Cara Penurunan Wahyu. Penurunan wahyu juga berlaku dengan pelbagai cara. 'Ulama' telah mengumpulkan empat puluh enam cara atau bentuk wahyu diturunkan. Walau bagaimanapun kesemua cara tersebut tidak akan terkeluar daripada tiga cara utama sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat di atas tadi. Antara cara dan bentuk penurunan wahyu kepada para nabi ialah: 
(1) Melalui mimpi atau الوحي المنامي  iaitu wahyu ketika tidur, di mana para nabi a.s. mendapat wahyu melalui mimpi. Mimpi-mimpi Nabi s.a.w. sendiri misalnya adalah tepat dan benar-benar berlaku sebagaimana yang diperlihatkan kepada Baginda. Ini bererti para Nabi a.s. tidak semestinya menerima wahyu dalam keadaan sedar sahaja, Contoh lain yang dapat dikemukakan ialah perintah yang sangat besar pernah diterima Nabi Ibrahim a.s. juga melalui mimpi. Di dalam mimpi Allah s.w.t. memerintahkan Baginda a.s. agar menyembelih Isma'il anaknya. Sekiranya mimpi itu bukan wahyu, sudah tentu nabi Ibrahim tidak akan menyembelih putera kesayangannya Isma'il. 
(2) Ilham atau النفث فى الروع iaitu dengan cara Allah s.w.t. mengilhamkan sesuatu kepada seseorang nabiNya, lalu nabi itu mengolah apa yang diterimanya dan mengungkapnya dengan bahasa sendiri .Keadaannya lebih kurang sama dengan seseorang yang mendengar sesuatu ungkapan dalam bahasa tertentu yang difahaminya dan mengungkapnya kembali dalam bahasa lain kepada orang-orang yang tidak memahami bahasa asal ungkapan tersebut. Saluran wahyu berupa hadits-hadits Rasulullah s.a.w. adalah melalui cara ini. Hakikatnya ialah Allah s.w.t. meniupkan wahyu tersebut ke dalam hati nabiNya tanpa perantaraan malaikat lalu nabi itu mengolah dan
mengadaptasinya dengan bebas dalam bahasanya sendiri. dengan al-Quran yang telah dibacakan oleh Allah s.w.t. terus dalam bahasa 'Arab seperti yang didapati hari ini kepada Jibril melalui interaksiNya dengan Jibril lalu Jibril menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. dalam teks dan lafaz yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. tanpa diusik sedikitpun daripada keadaan asalnya. Wahyu dalam bentuk ilham, sesungguhnya tidak hanya diterima oleh para Nabi a.s. sahaja malah ia turut diterima oleh makhluk-makhluk lain di alam haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Lihatlah firman Allah s.w.t. ini sebagai buktinya:
An-Nahl 16:68
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحْلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ 
Bermaksud: dan Tuhanmu mewahyukan (memberi ilham) kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit dan di pokok-pokok kayu. dan juga di tempat-tetnpat yang didirikan oleh manusia. (An-Nahl: 68), 

Allah s.w.t. juga mewahyukan kepada haiwan-haiwan seperti ayam, burung dan lain-lain agar mengeram telur dan seterusnya menjaga anak-anak mereka sampai kepada suatu tempoh yang tertentu. Allah s.w.t. jugalah yang mewahyukan kepada semua tumbuhan agar membesar dengan cara dan batasnya yang tersendiri. 

Namun wahyu yang diterima para nabi  berbeza sekali daripada wahyu yang diterima oleh sekalian makhluk Allah di alam flora dan fauna. 

Imam Bukhari ingin menyatakan bahawa wahyu yang diterima oleh Nabi kita Muhammad s.a.w. juga berbeza. Oleh yang demikian dalam  menjelaskan bentuk wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w.. beliau menyambung terus tajuk bab dengan
 وَقَوْلُ الله عزّجَلَّ إِنَّآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ كَمَآ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ نُوحٍ وَٱلنَّبِيِّۦنَ مِنۢ بَعْدِهِ
dan firman Allah: "Sesungguhnya Kami telah mewahyukan kepadamu seperti mana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi sesudahnya." 

Maka jelaslah di sini bahawa wahyu yang diterima oleh Nabi s.a.w adalah wahyu risalah, bukan wahyu thabie, mahupun wahyu takwini. Sebaliknya wahyu tersebut adalah wahyu Syar'ie yang mengangkat seseorang yang menerimanya menjadi seorang rasul atau nabi. Sampai di sini timbul pula satu persoalan lain iaitu mengapakah Allah s.w.t. berfirman "Sebagaimana yang Kami wahyukan kepada Nuh", bukannya kepada Adam, Syits dan nabi-nabi yang lain sebelum nabi Nuh a.s? Adakah Nabi Adam dan lain-lainnya tidak menerima wahyu? Sekiranya mereka tidak menerima wahyu bagaimana pula mereka diangkat menjadi nabi? 

Setelah persoalan tersebut dibahas dan dibincangkan, terhasillah beberapa pendapat yang disimpulkan oleh para ulama. Antaranya ialah: 
(1) Ada segolongan 'ulama berpendapat bahawa peristiwa kebinasaan umat yang berlaku secara menyeluruh akibat pengingkaran terhadap rasul adalah bermula pada zaman Nabi Nuh a.s. Sebelum zaman itu kebinasaan sama ada dalam bentuk bencana tidaklah berlaku secara umum. Umpamanya peristiwa pembunuhan yang berlaku di antara dua orang anak Nabi Adam a.s. Habil dan Qabil. 

(2) Menurut Imam Bukhari lagi, Wahyu yang diterima oleh Rasulullah s,a.w adalah merupakan suatu wahyu yang amat besar kedudukannya. Kerana ia sama dengan kedudukan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Nuh a.s. dan Nabi-nabi sesudahnya. Dalam erti kata yang lain orang yang mematuhinya akan terselamat manakala orang yang menentangnya pula pasti akan binasa sebagaimana yang dialami oleh kaum Nabi Nuh dan kaum-kaum nabi yang lain sesudahnya. 

(3) Syeikhul Hind berpendapat sebabnya mengapa Allah s.w.t. menyebut Nabi Nuh di dalam ayat di atas ialah kerana mahu mengaitkan dengan satu peristiwa di Padang Mahsyar sebagaimana diceritakan di dalam hadits-hadits. di mana orang-orang yang sudah tidak tahan lagi menanggung azab di sana berpakat sesama mereka untuk mencari dan meminta syafaat daripada nabi-nabi yang terdahulu agar mereka dilepaskan oleh Allah swt. daripada kesengsaraan yang

An-Nisa' 4:163
إِنَّآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ كَمَآ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ نُوحٍ وَٱلنَّبِيِّۦنَ مِنۢ بَعْدِهِۦۚ وَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِيمَ وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ وَٱلْأَسْبَاطِ وَعِيسَىٰ وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَٰرُونَ وَسُلَيْمَٰنَۚ وَءَاتَيْنَا دَاوُۥدَ زَبُورًا 
Sesungguhnya Kami mewahyukan kepadamu (Muhammad) sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh dan nabi-nabi setelahnya, dan Kami telah mewahyukan (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya; Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman. Dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Dawud.sedang mereka alami pada ketika itu. Apabila menemui Nabi Nuh a.s.. mereka berkata kepadanya: أنت أول الرسل (Engkaulah Rasul yang pertama). Bagaimanapun kenyataan ini tidaklah menafikan Nabi Adam a.s. sebagai salah seorang rasul. Kerana kata-kata "Rasul yang pertama" Yang diucapkan di dalam hadits tersebut mempunyai maksudnya yang tersendiri. Antara maksudnya ialah ajaran yang dibawa oleh Nabi Nuh a.s. kepada umatnya adalah dalam bentuk yang lebih luas ajarannya bukan hanya berkaitan dengan soal-soal Takwini dan Thabi'e seperti makan-minum, nikah kahwin dan sebagainya sahaja. Malah ia mencakupi bidang syaraat, undang-undang, masyarakat dan sebagainya. Adapun wahyu yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Nuh, ia hanyalah berkenaan dengan cara bercucuk tanam, penyediaan makanan, perkahwinan  dan sekitar bimbingan asas untuk meneruskan kitaran kehidupan dan penghidupan manusia semata-mata. Wahyu yang diturunkan kepada mereka selaku bangsa manusia yang mula-mula menghuni bumi ini setelah turun daripada syurga hanyalah berkaitan dengan perkara-perkara tersebut, iaitu bimbingan ke arah pengembangan populasi manusia dan cara untuk meneruskan survival kehidupan mereka. Rasul pertama yang membawa risalah penjana sifat-sifat dan akhlak-akhlak mulia sebagai suatu unsur atau materi untuk meneraju sesebuah tamaddun yang terbilang adalah Nabi Nuh a.s. Oleh sebab itulah Allah menyifatkan wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah wahyu yang sama dengan wahyu yang pernah diterima Nabi Nuh a.s. Ia lengkap dan ajarannya pula menyeluruh, bukan seperti wahyu yang diturunkan kepada Nabi Adam a.s. dan nabi-nabi lain sebelum Nabi Nuh. Justeru tahap pemikiran dan perkembangan ilmu manusia pada peringkat tersebut bolehlah diibaratkan seperti masih berada di peringkat bayi atau kanak-kanak. Kemudian setelah zaman beredar seiring dengan bimbingan wahyu dan perkembangan ilmu, perkembangan paradigma manusia mula meningkat ke suatu tahap yang boleh diibaratkan sebagai baru memasuki alam remaja. Di peringkat itu sudah tentulah tidak wajar mereka dibebani dengan hukum-hukum syari'at dan peraturan-peraturan hidup yang kompleks. Setelah manusia maju beberapa tapak ke hadapan dan mereka telah benar-benar bersedia untuk menerima petunjuk-petunjuk agama, hasil perkembangan wahyu semenjak daripada zaman datuk mereka Adam a.s. sehingga ke zaman Nabi Nuh a.s. pada ketika itulah wahyu mula memperkenalkan syari'at yang mencakupi semua bidang kehidupan sebagai pedoman untuk mereka dalam mempertingkatkan perhambaan kepada Tuhan. Pemikiran manusia yang hidup di zaman Nabi Nuh a.s. sudah berada pada tahap yang lebih matang dan bolehlah diibaratkan sebagai manusia yang berada pada usia baligh. Akhirnya apabila perjalanan kehidupan manusia sampai ke zaman Nabi Muhammad s.a.w. tahap minda dan spiritual manusia betul-betul telah berada di kemuncak kematangan. Seiring dengan itulah wahyu yang diturunkan kepada mereka merupakan wahyu yang paling lengkap dan istimewa sejajar dengan usia manusia pada ketika itu yang boleh diibaratkan sebagai manusia dewasa yang bukan setakat hanya ingin menjadi penerima malah mereka juga ingin menjadi penyumbang kepada tamaddun kemanusiaan. Kemajuan akal dan sumbangan-sumbangan manusia pada masa tersebut telah mencapai ke suatu peringkat Yang amat mengkagumkan. Lalu berdasarkan realiti tersebutlah Imam Bukhari telah membuat tajuknya dengan permulaan wahyu yang mengisyaratkan seolah-olahnya yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a,w adalah wahyu (versi baharu) yang baru turun bukannya merujuk kepada peristiwa mula-mula Nabi mendapat wahyu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan