Isnin, Ogos 16, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 028)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 028)

dimnbilnyn Hisyamn (Abu al-Munzir m.145H) bin 'Urwah (bin Az-Zubir (beliau mengambilnya) daripada ayahnya (Urwah) daripada  Aaisyah⁸ Ummil

____________
sesempurna gurunya. Apatah Iagi jika para pelajar dikuasai perasan tidak tergamak atau teragak-agak untuk menegur bacann gurunya. Di samping itu konsentrasi para pelajar tidak akan melencong keluar daripada majlis ilmu tersebut ataupun diselubungi rasa mengantuk sepanjang pembacaan yang dilakukan oleh salah seorang teman mereka. Tumpuan setiap orang daripada mereka juga akan difokuskan sepenuhnya kepada bacaan rakan mereka untuk mengesan sebarang kesilapan. Mereka juga harus bersiap sedia sekiranya ditanya atau diminta komentar oleh guru tentang bacaan rakan mereka itu.  Dalam keadaan guru yang membaca hadits, para pelajar berkemungkinan tidak menyedari atnu tidak dapat mengesan sebarang kesilapan dalam bacaannya. Sebaliknya mereka tentu akan mengonggap apa saja yang dibacakan oleh guru mereka adalah betul dan sempurna kesemuanya. Walau bagaimanapun, jika hujjah kedua-dua belah pihak dipertimbangkan,  masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Umpamanya bacaan yang dilakukan oleh pelajar juga akan ada kekurangannya sekiranya guru mereka sudah tidak mampu untuk memberikan perhatian atau mendengarnya dengan baik sama ada kerana sudah berusia lanjut, mempunyai masalah pendengaran ataupun menghadapi keuzuran-keuzuran yang lain. Maka dengan tiadanya teguran daripada tuan guru, para pelajar akan menganggap bahawa bacaan mereka atau bacaan teman-teman mereka adalah betul, lalu kemudiannya memperturunkan pula bacaan tersebut kepada pelajar-pelajarnya,

⁸ 'Aaishah ialah anak Saiyyidina Abu Bakar as-Shiddiq r.a. Berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. sebelum Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah ketika ber'umur enam tahun. Mulai hidup sebagai suami isteri dengan Rasulullah s.a,w. ketika berumur sembilan tahun. Ketika Baginda s.a.w. wafat, beliau baru berumur lapan belas tahun. Demikianlah pendapat kebanyakan 'ulama'. Bagaimanapun penulis lebih bersetuju dengan pendapat al-'Allamah Maulana Habibur Rahman al-Kandhlawi dan Maulana Hakeem Niyaz Ahmad. Dua orang tokoh hadits dari Pakistan ini telah menulis buku khusus tentang umur 'Aaishah semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Bagi mereka berdua, berdasarkan sekian banyak dalil, pendapat yang diterima kebanyakan ulama' itu sebenarnya akibat daripada suatu kekeliruan. Yang sebetulnya umur 'Aaishah semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ialah enam belas tahun dan beliau mulai hidup sebagai suami isteri dengan Baginda s.a,w. ketika berumur sembilan belas tahun, Ketika Rasulullah s.a.w. wafat umur beliau bukan lapan belas tahun, tetapi dua puluh lapan tahun. Meninggal dunia pada bulan Ramadhan ketika berumur tujuh puluh lima tahun. Upacara sembahyang jenazah Saiyyidatina 'Aaishah r.a. dikepalai Abu Hurairah r.a. Jenazah beliau kemudiannya disemadikan pada waktu malam di perkuburan Baqi' atas wasiat beliau sendiri, Ibu 'Aaishah r.a. bernama Ummu Rumaan Zainab binti 'Aamir r.a.  Saiyyidatina  Aaishah r.a. termasuk salah seorang fuqahaa' sahabah dan beliau juga termasuk dalam enam orang sahabat yang banyak meriwayatkan hadits. (Lima orang lagi sahabat selain beliau yang banyak meriwayatkan hadits ialah Abu Hurairah, 'Abdullah bin 'Umar, 'Abdullah bin 'Abbaas. Jaabir bin 'Abdillah dan Anas bin Malik r.a. Sebanyak dua ribu dua ratus sepuluh hadits (2,210) telah diriwayatkan daripada beliau. Seratus tujuh puluh empat (174) hadits daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Lima puluh empat (54) hadits daripadanya diriwayat oleh Bukhari sahaja tanpa Muslim. Lima puluh lapan (58) hadits daripadanyn pula diriwayatkan oleh Muslim sahaja tanpa Bukhari.

28


Tiada ulasan:

Catat Ulasan