Khamis, Ogos 05, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 28(93)nota 16(443)

Daurah tafsir 2019 sesi 28(93)nota 16(443)

Zaman Diturunkan
Surah ad-Dhuha diturunkan di peringkat permulaan kehidupan Rasulullah di Mekah di antara tahun 1 hingga tahun 3 Kenabian, ketika seruan Islam disebarkan secara rahsia dan sulit. Ia diturunkan selepas berlaku فَترَةُ الوِحي  iaitu pemberhentian wahyu untuk sementara waktu kepada Rasulullah, tempoh berhentinya wahyu sampai kepada Rasulullah s.a.w. hanya sekitar 15 hingga 20hari sahaja, dalam masa itu Rasulullah s.a.w. kelihatan sedih dan akhirnya Jibril datang menenangkan Baginda dengan katanya:"Engkau adalah rasul yang sebenar". 
Sahih al-Bukhari, Kitab at-Ta'bir, Bab 1, hadits 6,581.

Ciri Khusus Surah Ad-Dhuha
Surah ini dapat memberikan ketenangan kepada orang-orang yang menghadapi kesukaran dan keadaan
hidup yang mencabar apabila ia merenungi kandungannya dan menghayatinya.

Perkaitan Surah Ad-Dhuha Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1.Di dalam Surah al-Lail sebelum ini diberikan berita gembira kepada orang-orang yang mengharapkan
keredhaan Allah dan orang-orang beriman yang pemurah. Di akhir Surah al-Lail itu tersebut firman Allah وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ  di dalam Surah ad-Dhuha ini pula diberi berita gembira bahawa tidak lama lagi Allah akan menggembirakan dan memuaskan hatimu وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

Al-Layl 92:21وَلَسَوْفَ يَرْضَىٰ 
Dan niscaya kelak dia akan mendapat kesenangan (yang sempurna).

Ad-Dhuhaa 93:5 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Dan sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas.


2. Surah al-Insyirah selepas ini mempunyai perkaitan rapat dengan Surah ad-Dhuha, mesej utamanya
juga lebih kurang sama.

443

Tiada ulasan:

Catat Ulasan