Jumaat, Ogos 06, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 019)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 019)

____
amalan manusia, Rasulullah s.a.w, tidak bersabda:إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ semata-mata, malah untuk menguatkannya Baginda menegaskan pula dengan bahagian kedua hadits dalam susunan ayat dan gaya bahasa yang Iain, iaitu وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. Sedangkan kedua-duanya menyatakan perkara yang sama. Kalau mafhum bahagian pertama hadits ialah amalan seseorang baru diterima Allah apabila niat pelakunya betul. Tetapi amalannya tidak akan diterima kalau niatnya tidak betul. Maka mafhum bahagian kedua hadits pula ialah kalau niat seseorang betul. ia akan menjadi penyebab kepada balasan baik yang akan diterimanya untuk amalannya itu. Sebaliknya kalau niat seseorang tidak betul ia akan menjadi penyebab kepada balasan buruk yang akan diterimanya kerana amalannya itu. Jadi dua bahagian hadits itu bunyinya sahaja Iain. padahal kedua-duanya menyatakan perkara yang sarna. 
(2) Ada juga ulama' berpendapat bahagian kedua hadits bukan penguat kepada bahagian pertamanya. Bahkan bahagian kedua itu merupakan bahagian yang berasingan. Dengan kata Iain, ia merupakan ta'sis bukan ta'kid. Bagi mereka bahagian pertama hadits berbicara tentang pergantungan amalan seseorang kepada niat dalam menentukan sah atau tidak dan berpahala atau tidaknya amalan yang dlakukannya. Bahagian kedua pula menyatakan keadaan pelaku. Dia akan mendapat balasan sesuai dengan niat yang dipasangnya. 
(3) Imam Nawawi berpendapat, bahagian pertama hadits menyentuh soal perhubungan di antara niat dan amalan seseorang. Memang ada kaitan diantara amalan dan niat seseorang. Baik buruknya sesuatu amalan manusia itu bergantung pada niatnya. Bahagian kedua hadits pula menunjukkan penentuan apa yang diniat (المنوي) sebagai syarat untuk sahnya sesuatu amalan. Sebagai contohnya, orang yang perlu mengqadha sembahyang Zuhur dan 'Asharnya. Jika dia berniat mengerjakan sembahyang semata-mata untuk sembahyang Zuhurnya, sembahyangnya itu tidak sah. Demikian juga dengan sembahyang 'Asharnya. la tidak tertunai dengan semata-mata mengerjakan sembahyang sebanyak empat raka'at. Untuk sah sembahyang Zuhurnya, dia perlu menentukan sembahyang yang hendak dikerjakannya itu ialah sembahyang Zuhur, bukan 'Ashar. Dan untuk sah sembahyang 'Asharnya. dia perlulah menentukan sembahyang sebanyak empat raka'at yang hendak dierjakannya itu ialah sembahyang 'Ashar, bukan Zuhur atau Isyaa'. Bahagian kedua hadits seolah-olahnya menjelaskan bahawa amalan seseorang tidak akan dikira tanpa ada penentuan tentangnya.
(4) Ibnu as-Sam'aani berpendapat, bahagian pertama hadits menyentuh soal perhubungan di antara niat dan amalan seseorang. Memang ada kaitan diantara amalan dan niat seseorang seperti kata Nawawi itu. Tetapi bahagian keduanya menyentuh tentang mubaahaat (amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang diharuskan) yang tidak termasuk dalam bab ibadat. Seperti makan, minum. tidur dan sebagainya. Amalan-amalan ini tidak mendatangkan pahala tanpa niat. Untuk mendapat pahala seseorang perlu berniat baik apabila hendak melakukannya. Misalnya berniat untuk mendapatkan tenaga ketika hendak makan. Apabila bertenaga, dia hendak melakukan ketaatan kepada Allah. Tanpa ada niat seperti itu, semata-mata melakukan perbuatan-perbuatan yang diharuskan tidaklah mendatangkan apa-apa pahala kepada pelakunya. 
(5) Ibnu Daqiq al-lid berpendapat seperti Nawawi dan Ibnu asSam'aani juga berhubung dengan bahagian pertama hadits. Tetapi bahagian kedua hadits baginya menunjukkan ganjaran dan pahala baru diperolehi seseorang apabila dia berniat ketika hendak melakukannya di samping menjaga juga syarat-syaratnya. Kalau syarat-syaratnya sahaja dijaga, niat tidak ada, tetap juga tidak akan mendatangkan pahala. Pahala baru diperolehi seseorang apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan niat. Pahala juga baru akan diperolehi seseorang apabila dia berniat dengan bersungguh-sungguh hendak mengerjakan sesuatu

19


Tiada ulasan:

Catat Ulasan