Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 020)
_____
pekerjaan, tetapi kerana keuzuran yang diterima Syara' dia tidak dapat melakukannya. (6) Ada juga ulamak berpendapat, bahagian kedua hadits mengisyaratkan kepada terlarangnya niat untuk orang Iain (النياية النية) dalam melakukan sesuatu amalan, tanpa sebarang alasan yang dibenarkan Syarak. Misalnya bersembahyang dengan niat melepaskan tanggungan sembahyang orang Iain atau bersembahyang dengan meniatkan pahala sembahyangnya untuk orang Iain. Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu 'Abbaas dengan katanya: لا يصلي أحد عن أحد ولا يصوم عن أحد ولكن يطعم عنه Bermaksud: Seseorang tidak boleh bersembahyang untuk orang Iain. Dia juga tidak boleh berpuasa untuk orang Iain. Dia hanya boleh memberi makan (kepada orang-orang miskin) bagi pihak orang Iain (dalam kes meninggalkan puasa) sebanyak satu cupak untuk tiap-tiap hari (yang ditinggalkan puasanya).
(Hadits riwayat an-Nasaa'i di dalam Sunan Kubranya dan at-Thahaawi di dalam Muskilul Aatsaarnya).
(7) Syeikh 'Izzuddin bin 'Abdis Salaam berpendapat, maksud bahagian pertama hadits ini ialah menjawab persoalan tentang amalan manakah yang dambil kira oleh Allah? Sementara maksud bahagian kedua hadits pula ialah menjawab persoalan tentang apakah natijah yang terhasil daripada daripada sesuatu amalan manusia? Jawapan kepada persoalan pertama ialah amalan yang dambil kira oleh Allah ialah yang disertai niat. Oleh kerana sesuatu amalan itu ada kalanya dilakukan dengan niat yang baik dan ada kalanya pula dengan niat yang jahat, maka bahagian kedua hadits menjawab persoalan yang timbul tentangnya. Iaitu sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatnya. Jika niatnya baik, dia mendapat pahala dan keredhaan Allah dan jika niatnya buruk, dia akan mendapat dosa dan kemurkaan Allah.
(8) Sesetengah 'ulama' berpendapat, bahagian pertama hadits ini memang bermaksud menyatakan perhubungan di antara amalan dan niat. Sesuatu amalan itu baru dikira apabila ada niat di sebaliknya. Bahagian keduanya bermaksud menyatakan jumlah pahala yang akan diperolehi seseorang tidak bergantung pada jumlah amalan yang dilakukannya. Walaupun seseorang melakukan hanya satu amalan sahaja, tetapi kalau dia memasang beberapa niat di sebaliknya. dia akan mendapat pahala bagi setiap niat yang dipasangnya. Misalnya seorang yang pergi ke masjid. Jika dia pergi ke masjid dengan niat untuk mengerjakan sembahyang berjemaah semata-mata, dia hanya akan mendapat satu pahala sahaja, iaitu pahala pergi ke masjid untuk bersembahyang dengan berjema'ah. Tetapi kalau di samping itu dia juga berniat untuk membaca al-Qur'an, menunggu sembahyang jemaah berikutnya, beri'tikaf, belajar atau mengajar, menjauhkan diri dari ma'shiat dan bertemu mata dengan orang-orang Islam di masjid, niscaya dia akan mendapat pahala bagi setiap amalan yang diniatnya itu.
(9) As-Sindi berpendapat, bahagian pertama hadits merupakan iaitu suatu hakikat yang sudah terbukti kebenarannya serta diterima pula oleh masyarakat dan aqal yang sejahtera. Bahagian kedua hadits pula menyatakan hukum Syarak tentangnya. Seolah-olahnya dikatakan, memang benar masyarakat dan 'aqal menerima bahawa segala amalan tertakluk kepada niat. Semua orang menerimanya. Dengan mengemukakan bahagian kedua hadits, Nabi s.a.w. seolah-olahnya hendak menyokong dan mengesahkan apa yang diterima umutn itu. Cara seperti ini sebenarnya telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam beberapa hadits Iain. Sebagai contohnya. apabila hendak memuji Abu 'Ubaidah bin al-Jarraah, Baginda s.a.w. terlebih dahulu bersabda: Bermaksud: Setiap umtnat ada seomng yang sangat jujur. Selepas itulah baru Baginda s.a.w. bersabda: وأمين هذا الأمة أبو عبيد الجراح Bermaksud: Orang yang sangat jujur di kalangan ummat ini ialah Abu 'Ubaidah bin al-Jarmah. Jadi sabda Rasulullah s.a.w. لكل أمة أمين itu merupakan جملة تجربية عرفية dan وأمين هذه الأمة أبو عبيدة بن الجراح pula adalah جملة شرعية yang
20
Tiada ulasan:
Catat Ulasan