Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 018)
____
zuriatnya itu supaya apabila besar kelak dapat berkhidmat kepada masyarakat dan berjuang di jalan Allah. Erti niat dan perbedaannya dengan iradat. Dari segi bahasa Arab niat bererti tujuan, maksud, kehendak dan sebagainya. Menurut Syara pula niat توجه القلب تحو الفعل ابتغاء لوجه الله تهالى
(Tumpuan hati terhadap sesuatu perbuatan yang dilakukan, semata-mata kerana Allah). Perkataan niat di dalam hadits di atas dipakai dengan erti bahasanya. Sebabnya ialah pembahagian dan perincian ttg hijrah kerana Allah atau kerana selainNya yang tersebut di akhir hadits itu jelas menunjukkan ia tidak dipakai dengan makna syar'inya. Malah ia dipakai dengan maha lughawinya yang mengandungi erti hijrah dengan maksud dan tujuan mendapat keredhaan Allah atau dengan maksud dan tujuan untuk mendapat sesuatu yang lain selain keredhaan Allah. Perbezaan di antara amal dan fi'il (perbuatan). Soal kenapa Rasulullah s-a.w. bersabda: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ,
bukan إِنَّمَا اْلأَفْعَالُ بِالنِّيَّاتِ pula beberapa jawapan telah diberikan oleh para 'ulama hadits. Antara lainnya ialah:
(1) Perkataan mengandungi erti perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan secara berkekalan dan berterusan. Berbeza dengan perkataan فعل kerana ia tidak menunjukkan makna berkekalan dan berterusan. Mengisyaratkan kepada amalan ibadat, qurbah dan mubaah dilakukan seseorang secara berterusan dan berkekalan dan ugama juga menuntut ia dilakukan secara berterusan dan berkekalan, Nabi s.a.w. telah menggunakan perkataan bukan perkataan di dalam sabdanya ini. Kerana itulah juga Allah berfirman:واعملوا صالحا bukan وعموا الصالحات. وافعلواحا bukan وفعلوا الحات. Justeru amal saleh itu dituntut dilakukan secara berkekalan dan berterusan.
(2) Amal dikatakan kepada perbuatan orang mukallaf. Fi' il digunakan umum untuk semua orang. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. menujukan sabdanya ini kepada golongan mukallaf, beliau s.a.w. menggunakan perkataanالْأَعْمِال
(3) Perkataan amal digunakan khusus untuk orang-orang yang beraqal. Perkataan fl'il tidak begitu. la dgunakan untuk yang beraqal dan juga yang tidak ber'aqal. Itulah sebabnya kenapa orang-orang 'Arab tidak berkata عمل البهانم untuk binatang. Mereka sebaliknya berkata فعل البهائم. Oleh kerana Rasulullah s.a.w. bemaksud menyatakan hukum amalan atau perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang yang ber'aqal, Baginda s.a.w. menggunakan di sini perkataanاْلأَعْمَالُ. Tujuan disyari'atkan niat dalam ibadat ialah untuk menyatakan perbezaan di antara amal (pekerjaan) ibadat dengan amal (pekerjaan) 'adat (kebiasaan) atau di antara jenis ibadat itu sendiri. Sebagai contohnya: Duduk di dalam masjid kerana beri'tikaf dan duduk berehat di dalamnya, sama saja zahirnya. Mandi untuk mengangkat hadats besar dan mandi untuk mendapat kesegaran, sama juga zahirnya. Yang membezakan kedua-duanya adalah niat. Sembahyang, puasa dan sedekah wajib (zakat) sama keadaannya dengan sembahyang, puasa dan sedekah sunat. Semuanya dinamakan ibadat. Tetapi yang dapat membezakan di antara jenis dan martabatnya ialah niat atau maksud orang yang melakukannya. Sementara itu ada pula perbuatan atau amalan yang asalnya bukan merupakan ibadat, kerana ia dilakukan atas dorongan naluri seseorang manusia. Seperti makan, minum. tidur. bersetubuh dan sebagainya. Tetapi ia boleh bertukar menjadi ibadat umum yang mendatangkan pahala sekiranya ia dilakukan dengan niat untuk menegakkan tuntutan agama.
⁵ Ini adalah bahagian kedua hadits niat. Seimbas lalu ia tidak lebih daripada pengulangan semula bahagian pertama hadits. Apakah ada sebenarnya perbezaan di antara bahagian pertama dan bahagian keduanya? Berikut dikemukakan beberapa pandangan 'ulama hadits tentang perhubungan di antara dua bahagian hadits tersebut. (1) Imam Qurthubi berpendapat bahagian kedua tidak lebih daripada penguat (تاكيد) kepada bahagian pertama hadits. Oleh kerana niat adalah sesuatu yang sangat penting dan ia merupakan penentu kepada sah atau tidaknya sesuatu
18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan