Kitab ilal 01-15sssP01 3
¹ Beliau ialah Abu Hafsh 'Umar bin Muhammad bin Thabarzad al.Baghdadi r.a. (561-608H).
² Nama dan nasab al-Karukhi sepenuhnya ialah 'Abdul Malik bin 'Abdillah Abu Hafsh alKarukhi al-Hirawi r,a. (462-548H).
³ Beliau ialah Abu 'Aamir Mahmud bin al-Qasim al-Azdi al-Muhallabi asy-Syafi'e r.a (400-487H)
⁴Nama dan nasab al-Ghuraji selengkapnya ialah Abu Bakar Ahmad bin 'Abdis Shamad al-Ghuraji r.a, (m.481)
⁵ Beliau ialah Abul Muzhamar 'Ubaidullah bin 'Ali ad-Dahhaan r.a.
⁶ Nama dan nasab serta nisbah Abu Muhammad al-Jamaahi selengkapnya iatah Abu Muhammad Ábdul Jabbaar al-Jarraahi al-Marzubaani al-Marwazi ra. (m331-461H).
⁷Beliau ialah Abul Abbas Muhammad bin Ahmad bin Mahbub al-Marwazi al-Mahbubi r.a. (m.346H),
⁸ Nama dan nasab Abu (Imam at-Tirmidzi) selengkapnya ialah Abu lsa Muhammad bin 'Isa bin Musa bin Saurah at-Tirmidzi r.a. (209-279H). Beliaulah pengarang Kitab al.' llat íni.
⁹ Menurut Imam Tirmidzi, hadits-hadits yang tersebut di dalam Sunan atau Jaami'nya tidak ada yang ditolak oleh semua ahli fiqh. Pasti ada faqih yang menerima pakainya, kecuali dua hadits sahaja, iaitu:
(a) Hadits tentang menjama'kan dua sembahyang tanpa sebarang keuzuran. Hadits itu dikemukakan oleh Tirmidzi di bawah ini: باب ما جاء في الجمع بين الصلوتين
Lihat haditsnya dibawah ini
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَبَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ مِنْ غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ قَالَ فَقِيلَ لِابْنِ عَبَّاسٍ مَا أَرَادَ بِذَلِكَ قَالَ أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أُمَّتَهُ
Maksudnya: Kata Ibnu 'Abbaas: "Rasulullah s.a.w. telah menjama'kan sembahyang Zohor dan Ashar dan juga sembahyang Maghrib dan 'Isyaa' di Madinah dalam keadaan tidak ada sebarang ketakutan dan hujan.” Kata perawi, maka ada orang bertanya Ibnu 'Abbaas, kenapa Baginda s.a.w. berbuat begitu? Jawab Ibnu 'Abbaas: Baginda s.a.w. berbuat begitu supaya tidak menyusahkan umatnya. (Jaamiâ Tirmidzi j.l m/s 3 14),
(b) Hadits tentang hukum bunuh terhadap peminum arak.
Hadits ini tersebut dibawah باب ما جاء من شرب الخمر فاجلدوه فإن عاد في الرابعة فاقتلوه
Lihat haditsnya dibawah ini:
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya: Rasulullah s.a,w. bersabda: Sebatlah orang yang minum arak. Jika dia mengulangi lagi meminumnya buat kali keempat, bunuhlah dia.
(Jaami' Tirmidzi j.5 m/s 355).
Menurut Tirmidzi daripada sekian banyak hadits-hadits yang dikemukakan oleh beliau di dalam Kitab Sunannya hanya dua hadits iłu sahaja yang tidak diterima pakai oleh mana-mana fuqahas atau mana-mana imam mujtahid, Ulama'-ulama' Hanafiyyah tidak bersetuju dengan
kenyataan Imam Tirmidzi itu. Bagi mereka, kedua hadits berkenaan juga dipakai oleh fuqaha' Hanafiyyah. Dalam fiqh mazhab Hanafi, hadits pertama dipakai sebagai "Jama' Shuri". Hadits kedua pula dipakai sebagai hukum berdasarkan "Siasah dan Ta'zir , bukan berdasarkan hukum had.
Bagi al-lmam al-Hafiz Ibnu Rajab, kata-kata Tirmidzi itu hanya berkenaan dengan hadits-hadits tentang hukum-hakam. Hafiz Ibnu Rajab telah mengemukakan beberapa pandangan 'ulama' tentang kedua-dua hadits itu.
Ada yang berpendapat, kedua-duanya telah dimansukhkan. Ada juga yang berpendapat kedua-duanya masih diamalkan oleh segolongan 'ulama'.
¹⁰ Sebab kenapa kedua-dua hadits itu tidak dipakai orang. Setelah mengemukakan hadits
(a) di bawah باب ما جاءفي الجمع بين الصلوتين Imam Tirmidzi mengomentarinya begini:
وقدروى....الصلاتين.
(وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ قَدْ رُوِيَ عَنْهُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ رَوَاهُ جَابِرُ بْنُ زَيْدٍ وَسَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَقِيقٍ الْعُقَيْلِيُّ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَيْرُ هَذَا
Dalam bab ini juga terdapat hadits dari Abu Hurairah." Abu Isa berkata; "Hadits Ibnu Abbas ini diriwayatkan dari beberapa jalur. Yaitu Jabir bin Zaid dan Sa'id bin Jubair dan Abdullah bin Syaqiq Al 'Uqaili. Juga diriwayatkan selain dari jalur ini; dari Ibnu Abbas, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.")
Bermaksud: Ada juga diriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas selain hadits ini, iaitu:
....Daripada Ibnu 'Abbaas daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: "Sesiapa menjama'kan dua sembahyang (fardhu) tanpa sebarang keuzuran, bererti dia telah memasuki satu pintu daripada pintu-pintu dosa besar."
Kata Abu 'Isa, "Hanasy (yang terdapat di dalam isnad hadits) ini ialah Abu 'Ali ar-Rahabi, iaitu Husain bin Qais. Dia seorang yang dha'if di sisi Ahli Hadits. Ahmad dan lain-lain mendha'ifkannya. Bagaimanapun menurut Ahli ilmu, amalan adalah berdasarkan hadits ini, iaitu tidak boleh dijama'kan dua sembahyang (fardhu) kecuali dalam perjalanan atau ketika di'Arafah.
Sesetengah Ahli ilmu dari kalangan Tabi'in membenarkan (membolehkan) jama' di antara dua sembahyang (fardhu) untuk orang sakit. Itulah pendapat Ahmad dan Ishaq. Sesetengah Ahli ilmu pula berpendapat, boleh dijama' di antara dua sembahyang (fardhu) ketika hujan. Ini adalah pendapat Syaffe, Ahmad dan juga Ishaq. Syafi'e berpendapat orang sakit tidak boleh menjamakan di antara dua sembahyang."
Demikianlah komentar Tirmidzi tentang hadits
(a). Hadits Ibnu 'Abbaas itu kalau dengan lafaz:
أن النبي صلى الله عليه وسلم جمع بين الظهر والعصر بالمدينه.....
maka ia adalah riwayat muttafaq 'alaih tanpa lafaz:
من غير خوف ولا مطر .
Lihat Sahih al-Bukhari dalam al-Mawaaqit j.l m/s 110, dan dalam bab at-Tathawwu' من لم يتوع بعد المكتوبه j.2 m/s 58,
Sahih Muslim j.2 m/s 151-152. Di dalam satu riwayat Muslim terdapat lafaz: من غير خوف ولا سفر .
Demikian juga lafaz hadits Muwatthha'. Lihat al-Muwattha' j.1 m/s 123.
Di dalam riwayat Abu Daud j.2 m/s 6 terdapat lafaz: في غير مطر.
Di dalam riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasaa'i sememangnya hadits Ibnu 'Abbaas itu terdapat dengan lafaz: من غير خوف ولا مطر.
Imam Tirmidzi bagaimanapun tidak menyatakan 'illat yang mencacatkan hadits Ibnu 'Abbaas tersebut. Apa yang dilakukannya hanyalah mengemukakan hadits riwayat Hanasy daripada Ibnu 'Abbaas yang bercanggah dengannya. Kemudian beliau mendha'ifkan hadits Hanasy itu kerana ia diriwayatkan oleh Hanasy yang dianggap dha'if oleh Ahmad dan lain-lain. Sedangkan hadits Hanasy yang dha'if itu tentu sekali tidak dapat mengalahkan hadits sahih daripada Ibnu Abbaas yang diriwayatkan oleh tokoh-tokoh hadits seperti Bukhari, Muslim, Abu Daud,Nasaa'i dan Tirmidzi yang tersebut tadi. Imam Tirmidzi pada zahirnya tidak berhujah melainkan dengan amal salaf dan pendapat para mujtahidin sebelumnya seperti Imam asySyaffe. Ahmad dan Ishaq sahaja, di mana tidak ada di kalangan mereka orang yang berpendapat boleh jama' antara dua shalat tanpa sebarang keuzuran. Itulah sebabnya Imam an-Nawawi di dalam Syarah Muslimnya menulis:
وهذا.....به(ms8)
Bermaksud: "Apa yang dikata oleh Tirmidzi tentang hadits peminum arak (iaitu hadits (b) yang dikemukakan di atas) memang tepat. la adalah hadits mansukh. Ijma' para ulama'
mengatakan ia mansukh. Adapun hadits Ibnu Abbaas maka tidak ada ijma tentang tidak boleh beramal dengannya."
(Lihat an-Nawawi — Syarah Muslimj.5 m/s 218).
Kata-kata Imam at-Tirmidzi di dalam komentarnya terhadap hadits Ibnu 'Abbaas tersebut, bahawa "Menurut Ahli ilmu, amalan adalah berdasarkan hadits ini, iaitu tidak boleh dijamakan dua sembahyang (fardhu) kecuali dalam perjalanan (ketika bermusafir) atau ketika di Arafah (ketika mengerjakan haji)", cukup menimbulkan kemusykilan, kerana bukankah beliau sendiri selepas itu berkata: "Sesetengah Ahli ilmu dari kalangan Tabi'in membenarkan (membolehkan) jama' di antara dua sembahyang (fardhu) untuk orang sakit. Itulah pendapat Ahmad dan Ishaq.
Sesetengah Ahli ilmu pula berpendapat, boleh di antara dua sembahyang (fardhu) ketika hujan. Ini adalah pendapat Syafi'e, Ahmad dan juga Ishaq. Apa ertinya kata beliau "kecuali dalam perjalanan (ketika bermusafir) atau ketika di Arafah (ketika mengerjakan haji)" kalau masih ada lagi yang dikecualikan! laitu ketika sakit atau ketika hujan!! Apakah sakit dan hujan yang membolehkan seseorang menjama' dua shalat fardhu hanya ketika ia sedang bermusafir atau ketika ia berada di 'Arafah sahaja?? Tentu sekali tidak begitu, kerana itu bererti "tahsil al-hasil"(تحصيل الحاصل).
Kenyataan Imam Tirmidzi bahawa hadits-hadits yang dikemukakan oleh beliau di dalam Kitab Sunannya hanya dua hadits itu sahaja yang tidak dipakai oleh mana-mana fuqaha' atau mana-mana imam mujtahid nampaknya tidak disokong dan dipertahankan oleh sebilangan besar ulama' yang datang kemudian. Malah ada di antara mereka mempertikaikannya. Sebagai contohnya Imam an-Nawawi, seperti dikemukakan di atas tadi. Hafiz Ibnu Hajar juga seperti an-Nawawi tidak mempertahankan kenyataan Imam Tirmidzi. Beliau sebaliknya di dalam Fathul Baari menulis begini:
وقد ذهب.....الحديث(ms8)
Bermaksud: Sekumpulan imam berpegang dengan zahir hadits ini. Kerananya mereka mengharuskan jama' ketika berada di tempat sendiri (tidak bermusafir) kerana apa saja hajat (keperluan). Tetapi dengan syarat ia tidak dijadikan sebagai suatu kebiasaan. Antara tokoh yang berpendapat begitu ialah Ibnu Siriru Rabi'ah, Asyhab, Ibnu al-Munzir dan al-Qaffaal al-Kabir. Al.Khatthaabi juga ada menyebutkan sekumpulan Ahlul Hadits yang berpendapat demikian.
Imam Bukhari adalah salah seorang tokoh Ahlul hadits yang berpegang dengan zahir hadits Ibnu 'Abbaas di atas. Pada pandangan penulis, Hafiz Ibnu Hajar sendiri nampak lebih cenderung kepada pendapat ini. Kerana itulah selepas menukilkan pendapat sekumpulan imam yang mengharuskan jama' ketika tidak bermusafir kerana apa saja hajat (keperluan) beliau menukilkan pula beberapa riwayat daripada Ibnu 'Abbaas. sekarang lihatlah riwayat-riwayat itu.
(a) An-Nasaa'i menerusi saluran riwayat Amar bin Harim daripada Abi Asy- Sya'tsaa' meriwayatkan tentang Ibnu 'Abbaas, bahawa beliau pernah bersembahyang zohor dan (sebagai jama') di Bashrah dengan tidak mengerjakan apa-apa sembahyang sunat di antara keduanya. Maghrib dan juga dijama' beliau dengan tidak mengerjakan apa-
apa sembahyang sunat di antara keduanya. Beliau melakukan jama' kerana sesuatu kesibukan yang dialaminya. Kata Ibnu 'Abbaas: "Sesungguhnya beliau (sendiri) pernah mengerjakan sembahyang yang pertama (Zohor) dan 'Ashar bersama Rasulullah s.a.w. di Madinah sebanyak lapan rakaat tanpa mengerjakan apa-apa sembahyang sunat di antara keduanya.
(b) Di dalam satu riwayat Muslim menerusi saluran riwayat 'Abdullah bin Syaqiq tersebut bahawa kesibukan Ibnu 'Abbaas itu adalah berupa ucapan. Beliau telah berucap selepas selesai bersembahyang 'Ashar dan meneruskannya sehingga bintang-bintang kelihatan. Setelah itu barulah beliau menjama'kan sembahyang Maghrib dan 'Isyaa'.
Di dalam hadits ini Ibnu 'Abbaas mengaitkan perbuatannya itu dengan perbuatan Rasulullah s.a.w. (beliau memarfu' kannya).
Abu Hurairah pula apabila ditanya, membenarkannya. Alasan yang disebut Ibnu 'Abbaas bahawa Nabi s.a.w. menjama'kan sembahyang ketika berada di Madinah itu ialah supaya tidak menyusahkan umatnya, jelas menunjukkan Nabi s.a.w. telah melakukan jama' secara mutlaq (merangkumi jama' shuri dan haqiqi).
(c) Riwayat seumpama itu juga ada dinukilkan daripada Ibnu Mas'ud. At-Thabaraani dengan isnadnya meriwayatkan daripada Ibnu Mas' ud bahawa beliau berkata: "Rasulullah s.a.w. pernah menjama'kan Zohor dengan 'Ashar dan Maghrib dengan 'Isyaa'. Maka ada orang bertanya Baginda tentangnya. Jawab Baginda s.a.w.: "Aku lakukan begini supaya tidak menyusahkan umatku." Kata-kata Rasulullah s.a.w. "supaya tidak menyusahkan umatku", melemahkan pendapat orang-orang yang mengatakan jama' yang dilakukan oleh Baginda itu adalah jama' shuri. Kerana ia juga menyusahkan."
Imam asy-Syaukaani berkata: "Dengan adanya tokoh seramai tersebut, tidak dapat lagi kita mengatakan para 'ulama' telah ijma' tentang tidak bolehnya melakukan jama' seperti itu." Ya, memang boleh diterima kalau dikatakan maksud Timidzi dengan kenyataannya itu ialah ijma' para 'ulama' tentang tidak harusnya menjama' dua shalat fardhu dalam keadaan tidak bermusafir tanpa sebarang keuzuran atau hajat, selain ia pula dijadikan kebiasaan.
Tidak adanya seorang pun fuqaha' atau imam mujtahid yang menerima pakai hadits Ibnu 'Abbaas itu sendiri menunjukkan terdapat 'illat di dalamnya. Akan tetapi 'illat di dalamnya baru ada apabila ia dipakai dengan erti Nabi s.a.w. telah menjama' shalat Zohor dan 'Ashar, kemudian Maghrib dan 'Isyaa' ketika tidak bermusafir tanpa sebarang keuzuran atau hajat. Kalau begitu, maka memang benar kata beliau bahawa tidak ada siapa pun dari kalangan fuqaha' atau imam-imam mujtahidin yang menerima pakai hadits Ibnu 'Abbaas tersebut (dengan erti seperti itu).
Dan kalau hadits Ibnu 'Abbaas tersebut dipakai dengan erti seperti itu, maka tidak bererti firman Allah ini:
An-Nisa' 4:103
فَإِذَا قَضَيْتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ قِيَٰمًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْۚ فَإِذَا ٱطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَٰبًا مَّوْقُوتًا
Bermaksud: Apabila kamu telah selesai mengerjakan shalat, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian (berada dalam keadaan aman), maka dirikanlah biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah yang beriman. (an-Nisaa': 103).
Hadits Ibnu 'Abbaas tersebut dengan erti seperti itu selain ber'illat kerana ia bercanggah dengan firman Allah di dalam Surah An-Nisaa' tadi, ia juga bercanggah dengan hadits-hadits Jibril yang turun bersembahyang bersama Nabi saw dalam masa dua hari , semat-mata untuk menunjukan batas-batas waktu solat ferdu lima waktu. Kaklau hadits Ibnu Abbas itu dipakai dengan erti seperti yang disebutkan sebelum ini, niscaya Nabi saw
sendirilah orang yang mula-mula sekali melanggar ketentuan Allah dalam perkara ini. Dan ini adalah suatu yang mustahil.
Walaupun kandungan hadits Ibnu Abbas itulah yang dijadikan alasan amalan sembahyang secara jama' oleh orang- orang Syiah sepanjang masa , baik dalam
keadaan ada keuzuran dan hajat atau tidak. Dan itulah juga pegangan para fuqaha' dan mujtahid Syi'ah, imam Tirmidzi langsung tidak menyebutnya. Beliau sebaliknya tetap berkata tiada siapa pun faqih atau mujtahid mengamalkannya. Ini bererti bagi Tirmidzi khilaf golongan Syiah adalah tidak mu'tabar (tidak diambil kira) di sisi para imam Ahli as-Sunnah.
Adapun Hadits tentang hukum bunuh terhadap peminum arak, maka ia selain diriwayatkan oleh at-Timidzi, diriwayatkan juga oleh tokoh-tokoh hadits seperti Ahmad, Abu Daud, an-Nasaa'i, Ibnu Majah dan lain-lain.
Abu Daud mengemukakannya di dalam bab al-Hudud, j.4 m/s 164-165.
Ahmad mengemukakannya pada beberapa tempat di dalam Musnadnya. Salah satunya ialah hadits bernombor 6197.
An- Nasaa'i mengemukakannya didalam Abwab al-Asyribah, j.8 m/s 313-314.
Ibnu Majah telah mengemukakan nya dibawah باب ما جا من شربِ الخمر مِرِارً m/s 630.
Hadits ini dikemukakan oleh Tirmizi dibawah باب ماء من شرب الخمر فاجلدوه فإن عاد في الرابعة فاقتلوه
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ بَهْدَلَةَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sebatlah orang yang minum arak. Jika dia mengulangi lagi meminumnya buat kali keempat, bunuhlah dia.
(Jaami' Tirmidzi j.5 m/s 355).
Hadits ini secara umumnya boleh dikatakan sahih dan kebanyakan sanadnya adalah sahih. Tetapi sanad di dalam Sunan Tirmidzi ini tidak sahih. Imam Tirmidzi sendiri telah mengomentarinya di dalam Sunan at-Timidzi. Di dalam Kitab al-Hudud beliau telah berkata begini
وإنما.......لدينه
[[قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَالشَّرِيدِ وَشُرَحْبِيلَ بْنِ أَوْسٍ وَجَرِيرٍ وَأَبِي الرَّمَدِ الْبَلَوِيِّ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ مُعَاوِيَةَ هَكَذَا رَوَى الثَّوْرِيُّ أَيْضًا عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَوَى ابْنُ جُرَيْجٍ وَمَعْمَرٌ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَمِعْت مُحَمَّدًا يَقُولُ حَدِيثُ أَبِي صَالِحٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنَّمَا كَانَ هَذَا فِي أَوَّلِ الْأَمْرِ ثُمَّ نُسِخَ بَعْدُ هَكَذَا رَوَى مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فَاجْلِدُوهُ فَإِنْ عَادَ فِي الرَّابِعَةِ فَاقْتُلُوهُ قَالَ ثُمَّ أُتِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ بِرَجُلٍ قَدْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الرَّابِعَةِ فَضَرَبَهُ وَلَمْ يَقْتُلْهُ وَكَذَلِكَ رَوَى الزُّهْرِيُّ عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ ذُؤَيْبٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ هَذَا قَالَ فَرُفِعَ الْقَتْلُ وَكَانَتْ رُخْصَةً وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ عَامَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ لَا نَعْلَمُ بَيْنَهُمْ اخْتِلَافًا فِي ذَلِكَ فِي الْقَدِيمِ وَالْحَدِيثِ وَمِمَّا يُقَوِّي هَذَا مَا رُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَوْجُهٍ كَثِيرَةٍ أَنَّهُ قَالَ لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ
." Ia mengatakan; Dalam hal ini ada hadits serupa dari Abu Hurairah, Asy Syarid, Syurahbil bin Aus, Jarir, Abu Ar Ramad Al Balawi dan Abdullah bin Amr. Abu Isa berkata; Hadits Mu'awiyah adalah seperti ini, Ats Tsauri meriwayatkan juga dari 'Ashim dari Abu Shalih dari Mu'awiyah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Ibnu Juraij dan Ma'mar meriwayatkan dari Suhail bin Abu Shalih dari ayahnya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Ia mengatakan; Aku mendengar Muhammad mengatakan; Hadits Abu Shalih dari Mu'awiyah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dalam hal ini adalah lebih shahih daripada Hadits Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan sesungguhnya hal ini terjadi pada awal perintah kemudian dihapus setelah itu. Demikianlah Muhammad bin Ishaq meriwayatkan dari Muhammad bin Al Munkadir dari Jabir bin Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa yang meminum khamr maka deralah ia, dan jika ia mengulangi keempat kalinya, bunuhlah ia." Ia melanjutkan; Kemudian didatangkan setelah itu kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seseorang yang telah meminum khamr keempat kalinya, namun beliau hanya memukul dan tidak membunuhnya. Dan demikianlah Az Zuhri meriwayatkan dari Qabishah bin Dzu`aib dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seperti hadits ini. Ia melanjutkan; Maka dihapuslah pembunuhan sebagai keringanan. Hadits ini menjadi pedoman amal menurut mayoritas ulama, tidak kami ketahui ada perselisihan di antara mereka dari banyak sisi karena beliau pernah bersabda: "Tidak halal darah seorang muslim yang bersaksi bahwa tidak ada sesembahan yang haq selain Allah dan aku adalah utusan Allah kecuali salah satu dari tiga orang; Jiwa dibalas dengan jiwa (orang yang membunuh orang lain), orang tua yang berzina, dan orang meninggalkan agamanya."]]
Bermaksud: Sesungguhnya hukuman seperti ini adalah diperingkat permulaan, kemudian ia dimansukhkan.
Demikianlah diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishaq daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir bin 'Abdillah daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: "Sebatlah peminum arak. jika ia minum lagi buat kali ke-empat, maka bunuhlah dia,"
Kemudian dibawakan kepada Nabi s.a.w. seorang laki-laki yang telah minum arak buat kali ke-empat. Nabi s.a.w. memerintahkan supaya ia dipukul, Baginda tidak memerintahkan dia dibunuh. Zuhri juga menerusi riwayat Qabishah bin Dzu'aib daripada Nabi s.a.w. telah meriwayatkan demikian.
Kata beliau (Tirmidzi), "Hukuman bunuh dimansukhkan, yang tinggal ialah hukuman ringan (iaitu sebat). Hadits inilah yang menjadi ikutan (dalam pelaksanaan hukuman had ke atas peminum arak) menurut kebanyakan ahli ilmu. Kami tidak mengetahui ada perselisihan pandangan dalam perkara ini baik dahulu mahupun sekarang. Antara bukti yang menguatkan pandangan ini ialah hadits yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. menerusi beberapa saluran, bahawa Baginda bersabda: "Tdk halal darah seseorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah, melainkan dengan (apabila) ia menjadi salah seorang daripada tiga (macam) orang ini, iaitu pembunuh, penzina yang sudah berkahwin secara sah dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad).”
Komentar yang diberikan oleh Tirmidzi ini lebih dari mencukupi untuk mengetahui kedudukan hadits ke-dua yang sedang kita bicarakan sekarang. la jelas menunjukkan kepakaran imam at-Tirmidzi di bidang fiqh Islam. Para 'ulama' menyetujui pandangan beliau. Antaranya imam an-Nawawi. Lihat sekali lagi apa kata an-Nawawi tentang komentar Tirmidzi ini: "Apa yang dikata oleh Tirmidzi tentang hadits peminum arak memang tepat. la adalah hadits mansukh. Ijma' para ulama' mengatakan ia mansukh. Adapun hadits İbnu 'Abbaas maka tidak ada ijma' tentang tidak boleh beramal dengannya.”
(Lihat an-Nawawi -Syarah Muslim j.5 m/s 218).
Ibnu Hazam bagaimanapun menyalahi pandangan yang dikemukakan oleh Tirmidzi itu. Beliau berpendapat, peminum arak buat kali ke-empat harus dibunuh berdasarkan hadits yang dikemukakan tadi.
(Lihat al-Muhalla j. II m/s 442, masalah ke-2288).
Bererti İbnu Hazam telah terjebak di dalam masalah ini. Di dalam Muqaddimah Sunan Tirmidzi telah saya sebutkan bahawa İbnu Hazam adalan salah seorang tokoh 'ulama' yang tidak sampai ke tangannya Sunan Timidzi. Laluan yang dipilih İbnu Hazam itü terlalu sukar dan berakhir dengann kebuntuan, kerana terdapat bukti tentang pemansukhan hadits berkenaan. Selain itü terdapat pula dalil qath'i berupa hadits Nabi s.a.w. tentang tidak halalnya darah seseorang İslam melainkan apabila ia membunuh (manusia), berzina setelah berkahwin secara sah atau murtad dari agama Islam. Maka seseorang İslam tidak boleh dihukum bunuh melainkan setelah ada dalil qathl i yang lain pula. Di mana dalilnya dalam masalah ini?!
Bagi Tirmidzi hadits Mu'aawiah di dalam Sunan Tirmidzi itü dan hadits-hadits lain seumpamanya ber'illat. la ma'lul kerana telah dimansukhkan. Menurut imam Tirmidzi, salah satu 'illat hadits ialah ia telah dimansukhkan. Ini adalah salah satu istilah khusus imam Tirmidzi. Kebanyakan ulama' hadits tidak mengira nasakh sebagai illat hadits.
Al-lmam Abu 'Amar İbnu as-Shalah di dalam Uloom al-Haditsnya berkata:وسمى الترمذي النسخ عله من علل الحديث
Bermaksud: "Tirmidzi menamakan nasakh sebagai salah satu illat hadits.” (Lihat m/s 84).
Melihat kepada qaedah yang diguna pakai oleh imam Tirmidzi, Hafiz İbnu Rajab menambahkan satu lagi hadits di dalam Sunan Tirmidzi yang tidak diterima pakai oleh sesiapa pun dari kalangan ulama', iaitu hadits Jabir tentang ucapan talbiah bagi pihak orangorang perempuan. Imam Tirmidzi sendiri menyebutkan bahawa terdapat ijma' para 'ulama' tentang tidak boleh diucap talbiah bagi pihak orang-orang perempuan. Hadits Jabir yang dimaksudkan oleh İbnu Rajab itü telah dikemukakan oleh Tirmidzi di dalam Kitab al-Haj .
Berikut dikemukakan hadits Jabir berkenaan:
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ الْوَاسِطِيُّ قَال سَمِعْتُ ابْنَ نُمَيْرٍ عَنْ أَشْعَثَ بْنِ سَوَّارٍ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا إِذَا حَجَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنَّا نُلَبِّي عَنْ النِّسَاءِ وَنَرْمِي عَنْ الصِّبْيَانِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَقَدْ أَجْمَعَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى أَنَّ الْمَرْأَةَ لَا يُلَبِّي عَنْهَا غَيْرُهَا بَلْ هِيَ تُلَبِّي عَنْ نَفْسِهَا وَيُكْرَهُ لَهَا رَفْعُ الصَّوْتِ بِالتَّلْبِيَةِ
Bermaksud: Kata Jabir, "Kami apabila mengerjakan haji bersama Nabi s.a.w. kami bertalbiah bagi pihak orang-orang perempuan dan melontar bagi pihak kanak-kanak.”
Kata Abu 'Isa, "Hadits ini gharib. Kami tidak mengetahuinya melainkan melalui saluran (riwayat) ini. Ahli ilmu telah berijma' tentang perempuan tidak boleh ditalbiah bagi pihaknya oleh orang lain. Dia sendirilah harus bertalbiah bagi pihak dirinya. Dan dimakruhkan kepadanya mengangkat şuara ketika bertalbiah.
(Sunan at-Timıidzi j.4 m/s 83).
Hadits ini gharib seperti kata Timidzi, tidak ada riwayat lain yang menyokongnya. Ijma' yang menyalahi hadits ini juga telah berlaku. Imam Timidzi juga menyebut ijma' berkenaan di dalam komentarnya.
'Illatnya terletak pada guru Tirmidzi. Muhammad bin Ismail alWasithi yang meriwayatkan dariripada Ibnu Numair. Al-Mubarakfuri menulis di dalam TuhfatuJ Ahwazinya begini:
Hadits ini dikemukakan oleh Ahmad, Ibnu Majah dan Ibnu Abi Syaibah dengan lafaz: :
حَجَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَعَنَا النِّسَاءُ وَالصِّبْيَانُ فَلَبَّيْنَا عَنْ الصِّبْيَانِ وَرَمَيْنَا عَنْهُمْ. قَالَ ابْنُ ابن القطان : ولفظ اِبْنِ أبي شَيْبةُ بِالصَّوَابِ، فَإِنَّ المَرْأةَ لَا يُلَبِّي عَنْهَا غَيْرُهَا أِجْمَعَ عَلَى ذَلِكَ أَهْلُ العِلْمِ
Bermaksud: "Kami mengerjakan haji bcrsama Rasulullah s.a.w, Bersama-sama kami juga ada wanita dan kanak-kanak. Kamii mengucapkan talbiah bagi pihak kanak-kanak dan kami (juga) melontar bagi pihak mereka.
Kata Ibnu al-Qatthaan, "Lafaz Ibnu Abi Syaibah lebih tepat, kerana wanita tidak boleh orang Iain bertalbiah bagi pihaknya. Para ahli ilmu telah pun berijma'mdalam masalah ini."
Selain itu Ibnu Rajab juga mengemukakan 18 lagi hadits lain yang katanya disepakati para ulama' tentang tidak boleh beramal dengannya. Kebanyakannya bukan riwayat Tirmidzi, tetapi satu dua turut diriwayatkan oleh Tirmidzi juga. Antaranya hadits berikut:
مِنْ غَسٍّلَ الميتَ فليغتسل ومن حَمَلَهُ فليتوضأ
Bermaksud: memandikan jenazah, dia hendaklah mandi dan sesiapa memikulnya, dia hendaklah berwudhu'."
Hadits ini dikemukakan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah. Ibnu Hibbaan dan lain-lain.
Imam Tirmidzi tnengemukakannya di bawah Kitab al-Jana'iz: باب ما جاء في الغسل من غسل الميت، Beliau menghukum hadits ini sebagai hasan kerana terdapat banyak saluran riwayatnya.
Abu Daud bagaimanapun mengatakan hadits ini telah dimansukhkan. Kalau sudah mansukh, bererti mengikut istilah Tirmidzi ia ber'illal dan tidak boleh lagi dipakai. Tetapi tiada kesepakatan 'ulama' tentang mansukhnya.
Kerana itu kata al-Khatthaabi, saya tidak tahu ada sesiapa dikalangan 'ulama' yang mengatakan mandi kepada orang yang memandikan mayat dan wajib berwudhu' kepada orang yang mengangkat atau memikul mayat. Tetapi bagi orang yang menganggap kedua-duanya elok dibuat, tentulah ia menganggap sunat (nadb) atau mustahab, dan itu bererti beramal juga dengannya."
Demikian nukil Ibnu Rajab.
Bagi penulis, kalau begitu tidak tepatlah dakwaan Ibnu Rajab. Beliau sendiri menukilkan khilaf para ulama' mengenainya daripada al-Khatthaabi. Sedangkan Imam Tirmidzi hanya hadits yang disepakati para ulama' tentang tidak boleh diamalkan. ltulah yang dikatakan oleh beliau di dalam Sunannya hanya ada dua sahaja.
Hafiz Ibnu Rajab juga mengadakan bab berasingan tentang hadits-hadits yang didawa' tidak diamalkan oleh sesiapapun dari kalangan 'ulama padahal ia tidak benar. Kepada sesiapa yang berminat. bolehlah dirujuk kitab Syarah lbnu Rajab itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan