Rabu, Ogos 18, 2021

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 030)

Sahih Al Bukhari (Bahagian 1 030)

____
Bermaksud: Bukanlah (Nabi) Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa (yang sebenar) bagi seseorang leiaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah (pesuruh Allah) dan penyudah sekalian nabi. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mengetahui tentang segala sesuatu. (al-Ahzaab:40). 

Ayat ini zahirnya menafikan Rasulullah s.a.w. sebagai bapa orang-orang mu'min. Hadits Abu Hurairah berikut juga dijadikan  dalil oleh golongan ini. Hadits Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِنَّمَا أَنَا لَكُمْ بِمَنْزِلَةِ الْوَالِدِ أُعَلِّمُكُمْ فَإِذَا أَتَى أَحَدُكُمْ الْغَائِطَ فَلَا يَسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ وَلَا يَسْتَدْبِرْهَا وَلَا يَسْتَطِبْ بِيَمِينِهِ
Bermaksud: "Sesungguhnya aku bagi kamu seperti ayah. Aku hendak mengajar kamu. Apabila seseorang daripada kamu pergi ke tempat membuang air, janganlah dia menghadap qiblat dan membelakanginya. Jangan juga dia membersihkan najis menggunakan tangan kanannya." 
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaai, Ibnu Majah, Ibnu Hibbaan dan Abu uAwaanah). 

Namun kebanyakan 'ulama' mengatakan boleh. Ibnu Abbaas, Ubai bin Kaab, Muaawiah dan lain-lain sahabat dilaporkan menyebut وهو أب لهم  sebagai tafsiran, sehabis mereka membaca firman Allah ini: ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ 
Bermaksud: "Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mu'min dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka (al-Ahzaab:6).

Al-Ahzab 33:6
ٱلنَّبِىُّ أَوْلَىٰ بِٱلْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْۖ وَأَزْوَٰجُهُۥٓ أُمَّهَٰتُهُمْۗ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَىٰ بِبَعْضٍ فِى كِتَٰبِ ٱللَّهِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُهَٰجِرِينَ إِلَّآ أَن تَفْعَلُوٓا۟ إِلَىٰٓ أَوْلِيَآئِكُم مَّعْرُوفًاۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِى ٱلْكِتَٰبِ مَسْطُورًا 
Nabi itu lebih utama bagi orang-orang mukmin dibandingkan diri mereka sendiri dan istri-istrinya adalah ibu-ibu mereka. Orang-orang yang mempunyai hubungan darah satu sama lain lebih berhak (waris-mewarisi) di dalam Kitab Allah daripada orang-orang mukmin dan orang-orang Muhajirin, kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada saudara-saudaramu (seagama). Demikianlah telah tertulis dalam Kitab (Allah).

Berhubung dengan ayat Surah alAhzaab tadi yang zahirnya menafikan Rasulullah s.a.w. sebagai bapa orang-orang mu'min, mereka ta'wilkannya dengan bapa sebenar atau bapa darah daging. la tidak menaflkan kebapaan Baginda s.a.w. secara mutlaq. Itulah sebabnya Rasulullah s.a.w. sendiri menyabitkan kebapaannya bagi orang-orang mu'min dari satu sudut yang lain di dalam sabda Baginda tadi. 

¹⁰ Al-Haarits bin Hisyaam r.a. ialah sepupu kepada Khalid bin al-Walid dan saudara kandung Abu Jahal. Dalam peperangan Badar beliau berperang di pihak orang-orang kafir, kerana pada ketika itu beliau belum lagi memeluk agama Islam. Selepas Fathi Makkah (pembukaan Mekah), AlHaarits bin Hisyaam memeluk agama Islam. Beliau telah menjalani kehidupan sebagai seorang Islam dengan baik. Dalam perstiwa perang Hunain, Nabi s.a.w. mengurniakan seratus ekor unta kepadanya. Al-Haarits bin Hisyaam r.a. telah mati syahid dalam peperangan Yarmuk pada tahun 15H yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyyidina Umar.

¹¹ Adakah hadits ini termasuk dalam masaanid (hadits-hadits yang diriwayatkan dengan isnad yang lengkap daripada) Aaishah atau masaanid (hadits-hadits yang diriwayatkan dengan isnad yang lengkap daripada) al-Haarits bin Hisyaalll? Ada dua pendapat ulama' tentangnya. 
(1) 'Aaishah juga ada bersama, ketika al-Haarits bin Hisyaam bertanya Rasulullah s.a.w, Beliau telah mendengar sendiri jawapan Baginda s.a.w. yang diberikan kepada al-Haarits itu. Makanya riwayat ini akan dibilang sebagai masaanid 'Aaishah. Inilah pendapat pengarang-pengarang
kitab-kitab Athraaf. 
(2) 'Aaishah tidak ada bersama ketika al-Haarits bin Hisyaam bertanya Rasulullah s.a.w. Beliau mendapat hadits ini melalui al-Haarits. Dengan itu hadits ini harus dibilang sebagai Inasaanid al-Haarits bin Hisyaam. Dalam keadaan ini riwayat Aaishah merupakan mursal sahabi. Menurut jumhur 'ulama'. mursal seperti ini dianggap sebagai hadits maushul (bersambung sanadnya) juga. Antara bukti yang tnenyokong pendapat kedua ini ialah adanya riwayat di dalatn Musnad Alunad, Mu'jam al-Baghawi dan lain-lain daripada bin Saleh. Di dalam isnad itu tersebut dengan jelas Saiyyidatina 'Aaishah telah meriwayatkan hadits ini daripada al-Haarits bin Hisya(llli, Walaupun Aamir bin Saleh seorang perawi yang lemah, Hafiz Ibnu Hajar berkata, beliau mempunyai mutaabi'. Biar apa pun. hadits ini telah masyhur sebagai masaanid 'Aaishah r.a. Pertanyaan al-Haarits bin Hisyaam r.a. ini bukan kerana beliau tidak yakin atau syak tentang kedatangan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. Pertanyaan itu

30

Tiada ulasan:

Catat Ulasan