Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 026)
٢ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ هِشَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ يَأْتِيكَ الْوَحْيُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْيَانًا يَأْتِينِي مِثْلَ صَلْصَلَةِ الْجَرَسِ وَهُوَ أَشَدُّهُ عَلَيَّ فَيُفْصَمُ عَنِّي وَقَدْ وَعَيْتُ عَنْهُ مَا قَالَ وَأَحْيَانًا يَتَمَثَّلُ لِي الْمَلَكُ رَجُلًا فَيُكَلِّمُنِي فَأَعِي مَا يَقُولُ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا وَلَقَدْ رَأَيْتُهُ يَنْزِلُ عَلَيْهِ الْوَحْيُ فِي الْيَوْمِ الشَّدِيدِ الْبَرْدِ فَيَفْصِمُ عَنْهُ وَإِنَّ جَبِينَهُ لَيَتَفَصَّدُ عَرَقًا
2 - Abdullah Bin Yusoff (at-Tinniisi al-Mishri m.218H) meriwayatkan kepada kami, katanya⁷ : Malik (bin Anas, Imam Dar al-Hijrah m.179H) meriwayatkan kepada kami,
_______
yang sama mungkin mendatangkan pahala kepada seseorang, mungkin juga mendatangkan dosa kepadanya. Perkara yang membawa hasil yang berbeza kepadanya ialah niat. (12) Keikhlasan adalah syarat yang mesti untuk diterima sesuatu amalan. (5) Kelebihan sahabat kerana mereka dididik oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Jika berlaku kesilapan dalam apa-apa perbuatan dan tindakan mereka, ia terus ditegur oleh Rasulullah s.a,w. sendiri. keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan keterpeliharaan mereka secara umumnya daripada terus hanyut dalam kesalahan. (6) Maksud hadits ini telah difahami dengan baik oleh para sahabat dan mereka telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam mengadaptasinya. Perhatikanlah lembaran sejarah para sahabat, anda pasti akan menemui contoh ketinggian keikhlasan mereka dalam berjuang dengan mempertaruhkan nyawa demi menegakkan agama Islam. Walaupun dalam masa yang sama penglibatan mereka dalam peperangan-peperangan menentang musuh itu turut dijanjikan dengan harta ghanimah (rampasan perang) yang lumayan oleh Allah dan RasulNya. Tetapi semua itu tidak sedikit pun memesongkan mereka daripada keikhlasan dalam menegakkan agama Allah. (13) Hadits inilah yang dijadikan asas dan sandaran oleh para fuqaha' untuk satu qaedah fiqh ciptaan mereka yang berbunyi: الأمور بمقاصدها Bermaksud: "Segala perkara dikira berdasarkan maksud-maksudnya."
⁷Sebagai peringatan, penulis ingin mengulangi sekali lagi apa yang telah dikemukakan di permulaan perbincangan tentang hadits yang pertama dahulu, bahawa serangkai sanad akan anda temui di permulaan setiap hadits kitab musnad (kitab yang memuatkan sanad yang lengkap sebelum sesuatu haditsnya dikemukakan). Sebelum mengungkapkan sesuatu rangkaian sanad. satu perkataan pasti akan disebut pembaca. Perkataan itu ialah وبه Contohnya ialah sebelum membaca atau mengungkapkan sanad hadits kedua di atas iaitu
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
anda semestinya menyebut dahulu perkataan وبه
(wa bihi) itu. Apakah maksud dan fungsi perkataan yang akan sentiasa diulang di setiap permulaan sesebuah sanad di sepanjang kitab itu? Mengikut kaedah penyampaian hadits atau dalam istilahnya dipanggil أداء الحديث, maksud perkataan yang bermakna 'dengannya' di sini ialah (dengan sanad / isnad ini atau dengan sanad / isnadnya). Sementara maksud atau ialah sanad guru perawi bagi sesebuah hadits Yang akan diungkapkan. la bermula daripada guru sampailah kepada Imam hadits bagi sesebuah kitab hadits tanpa
26
Tiada ulasan:
Catat Ulasan