Isnin, April 11, 2022

Kitab ilal 01-15sssP01 2

Kitab ilal 01-15sssP01 2

Bermaksud: Abu Hafsh 'Umar bin Thabarzad al-Baghdadi ¹ meriwayatkan, katanya: al-Karukhi² meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Qadhi Abu 'Aamir al-Azdi,³ Syeikh al-Ghuraji⁴ dan Abul Muzhaffar ad-Dahhaan⁵ meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Abu Muhammad al-Jarraahi⁶ meriwayatkan kepada kami, katanya: Abul 'Abbaas al-Mahbubi⁷ meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu 'Isa at-Tirmidzi⁸ meriwayatkan kepada kami:
Kata beliau (Imam Abu 'Isa at-Tirmidzi): "Semua hadits yang terdapat di dalam Kitab ini (Sunan at-Timidzi) dipakai orang. Ada saja ahli ilmu (imam mujtahid) yang mengamalkannya, kecuali dua hadits. (Pertamanya) Hadits Ibnu Abbaas, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah menjama'kan shalat Zohor dan 'Ashar di Madinah, demikian juga Maghrib dan lsyaa' dalam keadaan tiada ketakutan, tidak bermusafir dan tidak juga hujan. (Keduanya) Hadits Nabi s.a.w bahawa Baginda bersabda: "Jika seseorang minum arak, sebatlah dia. Jika dia mengulangi meminum arak buat kali ke-empat, maka bunuhlah dia.”⁹ Kami telah terangkan 'illat ¹⁰ kedua-dua hadits itu di dalam Kitab as-Sunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan