Sabtu, April 09, 2022

Kitab ilal 01-15sssP11

Kitab ilal 01-15sssP11

Perkara kesebelas.
Membaca dihadapan orang alim sama seperti mendengar daripadanya.
(الْقِرَاءَة على الْعَالم)
قَالَ أَبُو عِيسَى وَالْقِرَاءَة على الْعَالم إِذا كَانَ يحفظ مَا يقْرَأ عَلَيْهِ أَو يمسك أَصله فِيمَا يقْرَأ عَلَيْهِ إِذا لم يحفظ هُوَ صَحِيح عِنْد أهل الحَدِيث مثل السماع

١- حَدثنَا حُسَيْن بن مهْدي الْبَصْرِيّ حَدثنَا عبد الرَّزَّاق أخبرنَا بن جريج قَالَ قَرَأت على عَطاء بن أبي رَبَاح فَقلت لَهُ كَيفَ أَقُول فَقَالَ قد 

٢-حَدثنَا سُوَيْد بن نصر أخبرنَا عَليّ بن الْحُسَيْن بن وَاقد عَن أبي عصمَة عَن يزِيد النَّحْوِيّ عَن عِكْرِمَة أَن نَفرا قدمُوا على بن عَبَّاس من أهل الطَّائِف يكْتب من كتبه فَجعل يقْرَأ عَلَيْهِم فَيقدم وَيُؤَخر فَقَالَ إِنِّي بلهت لهَذِهِ الْمُصِيبَة فاقرءوا عَليّ فَإِن إقراري بِهِ كقراءتي عَلَيْكُم

(المناولة)
٣-حَدثنَا سُوَيْد بن نصر أخبرنَا عَليّ بن الْحُسَيْن بن وَاقد عَن أَبِيه عَن مَنْصُور بن الْمُعْتَمِر قَالَ إِذا ناول الرجل كِتَابه آخر فَقَالَ ارو هَذَا عني فَلهُ أَن يرويهِ

٤- وَسمعت مُحَمَّد بن إِسْمَاعِيل يَقُول سَأَلت أَبَا عَاصِم النَّبِيل عَن حَدِيث فَقَالَ اقْرَأ عَليّ فَأَحْبَبْت أَن يقْرَأ هُوَ فَقَالَ أَنْت لَا يُجِيز الْقِرَاءَة وَقد كَانَ سُفْيَان الثَّوْريّ وَمَالك بن أنس يجيزان الْقِرَاءَة
(الْفرق بَين أخبرنَا وَحدثنَا)

٥-حَدثنَا أَحْمد بن الْحُسَيْن حَدثنَا يحيى بن سُلَيْمَان الْجعْفِيّ الْبَصْرِيّ قَالَ قَالَ عبد الله بن وهب مَا قلت حَدثنَا فَهُوَ مَا سَمِعت مَعَ النَّاس وَمَا قلت حَدثنِي فَهُوَ مَا سَمِعت وحدي وَمَا قلت أخبرنَا فَهُوَ مَا قرئَ على الْعَالم وَأَنا شَاهد وَمَا قلت أَخْبرنِي فَهُوَ مَا قَرَأت على الْعَالم 

٦-سَمِعت أَبَا مُوسَى مُحَمَّد بن الْمثنى يَقُول سَمِعت يحيى بن سعيد الْقطَّان يَقُول حَدثنَا وَأخْبرنَا وَاحِد 

٧-قَالَ أَبُو عِيسَى كُنَّا عِنْد أبي مُصعب الْمَدِينِيّ فقرىء عَلَيْهِ بعض حَدِيثه فَقلت لَهُ كَيفَ تَقول فَقَالَ قل حَدثنَا أَبُو مُصعب

Bermaksud: Kata Abu `Isa, “Membaca di hadapan orang alim (muhaddits) jika ia hafal apa yang dibaca di hadapannya atau ia memegang kitabnya ketika dibaca di 
hadapannya jika ia tidak hafal, sahih (sah) di sisi Ahlul Hadits seperti mendengar daripadanya.¹⁰⁸/¹³⁷

Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
1- “Ĥusain bin Mahdi al-Bashri meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdur Razzāq meriwayatkan kepada kami, katanya, Ibnu Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya, 
“Aku membaca di hadapan `Athā’ bin Abi Rabāĥ, lalu aku berkata kepadanya, “Bagaimana harus saya ucapkan (apabila hendak menyampaikannya kepada orang
lain)?” Jawab `Athā’, “Katakan حَدَّثَنَاهُ,
dia telah menyampaikan hadits ini kepada kami.”¹⁰⁹/¹³⁸

2- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain bin Wāqid meriwayatkan kepada kami daripada Abi `Ishmah daripada Yazid an-Naĥwi 
daripada `Ikrimah,¹¹⁰/¹³⁹katanya, “Sesungguhnya ada sekumpulan orang Thā’if datang menemui Ibnu `Abbaas dengan membawa salah satu kitab beliau.¹¹¹/¹⁴⁰  Maka (kerana kelemahan penglihatannya) beliau membaca kitabnya itu di hadapan mereka dengan tidak teratur. Lalu beliau (Ibnu `Abbaas) berkata, “Sebenarnya saya telah terperangkap dalam (/ telah diuji dengan) musibah ini (kelemahan penglihatan). Oleh itu, biar kamulah yang membacanya di hadapanku, kerana pengesahanku sama juga dengan aku membaca di hadapanmu.”¹¹²/¹⁴¹

3- Suwaid bin Nashr meriwayatkan kepada kami, katanya, `Ali bin al-Husain bin Wāqid meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada Manshūr bin al-Mu`tamir, kata beliau, “Apabila seseorang memberikan kitabnya kepada seseorang yang lain dan dia berkata, “Engkau riwayatkanlah apa yang ada di dalamnya daripadaku.” Maka bolehlah orang yang diberikan kitab itu kepadanya  meriwayatkannya.”¹¹³/¹⁴² 


Bermaksud: Kata Abu `Isa at-Tirmidzi:
4- Dan aku mendengar Muhammad bin Isma`il berkata, aku bertanya Abu `Aashim an-Nabīl tentang satu hadits, maka beliau berkata, “Bacalah di hadapanku.” Aku pula 
(lebih) suka kalau dia sendiri yang membaca. Ketika itu beliau berkata, “Adakah engkau tidak membenarkan (mengharuskan murid) membaca (di hadapan guru)? 
Sedangkan Sufyan ats-Tsauri dan Malik bin Anas membenarkannya.”¹¹⁴/¹⁴³

Perbezaan Di Antara Istilah أخبرنا Dan حدثنا.
5- Ahmad bin Ĥusain meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sulaiman al-Ju`fi al-Mishri meriwayatkan kepada kami, katanya:
 `Abdullah bin Wahab berkata:
Apa (hadits) yang aku kata: حدثنا (ketika menyampaikannya) bererti apa yang aku dengar bersama orang-orang lain. 
Apa (hadits) yang aku kata:حدثني(ketika menyampaikannya) bererti apa yang aku dengar seorang diri. 
Apa (hadits)yang aku kata: أخبرنا(ketika menyampaikannya) bererti apa yang dibaca di hadapan orang alim (muĥaddits) dan aku ada bersama. Dan 
apa(hadits)yang aku kata: أخبرني (ketika menyampaikannya) bererti apa yang aku (sendiri) baca di hadapan orang alim (guru muĥaddits) dalam keadaan aku seorang diri.


6- Aku mendengar Aba Musa Muhammad bin al-Mutsanna berkata, aku mendengar Yahya bin Sa`id al-Qatthān berkata: “حدثنا dan أخبرنا itu sama (sahaja)."¹¹⁵/¹⁴⁴

7- Kata Abu `Isa, pernah aku berada di samping Abi Mush`ab al-Madīni, lalu dibaca di hadapannya beberapa haditsnya. Maka aku bertanya: “Bagaimana kami akan kata (apabila hendak meriwayatkannya kepada orang lain)?” Jawab beliau: “Katalah حدثناAbu Mush`ab.”¹¹⁶/¹⁴⁵



¹⁰⁸/¹³⁷ Imam at-Tirmidzi juga berpendapat kedua-dua cara meriwayatkan hadits itu sah dan sama sahaja, sama ada dengan guru membaca di hadapan murid atau murid membaca di hadapan guru. Cuma dalam keadaan guru tidak hafal riwayatnya, apabila riwayatnya dibaca atau 
diperdengarkan kepadanya, mestilah kitab yang mengumpulkan riwayat-riwayat itu ada di hadapannya.

¹⁰⁹/¹³⁸ Riwayat ini menunjukkan bagi `Athā’ kedua-dua lafaz penyampaian hadits ( األداء صيغة )itu sama sahaja. Anda boleh saja memakai lafaz حدثنا atau أخبرنا ketika meriwayatkan hadits guru anda. Padahal kalau mengikut pandangan golongan `ulama’ yang mengatakan ada perbezaan di antara dua istilah tersebut, sepatutnya `Athā’ menyuruh Ibnu Juraij menggunakan lafaz ا أخبرن , 
kerana Ibnu Juraij yang membacanya di hadapan beliau. Ini kerana lafaz حدثنا dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripada guru dengan guru membacanya di 
hadapan murid, dan أخبرنا pula dipakai ketika meriwayatkan hadits yang diterima daripadaguru dengan murid membaca di hadapannya.

¹¹⁰/¹³⁹ Atsar Ibnu `Abbaas yang dikemukakan oleh Tirmidzi daripada `Ikrimah ini tidak sahih. Di dalam isnadnya ada Abu `Ishmah al-Marwazi iaitu Nūĥ bin Abi Maryam. Dia meriwayatkan hadits daripada az-Zuhri dan orang-orang seperingkat dengannya. Bukhari berkata tentangnya, “Munkarul ĥadits.” Nūĥ bin Abi Maryam ini digelari dengan al-Jāmi` (pengumpul). Kata Ibnu Hibbaan, “Dia mengumpulkan segala benda kecuali kebenaran.” Nūĥ 
bin Abi Maryam terkenal sebagai pendusta dan pereka hadits. (Lihat Mizān al-I`tidāl j.4 m/s 279, Tahdzīb at-Tahdzīb j.10 m/s 486).

¹¹¹/¹⁴⁰ Riwayat ini menunjukkan Ibnu `Abbaas telah pun menulis dan mencatat hadits-hadits Nabi s.a.w. sehingga menjadi sebuah buku. Buku yang ditulis beliau itu telah pun tersebar semasa beliau masih hidup lagi. Orang-orang Thā’if kiranya telah mendapat salinan buku hadits yang ditulis oleh Ibnu 'Abbas itu. Untuk mendapat kepastian dan pengesahan daripada Ibnu 'Abbas sendiri, disamping  mahukan  sanad yang lebih tinggi, mereka pergi bertemu 
Ibnu 'Abbas.
Riwayat ini menunjukan Ibnu 'Abbas pada mulanya cuba membaca sendiri buku yang dibawa oleh mereka kepadanya. Tetapi  kerana kelemahsn penglihatan, beliau menyuruh mereka saja membacanya. Dalam keadaan itu bacaan merekalah yang dianggap lebih baik oleh Ibnu 'Abbas.
Selain itu ,Ibnu 'Abbas juga berpendapat sama sahaja kedua-dua cara penerimaan hadits tersebut. Keranaitulah beliau  berkata: Pengesahanku terhadap  apa yang baca dihadapan ku sama juga dengan aku membaca dihadapan mu.


¹¹²/¹⁴¹ Riwayat ini juga menunjukkan di kalangan sahabat telah pun ada orang mempunyai kitab tersendiri yang mengumpulkan hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Sama ada yang diterimanya secara langsung daripada Rasulullah atau yang diterimanya dengan perantaraan sahabat-sahabat lain. Buku-buku mereka itu bahkan telah tersebar dengan agak meluas di kalangan generasi Tabi`in.


¹¹³/¹⁴² Pemberian kitab hadits kepada seseorang di samping mengijazahkan kepadanya untuk meriwayatkan hadits-hadits yang terkandung di dalamnya daripada pemberi menurut istilah di panggil باإلجازة المقرونة بالمناولة الرواية .Ia adalah salah satu cara penerimaan hadits yang
dibenarkan dan mu`tabar dengan kesepakatan para `ulama’ hadits. Perbincangan yang lebih terperinci tentangnya akan dikemukakan di bawah perkara ke-12 nanti.

¹¹⁴/¹⁴³ Muhammad bin Isma`il yang tersebut di dalam sanad ini ialah Imam Bukhari. Imam Bukhari bukan sekadar bertanya tentang hadits berkenaan malah beliau juga berhasrat agar Abu `Aashim an-Nabil menyampaikannya kepada beliau. Kata-kata Abu `Aashim kepada Imam Bukhari pula menunjukkan bagi Sufyan ats-Tsauri dan Malik, dua tokoh tersohor di zaman sebelum zaman Imam Bukhari, kedua-dua cara penerimaan dan penyampaian hadits 
tersebut sama sahaja.

¹¹⁵/¹⁴⁴ Salah satu daripadanya boleh saja digunakan ketika menyampaikan hadits, sama ada hadits itu diterima dengan guru membacanya atau murid membacanya.
Imam Sufyan bin `Uyainah bahkan membenarkan lafaz حدثنا ,أخبرنا ,أنبأنا dan سمعت digunakan ketika menyampaikan hadits, sama ada hadits itu diterima dengan guru membacanya atau murid membacanya. Salah satu daripadanya boleh saja digunakan di tempat yang lain.
Imam bukhari berdalil dengan hadits Ibnu `Umar yang meriwayatkan tentang teka-teki Nabi s.a.w. dalam satu majlis yang dihadhirinya, ayahnya (`Umar) dan lain-lain sahabat. Nabi s.a.w. telah bertanya para hadhirin di dalam majlis itu dengan katanya: “Di antara sekian 
banyak pokok, ada satu pokok yang tidak luruh daun-daunnya, ia menyerupai orang Islam.” Lalu baginda bersabda: هي ما فحدثوني( tolong kamu ceritakan pokok apakah itu?). 
Demikianlah tersebut dalam salah satu saluran riwayat. Dalam satu saluran riwayat yang lain 
tersebut baginda bersabda: أخبروني( beritahulah kepadaku). Sementara dalam satu saluran riwayat yang lain pula baginda bersabda: أنبئوني( beritahulah kepadaku). Dengan itu dapatlah difahami bahawa lafaz taĥdīts (حدثنا ,)ikhbār (أخبرنا )dan imbā’ (أنا أنب )itu sama sahaja. Masing-
masing daripadanya boleh digunakan dan boleh ditukar-tukar tempat antara satu sama lain. 

¹¹⁶/¹⁴⁵ Abu Mush`ab juga antara tokoh hadits yang mengharuskan lafaz حدثنا digunakan di tempat أخبرنا dan lafaz أخبرنا pula digunakan di tempat حدثنا ketika menyampaikan hadits. Padahal menurut orang-orang yang membezakan kedua istilah tersebut dan mengkhususkannya, penggunaan seperti itu tidak dibenarkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan