Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 017)
_____
kebajikan dilakukan dengan niat yang terpesong, umpamanya untuk menunjuk-nunjuk, maka ia tidak akan menghasilkan sebarang pahala malah Iebih malang lagi amalan seperti itu mendatangkan dosa pula. Berbeza dengan amalan-amalan atau perkara-perkara mubaahaat (harus) seperti makan, minum dan sebagainya yang tetap akan menjadi walaupun tanpa ada sebarang niat. Begitu pun jika ia disertakan dengan niat yang baik tetap juga akan menghasilkan pahala. Oleh sebab itulah Imam Syafie berkata: إن هذا الحديث يدخل فسه نصف العلم Bermaksud: "Separuh pengetahuan agama Islam berada di dalam hadits ini." Menurut pandangan ulama yang lain pula hadits ini merupakan salah satu tonggak dan asas yang penting dalam agama Islam. Antara hadits yang merupakan tongak dan asas yang penting dalam agama Islam selain hadits niat ini ialah tiga hadits berikut: مِنٌ حُسْنِ إِسْلامِءِ تَرْكَهُ مَا لَا يَعْنِه Bermaksud: "Antara tanda keelokan Islam seseorang ialah dia meninggalkan apa yang tidak berguna dan tidak berfaedah kepedanya: الْحَلُ بَيْنٌ وَالْحَرَامُ بَيْنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشْبَّهَاتٌ Bermaksud: "Yang halal adalah jelas dan yang haram juga jelas.Di antara keduanya ada banyak perkara yang tidak yang tidak jelas. مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
Bermaksud: "Sesiapa yang mengada-ngadakan sesuatu perkara baharu dalam urusan ugama kita ini iaitu sesuatu yang tidak berpunca darinya, ia adalah tertolak." Melihat kepada pentingnya hadits niat itulah Imam Abdur Rahman bin Mahdi pernah berkata:من أراد أن يصنف كتابا فليبتدئ بهذا الحديث Bermaksud: "Sesiapa yang hendak menulis buku dia hendaklah memulakannya dengan hadits ini." Di bawah beberapa bab yang lain Imam Bukhari juga ada mengemukakan hadits ini tetapi dengan sedikit perbezaan iaitu dengan sighah Mufrad pada lafaz niat iaitu بِالنِّيَّة bukan بِالنِّيَّاتِ. Bereni segala amalan dikira berdasarkan (satu) niat (sahaja). Hadits tersebut juga benar. Kedua-duanya dapat diterima sebagai sabda Rasulullah s.a.w. Para ulama' telah memberi pendapat masing-masing tentang rahsia perbezaan di antara dua lafaz itu. Antara pendapat yang patut dikemukakan ialah: (1) Oleh kerana sesuatu amalan yang dikerjakan seseorang melibatkan banyak anggota, kerana itulah Rasulullah s.a.w. menggunakan perkataan الأعمال dengan sighah jama. بِالنِّيَّة pula digunakan dalam bentuk mufrad, memandangkan ia terbit dari hati. Dan hati setiap orang manusia hanya satu sahaja. (2) Amalan seseorang pada asalnya hanya satu sahaja. Ia menjadi banyak apabila ditinjau dari sudut kontekstualnya. Seseorang yang pergi ke masjid dengan niat hendak mengerjakan sernbahyang secara berjemaah, sebenarnya hanya melakukan satu saja amalan. Tetapi oleh kerana ia bersama beberapa niat, misalnya untuk berzikir, bertilawah, berdoa, menunggu sa'at sembahyang berjemaâah, bersua muka dengan saudara seagama, belajar atau mengajar dan lain-lain di masjid, dari sudut itu memang banyaklah amalannya. Kerana itulah Nabi s.a.w. bersabda الأعمال dengan sighah jama bukan العمل dengan sighah mufrad, Beliau s.a.w. bersabda بِالنِّيَّة dengan sighah mufrad bukan بِالنِّيَّاتِ dengan sighah jamak pula ialah kerana mengambil kira niat pada hakikatnya mengandung erti ikhlas kerana Allah. Ikhlas kerana Allah itu pula mengandung erti satu, bukan banyak. Manakala hadits yang menggunakan lafaz niat dengan Sighah Jama pula bermaksud: (1) Spesifikasi setiap amalan haruslah dipadankan dengan niatnya masing-masing. Contohnya sembahyang fardhu haruslah diniatkan dengan sembahyang fardhu, sementara puasa sunat haruslah diniatkan dengan puasa sunat. Kerana mengikut niat masing-masinglah sesuatu amalan itu diterima dan pahala ditentukan. (2) Boleh jadi juga ia bermaksud setiap amalan kadang-kadang membuahkan pelbagai niat yang lain. Contohnya ialah perkahwinan. Seseorang yang mendirikan rumahtangga akan mendapat pahala menghidupkan satu sunnah Nabi. Tetapi hasil daripada perkahwinan tersebut dia juga akan dianugerahkan Allah s.w.t. dengan anak-anak lalu dia berniat untuk
17
Tiada ulasan:
Catat Ulasan