Daurah tafsir 2019 sesi 29(098)nota 16(454-455)s
098.Surah Al Bayinah.
Tertib surah 98
Bilangan ayat 8
Bilangan rukuk 1
Surah Maddaniyah
Tertib turun 100
Bilangan paragraf 5
Paragraf 1ayat 1-3 Kedatangan bayinah بَيِنَه untuk menyempurnakan hujjah adalah sesuatu yg perlu.
Paragraf 2 ayat 4 Asas perselisihan ahli kitab bukanlah kerana salah faham.
Paragraf 3 ayat 5 Ahli kitab juga diseru supaya menerima aqidah tauhid yang murni
Paragraf 4 ayat 6-7 Hanya rasul terakhir dan kitab terakhir sahaja petunjuk untuk keselamatan manusia.
Paragraf 5 ayat 8 Orang-orang yang takut kepada tuhan sahaja yang akan mendapat kebahagiaan iman.
Mesej utama
Setelah kebangkitan Nabi Muhamad saw dan turunnya alquran, hujjah Allah telah sempurna bukan sahaja untuk Bani Israel dan Bani Ismail tetapi untuk penduduk seluruh dunia.
Sekarang terpulang kepada mereka samada untuk menjadi ahli syurga atau ahli neraka.
Zaman Diturunkan
Surah al-Bayyinah adalah salah satu daripada 2 surah terakhir diturunkan kepada Rasulullah sebelum kewafatan Baginda di Madinah, selepas surah ini hanya Surah an-Nasr dan beberapa ayat yang lain sahaja diturunkan. Surah ini di agak telah turun pada akhir tahun ke-10 Hijrah.
Perkaitan Surah Al-Bayyinah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah al-Qadr sebelum ini menyebutkan tentang malam mula-mula wahyu diturunkan, Surah al-Bayyinah ini pula menyatakan tujuan kitab suci terakhir diturunkan kepada Rasul terakhir; Muhammad s.a.w., bahawa dengan penurunannya sempurnalah hujjah Allah kepada manusia di dunia melalui 2 saluran keturunan Nabi Ibrahim a.s., Bani Israil (Ahli Kitab) dan Bani Isma'il (orang-orang musyrikin
Mekah). Mereka boleh menjadi خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ (sebaik-baik makhluk dan ahli syurga) dengan menerima Islam,
dengan menolak Islam pula mereka boleh menjadi شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ (seburuk-buruk rnakhluk dan ahli neraka).
Al-Bayyinah 98:6
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ وَٱلْمُشْرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَٰلِدِينَ فِيهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمْ شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ
Sungguh, orang-orang yang kafir dari golongan Ahli Kitab dan orang-orang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahanam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk.
Al-Bayyinah 98:7
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمْ خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ
Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk.
2. Di dalam Surah az-Zilzaal selepas ini, untuk menyempurnakan hujjah di pihak Allah pada hari kiamat
nanti, setiap manusia akan ditunjukkan hasil amalan baik dan buruknya.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Yang dimaksudkan dengan al-Bayyinah ialah Rasulullah s.a.w. sendiri yang menyeru orang ramai kepada ajaran al-Qur' an.
2.Kalimah صُحُفًا مُّطَهَّرَةً , yang dimaksudkan dengan, صُحُفً al-Qur'an.
3. Orang-orang yang beriman kepada kitab al-Qur'an yang merupakan kitab suci terakhir dan beramal shaleh adalah خَيْرُ ٱلْبَرِيَّةِ
4. Orang-orang yang menolak dan tidak mempercayai kitab suci terakhir yang dibawa oleh Muhammad; Rasul terakhir adalah شَرُّ ٱلْبَرِيَّةِ
5. Orang-orang musyrikin Mekah (Bani Isma'il) dan Ahli Kitab (Bani Israil) daripada 2 cabang anak cucu Nabi Ibrahim tidak dapat tidak mesti menerima kitab suci terakhir dan rasul terakhir dengan beriman kepadanya dan beramal shaleh.
6. Melalui firman Allah ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُۥ dinyatakan hanya خَشِية (orang-orang yang takut kepada tuhan) dari kalangan Bani Isma'il atau Bani Israil sahaj a yang akan bertuah dan masuk syurga kerana percaya akan kitab suci terakhir dan rasul terakhir.
Al-Bayyinah 98:2
رَسُولٌ مِّنَ ٱللَّهِ يَتْلُوا۟ صُحُفًا مُّطَهَّرَةً
(yaitu) seorang Rasul dari Allah (Muhammad) yang membacakan lembaran-lembaran yang suci (Al-Qur'an),
Al-Bayyinah 98:8
جَزَآؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّٰتُ عَدْنٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًاۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِىَ رَبَّهُۥ
Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga ’Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun ridha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.
455
Tiada ulasan:
Catat Ulasan